Friday, November 30, 2012

penulis kerjamu memang menulis

dan menulis dengan jujur dan ada rasa pertanggungjawaban atas setiap yang anda tulis. kalau tulisan anda baik dan menepati penerbit maka ia akan terbit.

menulislah tanpa keluh kesah. menulislah dengan jiwa. menulislah kerana memang kerja kamu menulis.

Penulis dan Wang

ya Allah kiranya dengan menulis ini saja rezeki yang Kau sedia hulurkan buatku, aku redha. Daripada aku belajar bidang perniagaan yang banyak merugikan aku akan hutang hutang orang yang tertunggak sehingga sekarang. aku berhak mengutuk atau dikutuk gara-gara hutang-hutang tertunda dan hutang-hutang yang tidak dibayar padaku dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. tapi biarlah orang mengutukku daripada aku mengutuk orang yang tidak pernah jujur seperti jujur dan lurusnya diriku ini.

ya Allah. moga ada pencerahan dalam bidang penulisan. moga aku bakal mengecapi kejayaan tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Rezeki

Moga Allah mengurangi bebanan hutang dan memperluaskan rezeki bagi melancarkan kehidupan penuh kesederhanaan. Ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan kecil-kecilan hendaklah diperdalami lagi. Bangkitlah duhai Maslina!

Monday, November 26, 2012

Hutang

kerana cinta dan kasih sayang manusia begitu mudah baik hati. membantu. menghulurkan wang tanpa prasangka. tetapi selalunya si penghutang selalu  mengkhianati si pemiutang.

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

jangan tak cuba. dah cuba baru tau.
Tiada beza sangat pun sebenarnya antara DEKON dan DEKLAMASI SAJAK.
 
DEKON adalah singkatan kata yang diambil dari DEKLAMASI (DE) dan LAKON (KON).
 
saya memasuki dunia seni ini secara kebetulan saja. bila Pegawai DBPCS Tuan Jaafar Hj Hamdan menyarankan saya menyertainya mewakili Jabatan.
 
"Kau bawalah mesej ketuhanan, pakai kostum serba putih. aku tahu kau boleh buat Mas". Tutur beliau macam bergurau tapi akhirnya jadi kenyataan.

perjalanan seniku masih terllau jauh dan panjang. aduhai.....
bersabarlah

Sunday, November 25, 2012

Kau pergi jua....

Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.

Alhamdulillah. Menulis di blog lebih mudah dan seronok daripada menulis di facebook yang bukan saja kekadang tetapi selalu saja talian internet tidak berfungsi dengan baik dan memuaskan hati pengguna. Saya memiliki lebih 1000 rakan facebook. Memposting sesuatu entri (apa yang kamu fikir?) secara cepat padat ringkas tapi penuh makna itulah tujuan saya memulakan penulis di fb. Saya juga menulis sajak-sajak spontan di fb. Doa saya moga blog saya ini terus memberi manfaat kepada para pembaca tidak kira di mana anda berada dan saya berusaha untuk terus mengemaskininya dari semasa ke semasa tatkala talian di fb amat buruk sekali!