Tuesday, September 02, 2014
Friday, April 11, 2014
Ujian Lawan Sabar
Kelukaan apakah ini yang membuatkan aku hilang sabar dan menitiskan mutiara yang amat mahal meluncur laju di lekuk-lekuk pipiku.
Nuraniku meruntun pilu. Ujian apakah dalam pekerjaanku ini. Kenapakah kesalahan demi kesalahanku yang cuba dicari? Sehingga kewibawaan dan kelembutanku melayang pergi bersama api kemarahanku!
Allahu Rabbi! Tunjuki aku jalan yang lurus......dan Jangan Kau pesongkan imanku setelah Engkau beri petunjuk dan hidayahMu buatku. Aamiin.
Petra Jaya, Kuching.
110414

Tuesday, March 25, 2014
Friday, March 21, 2014
Hidup Penuh Teka-Teki
Dunia adalah penjara bagi orang-orang beriman.
Hidup penuh teka-teki. Bisakah kita menyisih takdir yang bertandang - yang sudah tertulis sejak Lauh Mahfuz? Mampukah kita menghadapi hari-hari depan dengan dura duri duga yang sering melanda?
Monday, February 03, 2014
Baca Puisi Jalanan 2014 API (Angkatan Pengkarya Indie) telah berlangsung 1.2.2014
Alhamdulillah. Lega rasanya.....bersama Zacharia Manan, Yusuf Fansuri dan Suhana Sarkawi...akhirnya majlis kecil ini terlaksana dengan bantuan Ladin Nuawi, penyertaan Dr Ibrahim Ghaffar, Dillah Untong, Pharo Abdul Hakim dan Arieny dari Pekasa.
Tuesday, December 24, 2013
MengANGKASAkan Sastera
Wahai hati yang berbicara
sudah termaklumkan
sastera kita diangkasakan
bergentayangan di udara
senafas
serelung darah
bercambah
berbenih
dalam jantung
penegak kebenaran
kewalangan yang menakung di tasik
aqli
nyahkan dari dasar nurani
sedarlah wahai diri yang mencangkung
usahlah berpeluk tubuh
menerima seadanya
bangkitlah tebarkan suara api
menerangi langit hitam itu!
[sebuah karya spontan Armiza Nila]
15 Julai 2008
Jalan Sultan Tengah
Usia beberapa jam selepas lahir di Maternity One, Room 1 Bed 1, Hospital Umum Sarawak

ia lahir tepat jam 8.37 malam 21 Julai 2009. kelahiran secara normal tetapi diberikan ubat sulak - induce - selusuh moden. selepas 6 jam dipasang ubat, selusuh ubat induce dicampur air selusuh saya sendiri, sakitnya tidak terkata...
akhirnya penantian terjawab...
esoknya beliau diberi nama Muhammad Syabil Rifdi - Yang Terpuji Bintang Pemberian.
Monday, November 18, 2013
Ujian
Ujian datang bertindan-tindan. Ketika sakit lain ujiannya. Ketika sihat lain pula ujiannya. Selagi kita bernama manusia, selagi itulah hidup kita akan dihampiri ujian. Sedar tidak sedar ujian adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Mengukur sejauh mana keimanan dan ketaqwaannya, dan kesabaran dia dalam mengharung ujian sepanjang kehidupannya.
Saya sedar ilmu yang dituntut belum banyak mana dan saya masih tidak layak untuk mendidik orang. Justeru saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman sekadar di lingkungan hidup dan keupayaan saya sendiri yang begitu terbatas jua. Moga sentiasa saja ada sinar harapan untuk melayari bahtera kehidupan dengan penuh keredhaan di samping memperbaiki segala kelemahan dan mempertambah segala kekurangan sebagai muslimah seterusnya khalifah di bumi Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)