Tuesday, April 01, 2008

Foto-foto sekitar Malam Baca Puisi 22 Mac 2008 di Tebingan Kuching anjuran Angkatan Pengkarya Indie [API]




















Foto-foto semasa deklamasi puisi Seniman Jalanan oleh Zacharia Manan, Yusuf Fansuri, Sinora Azma dan Abdillah SM. Foto saya sendiri tidak diambil kerana suami sibuk menjaga anak-anak yang turut ikut sama memeriah majlis.
Foto ramai-ramai diambil setelah selesai majlis baca puisi. Dalam hujan renyai, kami terpaksa berpayung sambil mendeklamasi puisi dengan semangat bara API!

Kegirangan anak-anak















Tiada yang lebih indah bagi anak-anak bila mereka bisa mengecapi kegirangan bermain sepuas hatinya.
Ahad yang lepas, saya dan suami membawa anak-anak melepasi segala kekusutan 6 hari terkurung di gubuk untuk mengecapi kegirangan yang mereka ciptakan. Kami ke The Spring Mall, Simpang Tiga - melewati Parkson Grand yang melakukan jualan murah yang agak baik untuk saya yang memerlukan sedikit keperluan diri.
Bagi 'Irfan dan Adib bermain di belon besar lagak taman permainan itu cukup memuaskan jiwa keanak-anakan mereka. Adib tanpa gentar naik turun belon besar itu sehingga terbatuk2 kerana sesak nafas - malam sebelumnya terpaksa mengepam bronkil akibat kahak yang kuat di Healthcare Clinic. Namanya naluri anak-anak tetap juga bermain. Irfan dan Adib nampaknya gemar berkawan. Ifah yang kecil hanya digendong mama dan sesekali ketawa bila dilepaskan untuk berjalan di lantai.
Kami menjamu selera pertama kali di Restoran Chicken Rice Shop. Dengan harga yang agak berpatutan dengan menu yang dihidangkan saya tidak menyesal menjamu selera di sini. Memang masakan Malaysia yang cukup enak. Kami memilih Family Feast yang bernilai RM55.99 ditambah dengan extra Roll menjadi RM73.45 untuk 3 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Bagi rakan2 yang belum ke sini, jangan takut untuk mencuba resepinya seperti Gado-gado, Chicken Rice, Wanton, Fishball Soup, Beef Stew, Chicken Curry, Assam Pedas Fish, Beancurd, Kerabu Manggo, Prawn Roll dan pelbagai jenis lagi makanan yang enak-enak.
Singgah juga sebentar ke Grand Supermart, Wisma Satok yang melakukan jualan murah setengah harga. Melihat lautan manusia yang menggerumuni pusat beli belah ini, saya dan suami hanya sempat mengambil dua pasang kasut sukan jenama Dunlop yang berjumlah RM79.90 setelah didiskaun 50%.
Pada waktu itu, anak-anaklah yang paling gembira dapat mengecapi kegirangan di samping kedua ibubapa yang sentiasa sibuk pada setiap lima atau enam hari bekerja.
30 Mac 2008 - The Sping Mall

Belajar dari bahasa air tangan


Butter dan Coconut Bun - Egg Tart dan Chicken Pizza yang dah masak hasil tangan Saya, Eda dan Yanti





Secuil dari sejumlah foto yang diambil ketika mengikuti Kursus Pendek Membuat Egg Tart, Pizza dan Bun di SATT Kolej anjuran KKKUC pada Sabtu, 29 Mac 2008

Hujung minggu yang lepas, tangan ini telah mempelajari sesuatu yang baru untuk dilatih dan dibersihkan dengan air yang bisa ditumpahkan ke selera suami dan anak-anak nantinya.

Berkesempatan mempelajari membuat egg tart, pizza dan bun merupakan pengalaman manis yang cukup indah. Kalau selama ini hanya mampu membeli di Mita Cake House atau Taka Cake House - insyaAllah lepas ini tangan ini sendiri yang mengadun, mengedoh lalu membakarnya menjadi makanan yang cukup enak.

Dengan bayaran RM20.00 pelbagai ilmu pembuatan roti telah dipelajari. Chef dari SATT Kolej juga amat sporting ketika menurunkan ilmu. Saya, Eda, Yanti, Mae, Diana dan Nor tidak melepaskan peluang ini. Kursus menjadi meriah oleh karenah kami yang berebutan mixer, mesin timbang dan oven.

Saya menulis entri ini sekadar mencatat sejarah yang bisa menjadi kenangan bila dah tua nanti. hahaha...