Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan Dan Driving....

'Irfan Musaiyar driving dalam Semariang Choice Supermall...hehehe..


Salam,

Hmmmm, ketika berpuasa pada awal Minggu Ramadhan nak memandu kereta pun agak malas rasanya. Bukan apa, saya rasa agak kurang bermaya bila asyik mengadap PC hampir 8 jam sehari. Keletihannya agak ketara - ya mungkin juga kurang bergerak.

Bila suami tak ada di sisi - yang selalunya jadi sandaran, saya seperti patah sayap. Nak terbang ke mana-mana agak terbatas.

Bukan saya saja, rakan2 lain pun mengadu serupa. Rasa mual pun ada ketika memandu di jalan raya.

Jam 4.30 petang keluar dari pejabat - jalan pulang yang agak sesak [ingatkan bila balik awal, jalan clear sikit tapi sebaliknya] bila orang ramai berpusu2 ke bazaar Ramadhan di Taman Sukma [ di bawah sikit sebelah bangunan pejabat saya ]. Nak keluar simpang pun kena minta ihsan pemandu, barulah boleh lepas.

Ya Allah! Semoga Kau beri kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu yang dhaif ini. Amin. Dan selamatlah hendaknya dari segala marabahaya. Na'uzubillahiminzhalik.

2 comments:

Penabahari said...

Armiza cuba memandu jauh sikit..pergilah ke Lundu ke atau mana-mana lagi dan cuba jadikan memandu itu satu keseronokan. Relaks dan tenang. Saya dulu sama seperti Armiza...tapi tidak sekarang.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Bang Pharo - Miza turut simpati atas apa yang menimpa keluarga Abang. Semoga tabah menghadapi ujian Allah.

Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Begitu bermakna buat saya. Mudah2an sentiasa selamat dalam perlindungan Allah.

Salam Ramadhan.

Bang Pharo - teruskan aktif menulis puisi. Saya sentiasa menunggunya. InsyaAllah lebaran nanti saya akan adakan kunjungan ke teratak abang.