Saya mohon maaf sekiranya tulisan saya tentang fenomena gerhana matahari itu bukan benar2 terjadi kerana setelah menyelak akhbar Utusan Sarawak tidak ada wartawan yang melapornya. Hari itu selepas kejadian aneh yang saya tangkap melalui handphone Nokia Xpress Music 5700, saya tidak membeli Utusan Borneo keesokan harinya. Saya tidak pasti samada mereka ada melaporkannya.
Mungkin ia hanya satu kebetulan dan cukup menginsafkan saya yang melihatnya. Walau apa pun, saya menyukai foto-foto tersebut waima apa saja kejadian sebenarnya.
Sekadar menulis....
Saya tiba-tiba terkenang zaman-zaman kanak-kanak saya bermula saya berpindah dari Kampung Muhibbah ke Kampung Semariang Batu sekitar tahun 1983 ketika saya baru sekerat dalam Darjah Dua.
Hiba rasa hati saya bila melihat kesenangan yang dimiliki anak2 saya walaupun [sedikit] berbanding zaman kanak-kanak yang saya tempuhi.
Saya masih ingat, ketika kecil saya dan adik perempuan [mengipong] - makan sikit2 serbuk kopi yang ditumbuk ibu sendiri bercampur gula. [lagaknya macam makan milo]
Bagi kami ketika itu sungguh nikmat rasanya. Berbeza dengan sekarang, saya tidak dapat minum kopi terutamanya Nescafe kerana boleh mengakibatkan migraine yang teruk. Walau bagaimana pun kopi yang dicampur dalam produk HPA iaitu Kopi Radix, DCL Red Guara Cafe dan Tongkat Ali CNI boleh pula saya terima. Hairan, hairan.
Mengenang kembali anak-anak saya. Dari sebelum 14 hari habis pantang, anak-anak sudah dilatih minum susu tepung bagi membiasakan ditinggal bersama pembantu bila saya bekerja sehinggalah kini yang sulung berumur hampir 4 tahun masih lagi menyusu. Saya dan suami mengorbankan kepentingan diri demi kelangsungan hidup anak-anak kerana bila mereka tiada selera untuk menjamah nasi, maka susu lah sebagai penyumbang khasiat dalam tubuh badan mereka.
Menyingkap kembali zaman kanak-kanak saya. Biar pun kami tidak mendapat makanan yang cukup khasiatnya, ajaibnya kami tidak lemah dalam pelajaran. Agaknya itulah kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Masing-masing punya keistimewaan.
Saya berharap dan berdoa dengan segala apa yang mampu saya sediakan pada anak-anak, kehidupan mereka akan lebih cemerlang daripada saya yang masih terkilan sehingga sekarang kerana tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun hakikatnya saya percaya saya boleh mencapainya. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terjadi dalam kehidupan hamba-Nya pada masa akan datang.
Anak-anak, bersyukurlah.
Pemikiran Telus
14 years ago