menyambut Mu bagai menerima kehadiran salji di bumi Melayu dingin - nyaman - tenang menyelinap ke seluruh raga menyentuh nikmat sukma
kau datang lagi buat entah kali berapa memujuk umat Mu berbakti untuk Tuhan sembari membersih dosa mencuci noda melenyap racun dari terus merasuk minda muda
Ramadhan laksana embun subuh membasah gersang bumi kau bawa harapan sang hamba yang dahagakan amalan moga sampai doanya dimakbul jua
Armiza Nila p/s....Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1428H
Sejak akhir2 ini, sengaja saya meletakkan tulisan2 pakar kewangan, para ustaz dan sebagainya sebagai dorongan kepada diri saya dan kerabat pembaca untuk menjalani hidup yang penuh perancangan - biarpun pada mulanya agak susah/payah tapi biarlah akhirnya masa depan kita penuh bahagia tanpa beban yang sengaja kita undang.
'Biar mengukur baju di badan sendiri' Armiza Nila KKKUC
Bijak Menabung: Bebaskan diri anda daripada hutang
SAMBUTAN kemerdekaan masih belum lagi berakhir. Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia muncul sebagai sebuah negara moden yang makmur. Hasil perancangan rapi yang disusun oleh bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Al-Haj; bapa pembangunan, Tun Abdul Razak; bapa perpaduan, Tun Hussein Onn; bapa kemodenan, Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hasil kekayaan negara dapat dinikmati bersama pelbagai kaum.
Kemakmuran negara ini turut menarik ramai pendatang asing untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini. Bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia adakah kita sebenar-benarnya sudah merdeka? Dari segi fakta sejarah, memang negara kita sudah lama bebas daripada penjajahan.
Bagaimana pula dengan minda? Adakah minda kita sudah bebas ataupun masih lagi terbelenggu? Adakah kita masih memikirkan sesuatu perkara itu dalam lingkungan persekitaran sedia ada ataupun kita sudah boleh berfikir di luar daripada kotak pemikiran yang ada?
Adakah generasi muda kita sudah boleh melihat bahawa negara ini penuh dengan pelbagai peluang untuk membina kecemerlangan kehidupan ataupun masih tertumpu untuk bekerja makan gaji?
Tanggungjawab bermula dengan diri anda sendiri. Keinginan untuk berubah memang ada dalam diri setiap manusia, tetapi kebiasaannya kita mahukan orang lain berubah mengikut kehendak kita sedangkan hakikatnya untuk sesuatu keadaan itu berubah, kita perlu berubah dulu. Dalam banyak keadaan kita sering menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu keadaan yang agak kurang menyenangkan.
Di sebalik semua persoalan itu, pernahkah anda terfikir adakah diri kita benar-benar sudah merdeka terutama dari segi kewangan. Kemerdekaan dalam pengurusan kewangan adalah bebas hutang. Sebagai individu, ramai yang ingin membebaskan diri daripada hutang, tetapi jarang sekali ada yang menjadikannya sebagai satu misi ataupun matlamat hidup. Malah ada yang menganggapnya sebagai lumrah, kelaziman demi kelangsungan hidup.
Anda boleh boleh membebaskan diri daripada hutang jika mempunyai perancangan. Bayangkan hidup anda itu sebagai satu perjalanan. Lukiskan di atas kertas dan tandakan jalan hidup anda itu dengan bendera kemenangan. Tuliskan tarikh dan tahunnya. Sebagai contohnya, jika anda seorang pekerja di mana dan bagaimana kehidupan anda lima tahun akan datang.
Matlamat yang perlu anda capai dalam tempoh berkenaan dan apa pula perancangannya bagi 10 tahun akan datang. Adakah ketika itu anda sudah mencapai cita-cita anda menjadi jutawan, mempunyai perniagaan sendiri ataupun memiliki kenderaan mewah idaman anda.
Semuanya bermula daripada impian dan dorongan impian itu menjadikannya satu matlamat. Anda perlu mempunyai keinginan yang mendesak kerana impian hari ini adalah realiti kehidupan anda masa depan. Rancang untuk menjadi manusia merdeka yang bebas hutang. Kehidupan menjadi lebih indah dan bermakna jika anda bebas hutang dan mempunyai kemampuan untuk membeli barangan diingini.
Apapun, jangan lupakan prinsip asas tabungan dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan untuk tabungan jangka panjang. Jika berkemampuan, asingkan 30 peratus dengan menetapkan matlamat simpanan: 10 peratus untuk kegunaan jangka pendek; 10 peratus lagi untuk simpanan jangka masa sederhana (3-5 tahun) dan 10 peratus lagi untuk jangka masa panjang (lebih lima tahun).
Ketiga-tiga tabungan ini perlu diasingkan dalam tiga instrumen pelaburan berbeza sebagai contohnya, menyimpan dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Nasional (ASB) dan juga dalam saham amanah khususnya yang ditawarkan Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang mampu memberikan purata pulangan lebih tinggi.
Ketika membuat simpanan anda perlukan masa dan kesabaran. Ramai yang tertarik untuk mendapat faedah segera dan sanggup menghanguskan wang mereka dengan melabur dalam skim tertentu. Sebagai analogi, katakan anda mempunyai sebidang tanah dan bercadang menjadikannya tanah dusun. Sebelum dusun itu mampu mengeluarkan hasil, tanah itu perlu anda bersihkan terlebih dulu.
Kemudian baru anda menanam pokok, diikuti aktiviti menyiram, merumput dan membaja bertahun-tahun sehingga ia dapat mengeluarkan hasil. Dalam pelaburan tiada istilah untung segera dan lazimnya jika ada skim yang memberi untung segera, ia itu tidak mampu bertahan lama.
Manusia mempunyai pelbagai kehendak namun kemampuannya amat terhad. Kehidupan menjadi lebih mudah dijalani sekiranya tidak terlalu mengikut keinginan hati. Sebelum berbelanja fikirkan dulu, adakah ia penting dan menjadi keutamaan hidup anda.
Senaraikan mengikut tahap kepentingan dan rangka belanjawan bulanan. Catitkan setiap pembayaran atau pembiayaan dalam buku khas. Pastikan tabungan atau simpanan diletakkan teratas sekali dalam senarai belanjawan anda ini. Ia akan mengingatkan anda bahawa setelah bekerja keras sebulan, anda berhak menikmati faedahnya dengan memperuntukkan sebahagian pendapatan untuk tabungan diri sendiri.
Lakukan secara berdisiplin dan konsisten dan anda akan melihat wang anda berkembang tahun demi tahun. Bagi yang berpendapatan RM1,000, paling minimum simpan RM100 setiap bulan menggunakan khidmat autodebit yang disediakan bank untuk melabur dalam mana-mana dana IPD. Dengan membuat pelaburan RM100 setiap bulan selama 15 tahun, jika kadar pulangannya 10 peratus setahun, wang anda berkembang hampir RM41,800. Jika diteruskan menyimpan sehingga 30 tahun, jumlahnya hampir RM230,000! Inilah kuasa gandaan.
Rancang hidup anda dan rancang perbelanjaan anda. Wang memang bukan segala-galanya namun hampir segala-galanya memerlukan wang. Jadilah insan merdeka. Fikir-fikirkan dan bukalah minda.
Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor. Ingin mendapatkan maklumat lanjut hubungi beliau di talian 013-3311981 atau e-mel suraiyanor@yahoo.com.
Asal : Dilahirkan pada 11 Oktober 1975 dan dibesarkan sehingga berusia tujuh tahun di Kampung Muhibbah, Seberang Pending, Kuching, Sarawak dan dibesarkan dan didewasakan ketika usia delapan tahun sehingga menetap sebagai penduduk asal Kampung Tradisional Hak Bumiputera Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching.
Alamat kediaman : No. 114D, Lot 34, Kampung Semariang
Taraf Perkahwinan : Diijabkabulkan dengan Mohamad Hanapiah Baki dari suku Kadayan (Lawas) pada 21 Februari 2003 dan mempunyai 4 orang mutiara jiwa (Muhammad 'Irfan Musaiyar - 17 Jun 2004), (Muhammad Adib Nifail - 01 September 2005), (Munifah Basyirah - 07 Mei 2007) & (Muhammad Syabil Rifdi - 21 Julai 2009)
Pendidikan : (i) SRK Muhibbah, Seberang Pending, Kuching
[1982-1983]
(ii) SRK Semariang, Kuching [1983-1987]
(iii) SMK Petra Jaya, Kuching [1988-1992]
Penghargaan Penulisan :
* Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak [HPPS] 2005 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Kategori Puisi (Bahasa Kepada Lelaki) *
Pengalaman Sastera :
(i) Mula bergiat dalam bidang penulisan sekitar tahun 1997 dalam genre puisi. Meminati genre kreatif berupa puisi, cerpen, novel, skrip drama pentas dan filem.
(ii) Puisi-puisi dan terbaru cerpen-cerpen pernah terbit di akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Sarawak dan Utusan Borneo serta majalah Wadah Wanita Biro Wanita Sarawak Bil.1/2001, juga terkini di E-sastera.com.
(iii) Finalis Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Sarawak beberapa tahun mewakili Bahagian Kuching.
(iv) Mendeklamasikan puisi untuk rancangan Anjung Budi [Radio Televisyen Malaysia] TV1 tahun 2006 - puisi “Merdekalah Sukma Bonda”
(v) Sering menerima jemputan untuk mendeklamasikan puisi Sempena Malam Ambang Kemerdekaan Negeri Sarawak - jemputan KPSU, Sempena Hari Bandaraya Kuching - jemputan DBKU/MBKS, Sempena Konvensyen HPA Sarawak - jemputan HPA.
(vi) Bersedia memenuhi jemputan untuk acara Baca Puisi
(vii) Aktif dalam Pergerakan Angkatan Pengkarya Indie [API] berpangkalan di Kuching dan pendeklamasi tetap setiap bulan Acara Baca Puisi Seniman Jalanan API bermula 2008.
(viii) Pernah menghadiri Perhimpunan Penulis Pelbagai Kaum di Rajah Court Hotel, Sarawak, Dialog Kalimantan Borneo di Merdeka Palace, Kuching, Hari Sastera Kebangsaan di Santubong Resort, Kuching, terbaru Perkampungan Penulis Sarawak 2008 di Politeknik Mukah, Sarawak dan pelbagai aktiviti sastera anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak. Juga pernah menyumbangkan suara latar untuk Teater "Bukan Bunuh Diri" Grup Teater SEDAR di UNIMAS, Sarawak.
(ix) Kini sedang mengusahakan beberapa buah cerpen hangat dan novel dari jiwa bara kacamata wanita Melayu Sarawak.
(x) Amat disayangi dan dikasihcinta oleh kedua ibubapa iaitu ayahanda Mahbu bin Ambi dan bonda Sitam binti Ismail yang berasal dari Kampung Tanjong Apong dan Kampung Tambey, Kota Samarahan. (semoga Allah panjangkan usia kedua-dua ibubapaku dan mengasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak merah tapak kaki...amin)
(xi) Adik-beradik seramai 12 orang iaitu :-
1. Sulong @ Sulastri binti Mahbu
2. Eyah @ Mordiah binti Mahbu
3. Zaini bin Mahbu
4. Speri bin Mahbu
5. Sepini bin Mahbu
6. Hatiah binti Mahbu
7. Terenah binti Mahbu
8. Misnah binti Mahbu
9. Maslina binti Mahbu
10. Siti Josika binti Mahbu
11. Sulimi bin Mahbu
12. Mohd Nur Iman Yahya @ Mohd Nur Iman bin Mahbu
(xii) Nenda dari sebelah ibu iaitu Ma Wa Ra'abah berasal dari Kampung Tungkah Melayu, Sebangan dan datuk dari sebelah ibu iaitu Allahyarham Pak Wit Ismail berasal dari Kampung Baru, Kota Samarahan. Ayah kepada Mak Wa Ra'abah iaitu Haji Lias seorang yang alim dalam ilmu Islam menunaikan fadhu haji ketika masih kecil (sebelum akil baligh) menyeberangi lautan ke Mekah menaiki kapal.
(xiii) Pak Ngah Pawi bin Ambi (abang kepada ayah) merupakan penggesek biola bersama seh gendang ketika Gendang Melayu Sarawak dimainkan.
(xiv) Kak Eyah @ Mordhiah Mahbu (kakak yang kedua) merupakan Mak Seh Gendang ketika zaman remajanya sebelum bertemu jodoh dengan orang yang "Bertandak" (Nopeng).
Api
Bicara Apa?
Aku dan Puisi
Hati Yang Mendeklamasi
API dan Aktiviti 2008
API yang hangat tapi nyaman
Aku Yang Asyik
Santai Sastera Sejam Bersama API
API di jalanan
Sokongan
Penonton Yang Sporting
Pelancong dari New Zealand tertarik dengan persembahan API
Pengunjung Yang Dikasihi
Penonton Baca Puisi Seniman Jalanan Di Kuching Waterfront
Aku dan API
Santai Sastera Sejam 2008 Siri Pertama
Aku dan Puisi
Baca Puisi Seniman Jalanan Siri Kedua
Aku dan Puisi
Baca Puisi Seniman Jalanan 2008 Siri Pertama
Tetamu Yang Dikasihi
Baca Puisi Seniman Jalanan 2008
Angkatan Pengkarya Indie [API]
Masa Itu Emas
Tarikh Hijriah
Munifah mula berjalan ketika usianya genap 10 bulan
Puisi adalah suara hatiku. Ia laksana separuh jiwaku. Segala keresahan yang mengelilingi cakerawalaku kubentuk menjadi puisi. Mudah-mudahan ada yang menggugah dan bisa saling mengingatkan. Hidup ini terlalu singkat untuk diperitkan. Berbahagialah nubari meski penderitaan bertapak dan bersarang sendiri. Ingatlah, "Langit takkan selalu cerah, sesekali hujan turun membasahi bumi-mu mencuci jelaga hati dan sukma".
Sekarang bergelumang dalam genre cerpen dan menyusul novel wanita Melayu Sarawak sejak 2008.
HAK CIPTA TERPELIHARA
MASLINA BINTI MAHBU
@
ARMIZA NILA
COPY RIGHT 2006
KUCHING, SARAWAK