Thursday, September 27, 2007

AWAS! SINDIKET CEK RM 200,000 NOMBOR 4D WARGA ASING

salam.

kawan2 sekalian, berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya nak menolong orang yang tidak dikenali dan tamakkan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan wang ringgit, handphone mahupun barang kemas.

ini bukan sekadar cerita tapi realiti yang terjadi di kalangan rakan rapat saya sendiri.

waktu gaji adalah masa yang paling tepat dan sesuai sindiket ini melakukan penipuan kepada mereka yang terkena pukauannya.

sebelum ini orang ramai termasuk saya tidak sedar kejadian ini sudah diterbitkan di surat khabar tempatan.

setelah membuat laporan polis di Balai Polis Central, kawan saya itu ditanya pula dengan soalan yang begitu ajaib .... :

"kamu nak buat apa dengan laporan ini"? tanya polis.

kawan saya mulanya terkejut lalu menjawab, "nak disiasatlah".

"kamu berdua sedar tak kamu kena tipu," kata polis lagi.

"kalau kami sedar, kami tak kan kena tipu, " jawab kawan saya lagi.

"baiklah. kejadian yang serupa sudah banyak kami terima laporannya. kamu datang esok pagi ke Balai Polis Sungai Maong untuk mengecam wajah suspek,"jawab polis akhirnya.

sebelum kejadian, rakan saya tadi, baru saja mengeluarkan wang gajinya berjumlah RM900.00 untuk membayar ansuran skooternya dan sebagainya.

semasa mencari pen handphonennya di Tabuan itulah tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga asing yang bertanya di mana mahu mengcashkan cek nombor 4D nya berjumlah RM200,000.00.

mereka menjawab Money Changer kerana mengingatkan lelaki itu mahu menukar wang asingnya.

namun lelaki warga asing itu, sekali lagi memberitahu bahawa cek berkenan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun dan untuk membuka akaun memerlukan wang RM5000.00.

lelaki itu meminta tolong kawan saya untuk membuka akaun atas namanya dan berjanji akan memberikan RM1,000.00 seorang.

sekali lagi lelaki itu meminta tolong rakan saya masuk ke kereta Kenari dua rakannya yang lain untuk berbincang. Katanya dia tiada wang yang mencukupi untuk membuka akaun. dia meminta tolong kawan saya menggunakan wangnya dahulu berjumlah RM920.00 itu, handphonenya, dan rantai dan cincin emas kawannya untuk dicagarkan kepada bank bagi membuka akaun. dan wang hadiah akan ditambah ke RM10,000.00 seorang.

tanpa berfikir panjang, kawan saya itu memasukkan wangnya, handphone dan barang kemas mereka ke dalam beg plastik hitam.

lelaki itu pun keluar kereta setelah mendapat wang dan barang2 dan menuju ke bank berdekatan Sarawak Plaza dan berjanji akan memanggil rakan saya itu sekiranya semuanya selesai.

kemudian mereka berdua diarahkan keluar dari kereta dan menurut saja. mereka pun ke bank yang dimaksudkan setelah begitu lama menunggu kelibat lelaki itu keluar bank lalu bertanya dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

alangkah hampanya jawab pengawal itu, kelibat lelaki itu tidak ada masuk bank. lalu memberitahu sebentar tadi seorang perempuan cina telah terpedaya RM100,000.00 dengan kes yang sama selesai saja mengeluarkan simpanannya yang dijanjikan akan digandakan.

mereka berdua pun berjalan sekitar kawasan bank mencari kelibat lelaki itu dan dua lelaki lain dalam Kenari namun hampa kerana ketiga-tiganya hilang dari pandangan.

setelah itulah baru rakan saya sedar mereka telah ditipu dan nasib baiklah rakan lelaki tadi mengembalikan wang RM20.00 kepadanya untuk tambang bas bagi mengambil skooternya yang ditinggalkan di Tabuan.

bila sedar, rakan saya itu memberitahu dia menurut saja kemahuan lelaki asing itu seperti kena pukau.

maka, mesej kisah ini, jadikanlah pengajaran buat rakan2.....

janganlah tamakkan wang yang belum tentu pasti.

wang banyak takkan jatuh dari langit dan mudah saja kita mendapatkannya.

tanpa usaha sendiri yang gigih, tidak mungkin kita kaya dan punya banyak wang.

semoga entri saya kali ini dapat membantu rakan2 lain untuk lebih berhati-hati di jalan raya....

Armiza Nila
Kuching

Monday, September 24, 2007

Setelah 12 Ramadhan...

pemanis mulut.....emmmmm...dapnya....
kurma pembuka sungkei..


Salam...

hari ini genap 12 hari Ramadhan telah ditempuhi.

bagi keluarga saya, amalan berbuka di rumah keluarga secara bergilir2 sudah semacam sebati bagi mengeratkan silaturrahim.

saya memang seringkali berbuka puasa di rumah emak kerana seorang diri saja berbuka terasa amat sebak rasanya.

mula2 Kak Tie menjemput kami berbuka di rumahnya.

Sabtu lepas, Kak Eyah berbuka di rumah mak lalu bermalam untuk bersahur bersama mak.

Ahad, malam tadi, kak Tie sekeluarga pula berbuka di rumah mak.

begitu meriah sekali majlis berbuka kami. Kami makan di lantai berlapikkan kain seperah yang panjang. pelbagai lauk juadah disediakan kakak dan saya.

ada rendang ayam, ayam panggang, ayam masak kicap, sayur lobak putih masak santan, keropok lekor, cha koi, air tebu, air barley, air durian belanda, air selasih, milo peng dan air nescafe serta kuih-muih.

kebetulan Abg Pit menghantar anaknya Aqil balik dari Telaga Air lalu makan sungkei bersama. riuh-rendah keadaan rumah mak.

anak-anak kak Tie dan anak-anak saya turut gembira. selepas bersungkei anak2 membeli bunga api dan mercun bawang untuk bermain. Si Adib berani bermain bunga api. Manakala Si Irfan takut pula dengan percikan bunga api.

InsyaAllah, Sabtu ini, saya pula akan mengadakan rumah terbuka berbuka puasa untuk keluarga saya saja...hehehe...dan plan nak masak Rendang Ayam Tua - sedap.........

Armiza Nila
Semariang Batu

Friday, September 21, 2007

Kes Nurin Jazlin Jazimin

Salam,

Membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian pagi ini, saya cukup terharu bila menatap wajah kanak-kanak perempuan yang disahkan melalui DNA, mayat Nurun Jazlin Jazimin yang hilang hampir sebulan.

DNA yang dilakukan kali kedua hari ini akan mengesahkan lagi mayat berkenaan. Kita tunggu dan lihat keputusannya.

Saya menulis entri ini untuk menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Jazimin dan Norazian. Jika benar mayat tersebut Nurin Jazlin, semoga keluarganya tabah menerima dugaan dan takdir Illahi.

Kes penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa zaman ini, haruslah dibendung bukan sahaja oleh ibubapa malahan seluruh masyarakat - pihak berkuasa, jiran tetangga, sanak-saudara atau sesiapa saja agar lebih prihatin bila melihat anak-anak kecil yang merayau seorang diri di jalan raya atau di mana sahaja.

Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang dan prihatinnya insyaAllah akan membantu mengurangkan kes-kes seumpama ini.

Kita hanya mampu berkata-kata namun ibubapa Nurin Jazlin amat berat untuk menerima hakikatnya.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Dan semoga penjenayah yang melakukan perbuatan itu akan menerima balasan setimpal daripada Allah dan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Armiza Nila
Kuching

Thursday, September 20, 2007

Sebuah Puisi Armiza Nila - Mutiara Jiwa Bonda





Mutiara Jiwa Bonda

dari segumpal darah
membentuk seketul daging
lalu bernyawa
diselaput air ketuban
lindungmu dari segala marabahaya

dalam kandung
kau memeluk erat tubuhmu sekujur
menumpang hidup dari nyawa bonda

: mutiara jiwa

lahirmu
memecah sunyi malam
beburung berkicau di dahan
tempat sarang : berzikir
saat menyaksikan
kehadiran khalifah bumi
melakar dunia

mutiara jiwa bonda

ada mu sesempurna segala
sucimu bak salju
penyejuk jiwa
penenang resah

tak seharusnya kau dianiaya
oleh rakus nafsu amarah
yang melanda
jiwa yang telah bersenyawa denganmu

kau harta paling bernilai
dalam hidup bonda
tiada yang lain setandingmu

kau menyingkap tabir fikir bonda
jadi matang dan jauh
mentafsir olah dan lakumu
yang pelbagai

mutiara jiwa bonda

kaulah warna-warni
menghias taman nurani bonda.

Armiza Nila
20 September 2007/ 8 Ramadhan 1428H
Semariang Batu

Aduhai Mutiara Hati




Salam,

Membesar dan mendidik anak-anak bukan sekadar menyebut manis di hujung bibir.

Kekadang olah anak-anak yang berlebihan lebih-lebih lagi anak-anak yang baru tahu luasnya alam kanak-kanak mereka - yang tidak pernah memikirkan kerisauan orang tuanya, begitu mencabar kesabaran sang ibu. Anak-anak hanya tahu bermain tanpa memikirkan risikonya.

Saya sendiri seringkali kalah oleh kemarahan yang berkecamuk dalam hati dan fikiran bila berdepan dengan anak-anak yang bermasalah - terlalu agresif.

Astaghfirullahaladzhim. Saya tidak sedar apa yang telah saya lakukan. Saya tidak sanggup menyakiti anak-anak sendiri kerana kalah oleh nafsu kemarahan.

Kepada pembaca di luar sana - saya mohon petunjuk dan nasihat yang berguna - bagaimana membentuk akhlak yang baik anak-anak sedari mereka kecil lagi.

Mungkin kalian yang bergelar ibu-ibu yang mantap bisa membantu saya dalam hal ini.

Aduhai mutiara hatiku - mama sedar, kau dilahirkan untuk diamanahkan kepadaku menjagamu sebaik mungkin.

Sekali mama lalai - selamanya mama menyesal.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan meningkatkan keimanan saya dalam menanggapi karenah anak-anak yang kian membesar.

Insan lemah lagi kamil,

Armiza Nila
Semariang Batu, Kuching

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan Dan Driving....

'Irfan Musaiyar driving dalam Semariang Choice Supermall...hehehe..


Salam,

Hmmmm, ketika berpuasa pada awal Minggu Ramadhan nak memandu kereta pun agak malas rasanya. Bukan apa, saya rasa agak kurang bermaya bila asyik mengadap PC hampir 8 jam sehari. Keletihannya agak ketara - ya mungkin juga kurang bergerak.

Bila suami tak ada di sisi - yang selalunya jadi sandaran, saya seperti patah sayap. Nak terbang ke mana-mana agak terbatas.

Bukan saya saja, rakan2 lain pun mengadu serupa. Rasa mual pun ada ketika memandu di jalan raya.

Jam 4.30 petang keluar dari pejabat - jalan pulang yang agak sesak [ingatkan bila balik awal, jalan clear sikit tapi sebaliknya] bila orang ramai berpusu2 ke bazaar Ramadhan di Taman Sukma [ di bawah sikit sebelah bangunan pejabat saya ]. Nak keluar simpang pun kena minta ihsan pemandu, barulah boleh lepas.

Ya Allah! Semoga Kau beri kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu yang dhaif ini. Amin. Dan selamatlah hendaknya dari segala marabahaya. Na'uzubillahiminzhalik.

Monday, September 17, 2007

Pelbagai Aktiviti Di Hujung Minggu Pertama Ramadhan 1428H











Menunggu Majlis Berbuka Dengan Tenang





Salam,

Alhamdulillah. Hujung minggu pertama Ramadhan saya penuh dengan aktiviti yang berfaedah bagi menjana pendapatan sampingan.

Sabtu - 15 September = 3 Ramadhan.
Saya hadir atas jemputan Mardiana Bonie - Ruby Manager DCL ke Majlis Perasmian Pusat Servis DCL di Taman Herritage yang dirasmikan oleh YB Hj Bolhassan Hj Di disusuli dengan acara Berbuka Puasa.

Jam 5.00 petang saya bergegas ke sana dengan dihantar suami. Mulanya seorang diri kerana tak kenal sesiapa. Akhirnya Nurul dan Yana menyapa lalu duduk semeja. Sekejap kemudian Mardiana serta suami dan anak2 turut serta duduk semeja.

Rezeki - DCL berikan beg kertas seperti di atas bersama air OXI-PI, Red Guara Cafe dan Serbuk Pencuci Pakaian.

Saya suka ke majlis begini untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

Ahad - 16 September = 4 Ramadhan

Jam 10.00 pagi saya dihantar suami ke rumah Manager Tupperware Upline saya yang cukup aktif dan membanggakan - Kak Dayang Rita Awang Razalee di kuarters kakitangan Masjid Jamek.

Saya bertuah kerana menerima 6 buah hamper berupa Tupperware kecil2 yang comel. Kak Dayang mengadakan cabutan bertuah untuk menaikkan semangat para downlinenya...

Saya gembira dan bersemangat dalam bidang perniagaan ini.

Atas sokongan suami dan anak2, saya harap boleh berjaya dalam hidup dan kerjaya di hujung minggu.

p/s....majlis Home Party Tupperware lupa ambil gambar....


Armiza Nila
Semariang Batu
17 September 2007

Friday, September 14, 2007

Tentang Kuching - dalam bahasa English

Ihsan dari Air Asia...

untuk teman2, Air Asia ada promosi tambang murah dari Kuching/Kota Kinabalu/KL ke destinasi2 terpilih....

jomlah ikut saya melancong tahun depan - 2008.

booking dari 11/9 hingga 16/907 sahaja..

jom...cepat...jgn lepaskan peluang keemasan ini...

Armiza Nila - Kuching...

Kuching




Honeymooners, lovebirds and curious travellers - Kuching is your destination! With a beautiful waterfront along the Sarawak River, carefully restored colonial buildings and well-maintained parks, Kuching is one of the most romantic cities in Malaysia. The capital of Sarawak is entrance to ethnical Borneo.

something about Kuching
It’s impossible to avoid them! Cats’ statues and t-shirts are on display all over Kuching! It’s no wonder; kuching means cat in Bahasa Malaysia. You will not see many of these felines walking the capitsomething about Kuchingal of Sarawak, though.

According to historians, the word kuching has no relations with cat.Experts say it originates from a Chinese word that means harbour (kochin), or after the mata kuching, a type of fruit in the lychee family.

With or without cats, Kuching is one of the most delightful cities in Malaysia, and probably the most romantic.






Stroll along the waterfront to soak in the serenity. Along the Sarawak River, small Chinese shophouses, home of many handicraft galleries, are fringed by beautiful gardens. On the river, small sampan and boats cross to the other side where forests abound.

The other side of the bank lies the “noble area” of Kuching - Fort Margarita, a legacy of the White Raja, Charles Brooke, as well as the Astana, a palace of which is the official residence of Sarawak’s Head of State - dominate wooden houses.

The Brooke family who ruled Sarawak for over a hundred years, left a considerable legacy : the classic post office, the court house, the square tower and the Sarawak Museum are treasured architectures of a bygone era. British influence is most noticeable behind the Sarawak Museum. The previous cemetery is, today, a beautiful garden.

With flowers, large trees, wooden pavilions and a Victorian aquarium, it is romantic England nestled in Borneo. Sunsets at the Kuching River are also quite a spectacle. Walk along the waterfront and observe the many faces of Borneo - Chinese, Malay, Iban, Melanau or Bidayu - they all live united and enjoy a peaceful life in this romantic city, an euphoria you will certainly appreciate.


of Attractions
the waterfront
  • monuments, open-air cafes and beautiful gardens
  • climb the highest tower along the river and enjoy the magnificent view of the waterfront
  • ride across the river on the sampan or ferry with a tambang (fee)

    the Sarawak Museum
  • discover the fauna and flora of Sarawak as well as the State’s 26 officially recorded ethics
  • don’t forget the English garden in the backyard

    the Cat Museum
  • features types of cats in the world
  • not the most interesting museum in the world but one of the most intriguing

    of entertainment
    Youngsters like to hang around the open cafes along the Sarawak River until late in the evening. Night owls can meet at the surrounding area of the cats' column at the corner of Jalan Thian Cheok and Jalan Padugan. Soho Pub, Denise Wine Bar and the Grappa are several trendy bars in this area. One of the most popular discos is Tribes at the Holiday Inn.
    of food & drinks
    It would be an insult to be in Kuching without trying the local specialty - Sarawak Laksa. Numerous places serve it. Many open-air eateries can be found at the top or bottom of car parks. Do not feel too strangely about this rather odd choice of location. One of the freshest seafood is served at Top Spot Food Court, Jalan Bukit Mata. The Chinese Food Centre on Jalan Carpenter serves some of the best prawns in town.
    of shopping
    Kuching is a paradise of ethnic handicrafts. Galleries and shops follow each other along Jalan Main Bazaar. The Ibans are famous for their ikan (fish) as well as baskets and rattan objects; Orang Ulu for their intricate wooden sculptures. The more recent galleries mix traditional motives and contemporary designs. Other popular souvenirs include pottery, exotic plants and pepper.




  • beyond Kuching
    Kuching boasts endless natural beauties. Forty minutes from the capital, visitors can enjoy the fine beaches of luxurious resorts in Damai, play golf, trek in the rainforest or visit the Sarawak Cultural Village, an open-air museum that recreates the Sarawakian ethnic way of life.

    Orang utan lovers should not miss the Semengoh Rehabilitation Centre, close to the airport. Located 80 minutes from Kuching, Bako National Park is an excellent introduction to the wildlife and flora of the rainforest of Sarawak.

    If you have more time, why not spend a day with the Ibans? Tour operators organise visits to their homes and extend an opportunity to enjoy Iban hospitality, that includes spending the night in the traditional wooden longhouse.


    pictures courtesy of:





    Sahur oh sahur....

    Bulan Ramadhan menuntut para ibu, para suri rumah bangun awal bagi menyediakan makanan untuk bersahur.

    Di Sarawak [Kuching], waktu Imsyak adalah 5.07 pagi. Selewat2nya para ibu bangun menyediakan lauk sahur sekitar jam 4.00 pagi.

    Kebiasaannya selepas waktu sahur terus disambung dengan pelbagai aktiviti untuk persiapan raya.

    Pagi ini saya tidak membuat apa2 kerana bahan2 utk kek dan biskut belum sepenuhnya dibeli.

    Kerana awal bangun sahur dan terus bersambung lalu ke pejabat, saya rasa pening2 lalat ketika memandu Kancil. Alhamdulillah, atas ihsan anaksaudara yang balik bercuti untuk berpuasa di Kuching, saya jadi penumpang pagi ini.

    Semoga para ibu - isteri - suri terus tabah berbakti lebih pada bulan Ramadhan ini.

    Armiza Nila
    Semariang Batu, Kuching.
    Waktu Berbuka Zon 8 : 6.41 petang

    Thursday, September 13, 2007

    1 Ramadhan 1428H




    Alhamdulillah,

    pagi ini saya bersahur di samping suami tercinta dengan lauk sup ayam, sayur kubis bercampur sotong dalam tin, serunding daging, telur masin dan 4 macam air - soya, oren merah, kopi radix dan tak ketinggalan air mati (suam).

    hari ini pun bangun awal - 3.45 pagi untuk menyediakan lauk bersahur terus disusuli membuat biskut popia susu sejurus selepas bersahur sambil menunggu azan Subuh berkumandang jam 5.09 pagi.

    saya berasa bertuah kerana bertemu buku agama Islam kecil berwarna coklat yang judulnya saya kurang faham cuma bertulis jawi Melayu saja saya faham yang mengandungi doa-doa amalan untuk dunia dan akhirat antaranya Surah Yaasin, Surah Al-Kahfi, Surah As-Sajadah, Surah Al-Fatihah, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Nuh, Surah Al-Muzammil, Suha An-Naba, Ayat Lima, Ayat Tujuh, Doa Nisfu Syaaban, Doa Istighfar Rejab, Fadilat Mandi Mayat, Kafan, Sembahyang atas Mayat, Talkin Mayat, Peraturan Tahlil, Doa Khusus Bagi Mayat, Doa Kanzal 'Arsyh , Doa 'Akasyah, Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun dan Doa Hikal.

    sempena bulan Ramadhan dan untuk seterusnya marilah kita beramalan....

    hari ini ke pejabat sebelum jam 7.00 pagi kerana masuk kerja jam 7.30 pagi bagi menganjakkan waktu balik ke pukul 4.30 petang.

    insyaAllah, segalanya berjalan lancar sepanjang bulan barakah - Ramadhan Al-Mubarak.

    Armiza Nila
    KKKUC
    1 Ramadhan 1428H/13 September 2007

    Tuesday, September 11, 2007

    Sebuah sajak Armiza Nila - Pada Mu Ramadhan




    Pada Mu Ramadhan

    hadir Mu Ramadhan
    seperti memangku sang rembulan

    cahaya Mu Ramadhan
    menyinar temaram malam

    menyambut Mu
    bagai menerima kehadiran salji di bumi Melayu
    dingin - nyaman - tenang
    menyelinap ke seluruh raga
    menyentuh nikmat sukma

    kau datang lagi buat entah kali berapa
    memujuk umat Mu berbakti untuk Tuhan
    sembari membersih dosa
    mencuci noda
    melenyap racun
    dari terus merasuk minda muda

    Ramadhan
    laksana embun subuh
    membasah gersang bumi
    kau bawa harapan
    sang hamba yang dahagakan amalan
    moga sampai
    doanya dimakbul jua

    Armiza Nila
    p/s....Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1428H

    HPPS 2006

    Pagi ini saya menerima kad undangan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2006 daripada DBPCS.

    Sayangnya tarikhnya hari ini - 11 September 2007. 8.30 pagi ketika saya sudah berada di pejabat.

    Saya menelefon sdra Dahiri Saini. Dan alhamdulillah, beliau dapat lagi hadiah kali ini kategori drama.

    InsyaAllah, selepas ini saya akan maklumkan lagi penerima2 hadiah kategori puisi dan cerpen.

    Armiza Nila

    Tabungan Masa Depan

    Salam,

    Sejak akhir2 ini, sengaja saya meletakkan tulisan2 pakar kewangan, para ustaz dan sebagainya sebagai dorongan kepada diri saya dan kerabat pembaca untuk menjalani hidup yang penuh perancangan - biarpun pada mulanya agak susah/payah tapi biarlah akhirnya masa depan kita penuh bahagia tanpa beban yang sengaja kita undang.

    'Biar mengukur baju di badan sendiri'
    Armiza Nila
    KKKUC

    Bijak Menabung: Bebaskan diri anda daripada hutang


    SAMBUTAN kemerdekaan masih belum lagi berakhir. Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia muncul sebagai sebuah negara moden yang makmur. Hasil perancangan rapi yang disusun oleh bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Al-Haj; bapa pembangunan, Tun Abdul Razak; bapa perpaduan, Tun Hussein Onn; bapa kemodenan, Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hasil kekayaan negara dapat dinikmati bersama pelbagai kaum.

    Kemakmuran negara ini turut menarik ramai pendatang asing untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini. Bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia adakah kita sebenar-benarnya sudah merdeka? Dari segi fakta sejarah, memang negara kita sudah lama bebas daripada penjajahan.



    Bagaimana pula dengan minda? Adakah minda kita sudah bebas ataupun masih lagi terbelenggu? Adakah kita masih memikirkan sesuatu perkara itu dalam lingkungan persekitaran sedia ada ataupun kita sudah boleh berfikir di luar daripada kotak pemikiran yang ada?

    Adakah generasi muda kita sudah boleh melihat bahawa negara ini penuh dengan pelbagai peluang untuk membina kecemerlangan kehidupan ataupun masih tertumpu untuk bekerja makan gaji?

    Tanggungjawab bermula dengan diri anda sendiri. Keinginan untuk berubah memang ada dalam diri setiap manusia, tetapi kebiasaannya kita mahukan orang lain berubah mengikut kehendak kita sedangkan hakikatnya untuk sesuatu keadaan itu berubah, kita perlu berubah dulu. Dalam banyak keadaan kita sering menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu keadaan yang agak kurang menyenangkan.

    Di sebalik semua persoalan itu, pernahkah anda terfikir adakah diri kita benar-benar sudah merdeka terutama dari segi kewangan. Kemerdekaan dalam pengurusan kewangan adalah bebas hutang. Sebagai individu, ramai yang ingin membebaskan diri daripada hutang, tetapi jarang sekali ada yang menjadikannya sebagai satu misi ataupun matlamat hidup. Malah ada yang menganggapnya sebagai lumrah, kelaziman demi kelangsungan hidup.


    Anda boleh boleh membebaskan diri daripada hutang jika mempunyai perancangan. Bayangkan hidup anda itu sebagai satu perjalanan. Lukiskan di atas kertas dan tandakan jalan hidup anda itu dengan bendera kemenangan. Tuliskan tarikh dan tahunnya. Sebagai contohnya, jika anda seorang pekerja di mana dan bagaimana kehidupan anda lima tahun akan datang.

    Matlamat yang perlu anda capai dalam tempoh berkenaan dan apa pula perancangannya bagi 10 tahun akan datang. Adakah ketika itu anda sudah mencapai cita-cita anda menjadi jutawan, mempunyai perniagaan sendiri ataupun memiliki kenderaan mewah idaman anda.

    Semuanya bermula daripada impian dan dorongan impian itu menjadikannya satu matlamat. Anda perlu mempunyai keinginan yang mendesak kerana impian hari ini adalah realiti kehidupan anda masa depan. Rancang untuk menjadi manusia merdeka yang bebas hutang. Kehidupan menjadi lebih indah dan bermakna jika anda bebas hutang dan mempunyai kemampuan untuk membeli barangan diingini.

    Apapun, jangan lupakan prinsip asas tabungan dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan untuk tabungan jangka panjang. Jika berkemampuan, asingkan 30 peratus dengan menetapkan matlamat simpanan: 10 peratus untuk kegunaan jangka pendek; 10 peratus lagi untuk simpanan jangka masa sederhana (3-5 tahun) dan 10 peratus lagi untuk jangka masa panjang (lebih lima tahun).

    Ketiga-tiga tabungan ini perlu diasingkan dalam tiga instrumen pelaburan berbeza sebagai contohnya, menyimpan dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Nasional (ASB) dan juga dalam saham amanah khususnya yang ditawarkan Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang mampu memberikan purata pulangan lebih tinggi.

    Ketika membuat simpanan anda perlukan masa dan kesabaran. Ramai yang tertarik untuk mendapat faedah segera dan sanggup menghanguskan wang mereka dengan melabur dalam skim tertentu. Sebagai analogi, katakan anda mempunyai sebidang tanah dan bercadang menjadikannya tanah dusun. Sebelum dusun itu mampu mengeluarkan hasil, tanah itu perlu anda bersihkan terlebih dulu.

    Kemudian baru anda menanam pokok, diikuti aktiviti menyiram, merumput dan membaja bertahun-tahun sehingga ia dapat mengeluarkan hasil. Dalam pelaburan tiada istilah untung segera dan lazimnya jika ada skim yang memberi untung segera, ia itu tidak mampu bertahan lama.

    Manusia mempunyai pelbagai kehendak namun kemampuannya amat terhad. Kehidupan menjadi lebih mudah dijalani sekiranya tidak terlalu mengikut keinginan hati. Sebelum berbelanja fikirkan dulu, adakah ia penting dan menjadi keutamaan hidup anda.

    Senaraikan mengikut tahap kepentingan dan rangka belanjawan bulanan. Catitkan setiap pembayaran atau pembiayaan dalam buku khas. Pastikan tabungan atau simpanan diletakkan teratas sekali dalam senarai belanjawan anda ini. Ia akan mengingatkan anda bahawa setelah bekerja keras sebulan, anda berhak menikmati faedahnya dengan memperuntukkan sebahagian pendapatan untuk tabungan diri sendiri.

    Lakukan secara berdisiplin dan konsisten dan anda akan melihat wang anda berkembang tahun demi tahun. Bagi yang berpendapatan RM1,000, paling minimum simpan RM100 setiap bulan menggunakan khidmat autodebit yang disediakan bank untuk melabur dalam mana-mana dana IPD. Dengan membuat pelaburan RM100 setiap bulan selama 15 tahun, jika kadar pulangannya 10 peratus setahun, wang anda berkembang hampir RM41,800. Jika diteruskan menyimpan sehingga 30 tahun, jumlahnya hampir RM230,000! Inilah kuasa gandaan.

    Rancang hidup anda dan rancang perbelanjaan anda. Wang memang bukan segala-galanya namun hampir segala-galanya memerlukan wang. Jadilah insan merdeka. Fikir-fikirkan dan bukalah minda.

    Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor. Ingin mendapatkan maklumat lanjut hubungi beliau di talian 013-3311981 atau e-mel suraiyanor@yahoo.com.

    Monday, September 10, 2007

    Renungi Ujian

    Salam, sengaja saya mengcopy pastekan tulisan al-ustaz Dr Juanda Jaya dari petikan Berita Harian, Isnin - 10 Ogos 2007.

    Selama ini, mungkin kita mengeluh bila Allah mendatangkan ujian buat kita samada kerugian beratus ringgit wang, kelemahan dalam perilaku anak2 dan kurangnya kejayaan dalam karier.

    Percayalah - kasih sayang Allah tumpah kepada hamba-Nya yang sering diuji.

    Sembari menginsafi diri, semoga kerabat juga sama2 menuju ke jalan yang diredhai-Nya.

    Armiza Nila
    Semariang Batu

    Tajdid Iman: Mukmin sejati mesti sabar hadapi ujian
    Bersama Dr Juanda Jaya

    SUATU hari, tiba-tiba Allah SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya, apakah salah dan dosa yang dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dengan berprasangka baik kepada Allah SWT? Kita berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bala dan ujian itu akan Allah SWT balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang hilang di tangan anda.

    Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita. Adakah patut kita mendahului Allah SWT dalam setiap pilihan-Nya? Manusia berkata dalam hati: “Alangkah eloknya jika begini dan begini.” Adakah manusia itu mengetahui seperti mana Allah SWT Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya? Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.



    Saidina Umar bin al-Khattab, pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Pada hal di sisi beliau ada Rasulullah SAW. Perasaan putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan dunia, anak atau isteri.

    Perasaan putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri. Umar meratap sedih: “Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar?” Rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: “Sesungguhnya Aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku.” (Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)

    Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita mahu menelusuri selok-belok kehidupan ini, ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal. Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.

    Orang yang memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yang kuat tetapi yang paling mampu menahan sakit. Lihatlah mereka yang berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan, rela tidak tidur untuk kerja yang perlu diselesaikan. Mereka yang berjaya begitu disiplin dan menghargai kesakitan yang diderita. Allah SWT menguji siapakah yang paling baik imannya dan paling reda dengan qada dan qadar-Nya.


    Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan: “Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan, ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja.”

    Beliau juga meminjam kata-kata seorang ulama: “Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.

    Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Seperti mana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya: “Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan.”

    Itulah hikmah sebenar mengapa Allah SWT menguji, supaya tumbuh jiwa hamba pada diri kita. Tiada ego melampau dan menganggap akulah yang kuat lalu menzalimi orang lain. Kerana ada Yang Maha Kuasa yang serta merta boleh merenggut ubun-ubunnya dan menghapuskan apa saja yang dimiliki.

    Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah Kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.” (Surah Al-Kahfi: 103-104).

    Manusia merancang, Allah menentukan. Jika seorang bapa kehilangan anaknya nescaya Allah membalas dengan Baitul Hamdi (sebuah istana khusus di syurga) kerana kesabarannya. Bagaimana pula orang yang cekal di atas bala lebih teruk daripada itu? Balaslah ujian Allah SWT dengan lafaz pujian dan syukur kepada-Nya, kerana ia tanda kasih sayang Allah SWT ke atas diri kita.

    Penulis ialah pendakwah dari Negeri Sarawak, boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

    ayah ifah

    birthday

    'irfan and adib

    merdeka mas

    mama ifah

    munifah basyirah