Thursday, January 12, 2006

Taekwando - Tempur Tanpa Senjata


Kerabat2, selain menimba ilmu saya juga belajar Taekwando (Asas) semasa PT Pagi (jam 0700 - 0800) sebelum memulakan kelas/latihan kawad (menjalani latihan selama 9 jam di Kem Ria, Kuching). Tempur Tanpa Senjata amat baik dipelajari terutamanya wanita kerana tika ini banyak berlaku jenayah seperti ragut, rogol dan sebagainya. Kita sepatutnya punya pertahanan diri.

belajarlah...

walau di mana bumi dipijak
walau di mana langit dijunjung
belajarlah...
dari alif ba ta
dari a b c
dari satu dua tiga

dari senjata hati
dari peluru nurani
dari senapang tubuh
dari meriam akal

belajarlah...
kau kan selamat
pertahankan dirimu...

sebuahcatatanpuisiarmizanila
12.01.06

Armiza Nila


Armiza Nila

...Bergelar isteri tanggal 21 Februari 2003 (Jumaat). Punya dua orang putera. Dipanggil mama tanggal 17 Jun 2004 kelahiran Muhammad 'Irfan Musaiyar(Putera Pertama) dan bertambah zuriat tanggal 01 September 2005 Muhammad Adib Nifail (Putera Kedua). Suami seorang tentera - Mohamad Hanapiah Baki. Selain minat dalam bidang sastera juga bergiat aktif dalam Askar Wataniah Malaysia kerana terlalu cintakan kedamaian dan kemerdekaan (?) tanahair ini. Ingin menjadi wanita, isteri dan ibu yang paling sempurna jika terdaya...

TerCabar!!!


TerCabar!!!

November 1997 adalah detik bersejarah
lahir dari segala kecewa
dari segala resah
dari segala ingintahu
dari segala cabar
dari segala debar!...

hampir 9 tahun berlalu
onak duri telah kuterjahi
hutan belukar menjadi teman setia
merah air paya jadi idaman
lalang menggigit sempat bergurau
ladang orang jadi kebun sendiri
asin air laut laluan paling ngeri
semua kulalui
demi janji pada PERTIWI

di sini :
- aku mengenal erti nakal tak bertempat
- sombong dibakulsampahkan
- ego jatuh terjunam
bertukar :
seekor manusia
asal seorang haiwan
tersuluh lorong-lorong gelita
terbasuh degilkotor daging hati
terbentuk disiplin
tercipta sebatang JATI DIRI

TerCabar!!!
telah dan akan
untuk kesekian kali
kali
kali
daripada tunduk menyembah bumi
hidup tidak berERTI!

sebuahpuisiaskararmizanila
12.01.2006
Rej. 511 (AW) Kuching