Hari ini - saya dan rakan2 tiba2 bersembang tentang permainan di zaman kanak-kanak kami [sekitar tahun 80-an]. Saya berumur 8 tahun ketika berpindah ke Kpg Semariang Batu yang tidak berapa jauh dari Bandaraya Kuching berbanding Kpg Muhibbah, Seberang Pending hidup macam di pulau kerana terpaksa menyeberangi sungai sebelum dan selepas ke bandar untuk masuk ke kampung yang ketika itu begitu terpencil bagi saya.
Ketika itu di Kpg Muhibbah - bekalan air dan elektrik tidak ada langsung. Sumber air didapati dari air hujan manakala elektrik menggunakan generator yang akan ditutup sekitar jam 12.00 tengahmalam. Begitu sengsaranya ketika itu, saya tidak mengerti atau ambil peduli tetapi saya masih ingat bagaimana kakak2 dan abang2 saya terpaksa mengayuh sampan kecil bersama beberapa biji tempayan untuk menakung air minuman yang bekalannya terletak di Pending atau Kg Tabuan ketika musim kemarau.
Setelah berpindah ke Semariang Batu, keluarga saya banyak mengalami perubahan. Sumber air dan elektrik terus ke dalam rumah tanpa susah-payah. Ayah pun senang mencari pekerjaan samada mencari kayu di hutan bakau mahupun mencari lauk ikan di sungai.
Tahun 1983, saya berada di darjah Dua di SRK Semariang ketika itu, menghadapi zaman kanak-kanak yang cukup indah tanpa ketakutan atau kerisauan orang tua sepertimana yang saya lalui kini.
Dulu, sebagai kanak2, sebaik menukar pakaian seragam sekolah, bermulah episod permainan saya dan kawan2 yang terdiri dari rakan2 sekelas mahupun anak2 jiran.
Antara permainan yang saya ingat, seperti diperturunkan di bawah ini :-
1. rounders - menggunakan selipar jepun dan bola tenis - cara main - berlari dalam sebuah padang besar selepas membaling bola hijau ke arah selipar jepun yang disilangkan berdiri.
2. sengepong - berlari-lari sambil mengacah-ngacah
3. zero point - menggunakan getah sayur yang disambung panjang beberapa meter dan melompat sambil menyanyi
4. jengkek - lukis petak di jalanraya sambil membaling batu ke dalam petak dan berjengkek di antara petak2
5. pok mainan
6. pok gelang getah
7. pok guli
8. hitung jari tangan - dengan nyanyian seperti "mak pergi pasar pakei baju warna apa? merah. M.E.R.A.H
9. hitung kaki - dengan nyanyian "rumah terbakar, bomba datang...." [saya tak ingat]
10. hitung tapak tangan di belakang badan - dengan nyanyian "cong ke depang, belangak sombeng, pecah geliga ketawak tenteng,"....cak...semalam lagik..."
11. dango - bermasak dan membuat rumah dalam hutan
Saya dan kawan2 gelihati mengenangkan permainan kami ketika zaman kanak-kanak itu. Terfikir oleh saya, bagaimana kalau anak2 kita bermain seperti itu dengan bebasnya seperti kita dulu2 tanpa kawalan ketat ibubapa?
Mungkinkah ia berlaku lagi di kala anak-anak zaman IT leka di depan PC atau menonton TV dan pelbagai lagi GAMES zaman sains dan teknologi ini.
Saya cuba menyenaraikan permainan zaman kanak-kanak era 80-an ini untuk dijadikan inti permulaan buat saya dalam menciptakan karya dalam bentuk ...?
Tunggu...
Armiza Nila
Semariang Batu