Wednesday, January 11, 2006

Cikgu Drebar II


Armiza Nila
- Cikgu Drebar II -

Saat-saat getir
kakiku kaku
tanganku geraknya tak menentu
segala lakuku beku

tujahan ceramahmu
menyumpit ulu jiwaku
tertusuk pilu
bersimbahan darah panas
mengalir deras

kolah mutiara pecah
bersama kesal diri
ulangmengulang
mendesak emosi

***

Sinar matari pagi
membuka lembaran baru
sedingin embun dini
setenang air di kali
- tercipta yakin diri -

pecah resah
pecah gelisah
pecah gegar
pecah getar
berhamburan dibawa angin
bangga jadi kuasa
bahawa hari ini
menjadi saksi
segala keupayaanku

Cikgu drebar
terimakasih melangit
dari cakerawala nubari
atas tiap bicara bingitmu
hasilnya kutuai tika ini!

POLIKU
21.12.05, Isnin, 1.22pm

Cikgu Drebar I




Armiza Nila
- Cikgu Drebar I -

bulan ke bulan
aku menyusuri ajaranmu
penat lelah kubuang ke tepi
demi memenuhi impianku
menjejaki lorong-lorong parah
ciptaanmu

Cikgu drebar
betapa aku
hormat kamu
terkunci mulutku
keras tangan dan jemari
erat kejap stereng
bergegar mobil
ke sana ke mari
kubawa menari

Cikgu drebar
mulutmu tak henti
tertitis mutiaraku
basah pipi dan nurani
sebak dada berbaur rasa
faham kehendakmu
ikut undang-undang katamu
selari sanubari
tenang pasti milikku

Cikgu drebar
debaran kian kencang
ombak memukul-mukul dada
saat menanti masa
paling teruja

seminggu bakal bertandang
mohon restumu
anak tutoran
bawa kejayaan!

Armiza Nila
29 Nov 2005
POLIKU

Cuti Hujung Minggu ?!

Cuti Hujung Minggu?!

Saya tidak dapat nak mengotakan Cuti Hujung Minggu sebagai cuti. Lantas gambarannya sedemikian rupa (?!) Bagi saya selagi ada ruang dan peluang, tidak dapat tidak saya harus turun padang untuk sama-sama menggembleng tenaga membantu suami mencari nafkah untuk keluarga terutamanya demi tumbesaran sihat anak-anak.

Justeru, cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) saya pergunakan untuk menambah ilmu dan berkongsi pengalaman dengan anak-anak buah di Rej 511 (AW) Kem Ria, Kuching. Setelah hampir 2 tahun saya tidak mengaktifkan diri (pun begitu bukan dengan alasan yg sengaja), saya kembali berjuang. Saya berjumpa pegawai-pegawai baru dan lebih berpengalaman. Saya bertemu anak-anak buah lama dan rekrut yang belum sempat direkrutkan. Banyak perubahan yang telah dilakukan.

Saya suka sekali dengan perkataan "anjakan paradigma". Di sini juga menuntut ap! wawasan berkualiti itulah harapan jurulatih untuk tahun 2006. InsyaAllah, saya turut memainkan peranan penting dalam memajukan diri dalam kerjaya ini. Dan sambil itu saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan untuk sama-sama menyertai Askar Wataniah Malaysia.

Selamat Berjuang.

Sebuahcatatanarmizanila
110106

Qurban


Qurban

sudah kubasah nila dalam
dalam
redhaku mengatasi segala
qurbanku pada dalam
dalam
sukma nubari
- realiti

kupertahan dalam
segenap duga
kujunjung dikit-dikit
berpaut di bahu
penuh hemah selalu

qurban
seluruh
jadi hamba pada diri
patuh
selagi belum dimurkai
kerna
yang setiarela
pasti mahligai permata
jadi anugerah
paling berharga!

sebuahpuisiarmizanila
110106
sempena Hari Raya Qurban