Friday, November 30, 2012

penulis kerjamu memang menulis

dan menulis dengan jujur dan ada rasa pertanggungjawaban atas setiap yang anda tulis. kalau tulisan anda baik dan menepati penerbit maka ia akan terbit.

menulislah tanpa keluh kesah. menulislah dengan jiwa. menulislah kerana memang kerja kamu menulis.

Penulis dan Wang

ya Allah kiranya dengan menulis ini saja rezeki yang Kau sedia hulurkan buatku, aku redha. Daripada aku belajar bidang perniagaan yang banyak merugikan aku akan hutang hutang orang yang tertunggak sehingga sekarang. aku berhak mengutuk atau dikutuk gara-gara hutang-hutang tertunda dan hutang-hutang yang tidak dibayar padaku dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. tapi biarlah orang mengutukku daripada aku mengutuk orang yang tidak pernah jujur seperti jujur dan lurusnya diriku ini.

ya Allah. moga ada pencerahan dalam bidang penulisan. moga aku bakal mengecapi kejayaan tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Rezeki

Moga Allah mengurangi bebanan hutang dan memperluaskan rezeki bagi melancarkan kehidupan penuh kesederhanaan. Ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan kecil-kecilan hendaklah diperdalami lagi. Bangkitlah duhai Maslina!