Thursday, September 13, 2007

1 Ramadhan 1428H




Alhamdulillah,

pagi ini saya bersahur di samping suami tercinta dengan lauk sup ayam, sayur kubis bercampur sotong dalam tin, serunding daging, telur masin dan 4 macam air - soya, oren merah, kopi radix dan tak ketinggalan air mati (suam).

hari ini pun bangun awal - 3.45 pagi untuk menyediakan lauk bersahur terus disusuli membuat biskut popia susu sejurus selepas bersahur sambil menunggu azan Subuh berkumandang jam 5.09 pagi.

saya berasa bertuah kerana bertemu buku agama Islam kecil berwarna coklat yang judulnya saya kurang faham cuma bertulis jawi Melayu saja saya faham yang mengandungi doa-doa amalan untuk dunia dan akhirat antaranya Surah Yaasin, Surah Al-Kahfi, Surah As-Sajadah, Surah Al-Fatihah, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Nuh, Surah Al-Muzammil, Suha An-Naba, Ayat Lima, Ayat Tujuh, Doa Nisfu Syaaban, Doa Istighfar Rejab, Fadilat Mandi Mayat, Kafan, Sembahyang atas Mayat, Talkin Mayat, Peraturan Tahlil, Doa Khusus Bagi Mayat, Doa Kanzal 'Arsyh , Doa 'Akasyah, Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun dan Doa Hikal.

sempena bulan Ramadhan dan untuk seterusnya marilah kita beramalan....

hari ini ke pejabat sebelum jam 7.00 pagi kerana masuk kerja jam 7.30 pagi bagi menganjakkan waktu balik ke pukul 4.30 petang.

insyaAllah, segalanya berjalan lancar sepanjang bulan barakah - Ramadhan Al-Mubarak.

Armiza Nila
KKKUC
1 Ramadhan 1428H/13 September 2007