Tuesday, December 24, 2013

Bilakah akan hadir lagi.....bersama Suhana Lina Sarkawi (A.P.I)


Sajak Tribute to Rendra


Sayembara Dekon 2013 - Naib Johan


MengANGKASAkan Sastera

Wahai hati yang berbicara

sudah termaklumkan

sastera kita diangkasakan

bergentayangan di udara

senafas

serelung darah

bercambah

berbenih

dalam jantung

penegak kebenaran


kewalangan yang menakung di tasik

aqli

nyahkan dari dasar nurani


sedarlah wahai diri yang mencangkung

usahlah berpeluk tubuh

menerima seadanya

bangkitlah tebarkan suara api

menerangi langit hitam itu!


[sebuah karya spontan Armiza Nila]

15 Julai 2008

Jalan Sultan Tengah

Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.

Usia beberapa jam selepas lahir di Maternity One, Room 1 Bed 1, Hospital Umum Sarawak



ia lahir tepat jam 8.37 malam 21 Julai 2009. kelahiran secara normal tetapi diberikan ubat sulak - induce - selusuh moden. selepas 6 jam dipasang ubat, selusuh ubat induce dicampur air selusuh saya sendiri, sakitnya tidak terkata...


akhirnya penantian terjawab...


esoknya beliau diberi nama Muhammad Syabil Rifdi - Yang Terpuji Bintang Pemberian.

Monday, November 18, 2013

Ujian

Ujian datang bertindan-tindan. Ketika sakit lain ujiannya. Ketika sihat lain pula ujiannya. Selagi kita bernama manusia, selagi itulah hidup kita akan dihampiri ujian. Sedar tidak sedar ujian adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Mengukur sejauh mana keimanan dan ketaqwaannya, dan kesabaran dia dalam mengharung ujian sepanjang kehidupannya.

Saya sedar ilmu yang dituntut belum banyak mana dan saya masih tidak layak untuk mendidik orang. Justeru saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman sekadar di lingkungan hidup dan keupayaan saya sendiri yang begitu terbatas jua. Moga sentiasa saja ada sinar harapan untuk melayari bahtera kehidupan dengan penuh keredhaan di samping memperbaiki segala kelemahan dan mempertambah segala kekurangan sebagai muslimah seterusnya khalifah di bumi Allah.

Thursday, August 29, 2013

....

Ya Tuhanku Allah Azza Wajalla. Jangan Kau uji aku dengan ujian yang tidak mampu aku tanggungi. Berikan aku ketenangan jiwa dan kehalusan budi. Melayani karenah, mendidik dan membesarkan anak-anakku yang belum mengerti peri perit sebuah kehidupan ibunya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ku mohon diberi kesihatan yang baik agar mampu aku melangkahi jalan-jalan penuh liku dan ujian. Tanda kasihMu ya Allah, aku terima segala ketentuan. Kuatkanlah semangatku menghadapi hari depan.

Monday, August 19, 2013

Kembalikan

Kembalikan keceriaan itu. Berikan ketenangan. Lapangkan dada. Tenteramkan jiwa.

Jadilah pemberi jika ada sedikit rezeki. Maafi sesama manusiawi. Bersihkan hati.

Tuhan! Kembalikan. Jadilah pemurah, penyayang, suka menolong dan menggembirakan orang lain. 

Demi anak-anak dan sebuah keharmonian keluargaku kembalikan kedamaian itu.

12 Syawal 1434H

Tuesday, July 09, 2013

Taqwa dan Syurga

Teringat hamba ceramah Ustaz Kazim Elias yang menjelaskan bahawa hanya orang-orang yang bertaqwa akan masuk syurga tanpa hisab. Ia umpama orang yang masuk hospital ada GL (Guarantee Letter) akan dilayan dengan baik oleh kakitangan hospital bila masuk wad.

Kalau nak masuk syurga dengan GL mestilah dengan TAQWA.

Maaf, saya hanya ingin berkongsi rasa yang mungkin kita terleka selama hidup berpuluh tahun di dunia fatamorgana ini.

Tuesday, July 02, 2013

Nenda dan Kembara I

Tetiba aku teringat pada arwah nenda. Sejak kecil aku begitu rapat dengan beliau Allahyarhamah Raa'bah Haji Lias. Al-Fatihah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya di alam bazakh. Aku menitiskan airmata lalu tersendu-sendu. Anak-anakku Salehuddin dan Munifah menegurku kenapa menangis dan mereka turut menangis. "Mama, jangan nangis dan jangan mati. Kami sayang mama," tutur anak-anak dengan jujur.

Sudah beberapa tahun arwah nenda meninggalkanku pergi. Dia sering menjengukku dalam mimpi. Ini kerana aku terlalu merinduinya dan pernah rapat dengannya. Teringat aku sejak kecil lagi semasa berusia delapan tahun hingga tujuh belas tahun, aku cukup gemar mengikut nenda pulang ke kampung halamannya di Kpg Tambey, Kota Samarahan.

Semasa berusia delapan tahun itu, aku dan nenda menumpang bot ekspress kecil yang begitu unik kukira. Ia kecil sahaja, berbumbung, berdinding penuh dan mempunyai tingkap yang kecil-kecil juga. Entah aku ketika itu yang gemar dengan pengangkutan air sangat teruja bila dapat menaiki bot ekspress yang unik itu. Aku cuba mengembalikan ingatan pada zaman kanak-kanakku.

bersambung......

2 Julai 2013

Friday, June 28, 2013

Ujian

Indahnya hidup dengan warna-warni ujian.

Kesunyian, kegersangan akan tetap terisi dengan adanya Dia senantiasa di sisi.

Telanlah kepahitan jadam itu sebagai nikmat hidup yang bakal menyembuh duka.

Buangkan dura yang mendera terus dari ingatan purba.

Bangun dan teruslah melangkah tanpa lelah.

Armiza Nila
Kuching
Jun 28, 2013

Monday, April 01, 2013

kebetulan atau apa saja

suatu kebetulan. ujian. iman. taqwa. ukhuwah. cinta dan kasihsayang. rindu dan dendam. hiba dan kesumat. riang dan ria. berusa dan berpisah. jiwa pun terpisah-pisah. lembaran kenangan jatuh koyak satu persatu. setia dibawa angin bersama rindu nan damai......

Friday, January 04, 2013

SABAR DAN TABAH

ya Allah. kumohon kau berikan aku kesabaran dan ketabahan dalam mengharung keperitan sebuah kehidupan.

Memang perjalanan masih jauh dan aku perlu bersedia dalam apa jua keadaan kerana tiada siapa yang bisa membantu tatkala aku dalam kesusahan. Hanya ada aku sendiri dan pergantungan pada Allah.

Aku takkan sanggup hidup dalam kesusahan dan kepayahan lagi.