Thursday, May 29, 2008
Promosi
Santai Sastera Sejam
Tarikh/Masa/Tempat : 31 Mei 2008/3.00 petang/ Square Tower, Kuching Waterfront
Baca Puisi Seniman Jalanan Sesi Ketiga 2008
Tarikh/Masa/Tempat : 31 Mei 2008/8.00 malam/ Halaman Rakyat Kuching Waterfront
Semua hadirin hadirat dijemput hadir.
Armiza Nila
p/s.... saya akan mengedarkan Brosur Puisi Kedua saya kepada pengunjung yang datang secara percuma.
Sokonglah sastera dari rakyat untuk rakyat :-)
Berhalimunan
Beri daku sedikit ruang dan waktu.
Wednesday, May 21, 2008
Berehat Seketika
Akan kembali di sini pada waktu yang belum ditentukan.
Terima kasih pada rakan2 yang memberi sokongan.
Wednesday, May 14, 2008
PTK oh PTK......
Bagi mereka yang telah mencapai tahap IV pasti akan tersenyum riang kerana akan mendapat anjakan gaji terus ke T2.
Manakala bagi mereka yang masih di tahap III samada kedua-dua kertas di tahap III atau salah satunya saja yang dapat IV, sudah pasti keputusan itu amat-amat menghantui fikiran dan emosinya.
Entahlah, mungkin apa khilafnya, apa yang dipelajari secara manual (atas bacaan buku2) bukan secara praktikal nampaknya tidaklah membantu menolong sepenuhnya.
Begitulah nasib segelintir mereka yang mendudukinya.
Apa pun, usahlah kecewa dan terus kecewa kerana ucapan yang paling melegakan ialah "rezeki belum menyebelahi kita".
InsyaAllah akan tiba juga waktunya.
Yang penting teruslah berusaha bersungguh-sungguh dan pertingkatkan dan doublekan kemahuan untuk lulus itu di samping doa-doa kepadaNya.
Kepada mereka yang berjaya melepasi tahap IV dan berjaya mendapat anjakan gaji tahniah diucapkan.
Friday, May 09, 2008
http://bukuria-malaysia.com/ingin-menulis/
jom ramai-ramai ke
http://bukuria-malaysia.com/ingin-menulis/
sama-sama kita manfaatkan ilmu yang disumbangkan
Thursday, May 08, 2008
Satu Tahun Usiamu
kesakitan bonda lantas kebah
tatkala mendengar tangisan pertamamu
memecah sunyi alam
2 minit ke detik 12.00 malam
07 Mei 2007
melahirkanmu ke bumi ini
laksana menerima anugerah yang paling bernilai
lengkap sudah keluarga kita
kau penyeri mahligai bonda
Aduhai Munifah Basyirah
seusiamu setahun
kau mengerti saat ditinggalkan mama seketika
membuntuti mama tatkala berjumpa
seperti sudah lama tidak bersua
Kau permata yang menggemerlap
cakerawala jiwa menjadi terang-benderang
Kesakitanmu seperti keperitanku
senyummu adalah bahagiaku
Jadilah kau muslimah pilihan
mengaut ilmu di merata
bijak memilih antara kaca atau permata
jangan kau pertaruhkan maruah
dalam mencipta nama maupun darjat dunia
moga disuluhi ruang minda peti akhlak
menuju akhirat impian utama
07 Mei 2008
setahun genap
kau belajar mengunyah kepahitan
sebagai insan makhluk Tuhan!
Armiza Nila
08 Mei 2008
[sebuah puisi sempena ulangtahun pertama puteriku Munifah Basyirah tanggal 11.58 malam 07 Mei 2008] ... saya bercuti kerana membawa Ifah ke klinik injection dan menjaganya seharian kerana merengek sepanjang bermula setahun usianya..
Tuesday, May 06, 2008
Mengapa Perlu Menyakiti
Setelah mencipta nama demi nama
mengapa perlu menyakiti
sejak bergelar sesiapa
mengapa perlu menyakiti
sejak aku memilih jalan ini
jalan yang kau tidak ingini
mengapa perlu menyakiti
keasyikanku tidak pernah menggugat ketinggianmu
aku tahu kau mulia di mata tuan
kesilapanmu dianggap kecil
berbanding keampuanmu yang besar
barangkali kau tidak sedar
kelekaanmu yang menyongsang
mengapa perlu menyakiti
insan yang tak pernah ambil peduli
setiap tindak tandukmu
menerima satu-persatu pujian
mahupun pengiktirafan
mengapa perlu disakiti
sekeping hati yang ikhlas
dalam perjuangannya
mengapa aku disakiti
mungkin kerana dosaku sendiri
atau proses penyucian rohani
semurni semerbak mawar pagi
mengembangkan aroma ke pelosok alam
yang rosak oleh kata-kata nista sebusuk kumbang
kembalilah wahai diri
mencongak, menghitung tasbih
memuji kebesaranNya
kerana terpilih menerima ujian
maha jadam ini!
Maslina Mahbu @ Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching.
06 Mei 2008
Monday, May 05, 2008
Foto Sekitar Pra Tonton Filem Le Tour API
Irfan dan Hanafi turut memberi sokongan
ketika dan selepas pra tonton filem Le Tour API
Slot-slot menarik dipetik dari filem Le Tour dalam jangkawaktu 15 minit
Yusuf Fansuri [pelakon utama]- sebelum pra tonton bermula
Zach Manan {pengarah filem pendek Le Tour}
Filem pendek API "Le Tour" yang ditayangkan selama 15 minit menceritakan kehidupan seorang pengembara dari satu kota besar ke kota besar dalam pencarian dirinya yang akhirnya cuba memilih "alangkah eloknya kalau bisa kembali ke alam rahim" - tanpa banyak masalah.
Puisi Selamat Hari Ibu
Tajuk : Ibu, saat mutiara kalbumu jatuh satu-persatu
Ibu, saat mutiara kabulmu jatuh satu-persatu
Saat mutiara kalbumu
jatuh mengalir sunyi
menelan segala kebobrokan
yang mengelilingi mahligaimu
kau tetap seteguh karang
di dasar sukmamu
kau pendamkan hasrat
melihat dunia yang bercahaya
menyinari cakerawala hidup
anak-anakmu
Ibu
tiada pilih
antara kasih
keduabelasan pengarang jantungmu
lahir, besar dan dewasa oleh
prihatinmu, gigihmu mencurah ilmu dari hati
biar dirimu
sekadar menghafal dari lisan
dek huruf yang buta dalam mengenalmu
Ibu
sungguh cintamu
tiada tara
menonton aksi
kami laksana diserang garuda
dan sesekali
semanis madu
mencicip di bibir
dan mekar senyum kami
Ibu
impianmu yang satu
terlaksana belum
mengelilingi Kaabah
mencium Hajratul Aswad
menghirup panas gurun
menikmati dingin ke sumsum
tatkala asyik intan payungmu
mengatur murni kehidupan
namun kau tidak pernah
menyuarakan
kehendak hatimu
kerana kau
bukan egois
dirimu bukan seeorang
tapi
kau adalah
kami
dan kami
adalah kau
Ibu
moga jerit perihmu
sampai kepadaNya
beroleh pahala
tiada penghujungnya…
Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching
5 Mei 2008
“Selamat Hari Ibu”
Friday, May 02, 2008
Foto-foto sisi blog
Sila layari blog berkenaan untuk membaca dan mengetahui lanjut kegiatan2 API
Terima kasih Yusuf Fansuri
Esok dan API
Moga saya tidak mendapat apa-apa halangan untuk sama-sama menonton filem pendek API itu.
Perjalanan API yang menghampiri usia 8 tahun itu sebenarnya telah banyak mencipta sejarah kebermulaan dalam kancah sastera Bumi Kenyalang.
Apa pun, semangat dan kerjasama untuk menghidup dan mengimarahkan kewujudan dan kelangsungan API itu sendiri telah membakar semangat API untuk terus mengorak langkah dari satu darjah ke satu darjah teratas.
Moga hidayah dan petunjuk jalan yang diberikan-Nya mampu menyumbang kepada persaingan sihat API dengan pergerakan-pergerakan sastera lain Bumi Darul Hana.
Viva API!
"Wahai hati, ucap diri" antara puisi saya yang mendapat tempat di hati Editor YIIB untuk Utusan Borneo. Terima kasih DBPCS kerana tidak berat sebelah dan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sastera mahupun non-sastera yang terus menyokong dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan demi kejayaan saya sehingga kini biarpun kecil.
Alhamdulillah.
02 Mei 2008
Cengkaman Ujian Selesai..
Buat kali pertamanya saya sudah pun menamatkan ketiga-tiga ujian KPSL N27 yang terakhir pada Rabu, 30 April 2008 iaitu kertas Undang-undang Umum yang merangkumi Undang-Undang Am - Perlembagaan, Kewarganegaraan dan Perhubungan Persekutuan dengan Negeri-negeri, AKTA PENCEN 1980 DAN AKTA KWSP 1991.
Dengan masa 2 jam yang diberi untuk menjawab 4 soalan yang begitu 'dahsyat' itu bagi saya amatlah tidak mencukupi...bayangkan satu soalan dijawab dalam masa 30 minit. Paling menguja saya rasakan adalah soalan berkaitan persaraan. Rupa-rupanya banyak prosedur2 yang boleh menghalang kelancaran proses persaraan.
Akta KWSP, Pencen dan Kewarganegaraan dapatlah juga diatasi sekadarnya.
Buat semua rakan2 yang menduduki peperiksaan ini, iringan doa kejayaan saya panjatkan untuk kita semua.
Amin.