Wednesday, April 09, 2008

Terima Kasih Ujanailmu.com.my










Berbunga Hati Pencinta Buku

Tiada yang lebih indah bagi pencinta buku tika buku2 kegemarannya sampai ke tangan dengan keadaan baik.
Saya menerima kesemuanya pada Selasa, 8 April 2008.
Malam tadi saya sudah mengkhatamkan buku A. Samad Said -Kehidupan Seorang Seniman sekali baca. Banyak manfaat yang saya perolehi atau mungkin boleh dipraktikkan untuk menjadi penulis yang berdisiplin seperti Pak Samad.
Buku kecil yang padat ini menyedarkan saya betapa sekecil-kecil perbelanjaan pun harus direkod agar tidak lalai dalam berbelanja dan amat menghargai kehidupan.
Melihat rumah Pak Samad yang dipenuhi buku-buku seperti masuk ke Planet Kreatif bak kata Dinsman. Kita tidak menemui perabot2 mewah di rumah Sasterawan Negara ini sebaliknya timbunan pelbagai jenis buku yang menghiasi rak-rak, lantai dan atas kerusi di ruang tamu rumah beliau - saya benar2 teruja.
Sekarang, saya tengah menggulati Kuras-Kuras Kreatif Azizi Hj Abdullah. Selesai membacanya akan saya perturunkan hasil bacaan nanti.
Ya, saya tersenyum melihat kegilaan saya sendiri membeli buku di ujanailmu sejak akhir2 ini. Sejumlah buku yang banyak di bilik tidur saya - saya tidak pasti bila dapat menghabiskannya kerana saya tidak punya disiplin dalam membaca. Saya akan membaca buku melompat-lompat dari satu buku ke satu buku dan akan meninggalkan penandanya.
Satu ilmu baru yang saya dapat ialah menyediakan tiga jenis warna pen - merah, hijau, hitam dan pembaris semasa membaca untuk membuat apa-apa catatan untuk lebih mendalami bacaan [saya dapati dari buku KSSM A Samad Said].
Membaca, membaca, membaca.
Armiza Nila
Kuching
09 April 2008
Terima kasih ujanailmu.com.my yang memberi perkhidmatan memberangsangkan.