Monday, October 05, 2009

Larik-larik derita

Ingin kutulis larik-larik derita
yang menyingkap cahaya cinta bahagia....

Ramadhan - Anak - Syawal

di penghujung Ramadhan 1430H, saya mendengar lagu anak nyanyian Freddy Aguilar yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. di radio hot.fm

entah kenapa peristiwa pedih yang menimpa saya bertubi-tubi di bulan yang penuh barakah itu, telah menumpahkan rasa hiba yang amat lalu menitiskan mutiara perlahan-lahan tanpa dapat ditahan.

lagu ini cukup berkesan pada seorang puteri yang....

terimalah wahai anak...

Freddy Aguilar

Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

"Semoga kita menjadi anak yang taat kepada kedua orang tuanya walau apa pun terjadi"

-kisah anak yang pilu-
16 Syawal 1430H

Kemeriahan Syawal

Dalam kehibaan, Syawal didatangai kemeriahan.

Sanak saudara dan rakan taulan berkunjung beramai-ramai.

Syawal kini sudah berubah. Kalau dulu 7 hari terasa kemeriahannya.

Kini sudah tidak kira hari, Syawal sebulan.

Tetamu hadir tak kira waktu. Asal senggang pasti ditatang.

Alhamdulillah, tetamu adalah rezeki pemberian Allah.