Monday, May 05, 2008

Foto Sekitar Pra Tonton Filem Le Tour API





Irfan dan Hanafi turut memberi sokongan

Wajah-wajah penonton
ketika dan selepas pra tonton filem Le Tour API
































Slot-slot menarik dipetik dari filem Le Tour dalam jangkawaktu 15 minit






































Yusuf Fansuri [pelakon utama]- sebelum pra tonton bermula




Zach Manan {pengarah filem pendek Le Tour}























































































































































































Filem pendek API "Le Tour" yang ditayangkan selama 15 minit menceritakan kehidupan seorang pengembara dari satu kota besar ke kota besar dalam pencarian dirinya yang akhirnya cuba memilih "alangkah eloknya kalau bisa kembali ke alam rahim" - tanpa banyak masalah.




Terima kasih kepada Asiah, Mizan, Raden dan Aidil Fahmi[yang datang lewat] sempat menonton filem pendek API dan memberi komen masing-masing di samping sekadar mendengar pandangan.


Sinora Azma memberikan kritikan penambahbaikan filem Le Tour dengan cukup teliti.
Terima kasih juga kepada Pengarah filem pendek API "Le Tour" Zach Manan kerana memberi Special Thanx kepada puisi saya "Ada Dusta" untuk filem ini.

Viva API, Viva Zach Manan dan Viva Yusuf Fansuri !!!


05 Mei 2008 - oleh Armiza Nila

Puisi Selamat Hari Ibu




Puisi Armiza Nila

Tajuk : Ibu, saat mutiara kalbumu jatuh satu-persatu

Ibu, saat mutiara kabulmu jatuh satu-persatu

Saat mutiara kalbumu
jatuh mengalir sunyi
menelan segala kebobrokan
yang mengelilingi mahligaimu
kau tetap seteguh karang
di dasar sukmamu
kau pendamkan hasrat
melihat dunia yang bercahaya
menyinari cakerawala hidup
anak-anakmu

Ibu

tiada pilih
antara kasih
keduabelasan pengarang jantungmu
lahir, besar dan dewasa oleh
prihatinmu, gigihmu mencurah ilmu dari hati
biar dirimu
sekadar menghafal dari lisan
dek huruf yang buta dalam mengenalmu

Ibu

sungguh cintamu
tiada tara
menonton aksi
kami laksana diserang garuda
dan sesekali
semanis madu
mencicip di bibir
dan mekar senyum kami

Ibu
impianmu yang satu
terlaksana belum
mengelilingi Kaabah
mencium Hajratul Aswad
menghirup panas gurun
menikmati dingin ke sumsum
tatkala asyik intan payungmu
mengatur murni kehidupan

namun kau tidak pernah
menyuarakan
kehendak hatimu
kerana kau
bukan egois
dirimu bukan seeorang
tapi
kau adalah
kami
dan kami
adalah kau

Ibu
moga jerit perihmu
sampai kepadaNya
beroleh pahala
tiada penghujungnya…

Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching

5 Mei 2008

“Selamat Hari Ibu”

Friday, May 02, 2008

Foto-foto sisi blog

Untuk makluman, foto-foto sisi blog saya tentang puisi dan santai sastera sejam, saya ambil dari blog http://digitalapi.blogspot.com

Sila layari blog berkenaan untuk membaca dan mengetahui lanjut kegiatan2 API

Terima kasih Yusuf Fansuri

Esok dan API

Esok, API akan mencatatkan lagi satu sejarah dalam pergerakan pengkaryaannya.

Moga saya tidak mendapat apa-apa halangan untuk sama-sama menonton filem pendek API itu.

Perjalanan API yang menghampiri usia 8 tahun itu sebenarnya telah banyak mencipta sejarah kebermulaan dalam kancah sastera Bumi Kenyalang.

Apa pun, semangat dan kerjasama untuk menghidup dan mengimarahkan kewujudan dan kelangsungan API itu sendiri telah membakar semangat API untuk terus mengorak langkah dari satu darjah ke satu darjah teratas.

Moga hidayah dan petunjuk jalan yang diberikan-Nya mampu menyumbang kepada persaingan sihat API dengan pergerakan-pergerakan sastera lain Bumi Darul Hana.

Viva API!

"Wahai hati, ucap diri" antara puisi saya yang mendapat tempat di hati Editor YIIB untuk Utusan Borneo. Terima kasih DBPCS kerana tidak berat sebelah dan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sastera mahupun non-sastera yang terus menyokong dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan demi kejayaan saya sehingga kini biarpun kecil.

Alhamdulillah.

02 Mei 2008

Cengkaman Ujian Selesai..

Alhamdulillah.

Buat kali pertamanya saya sudah pun menamatkan ketiga-tiga ujian KPSL N27 yang terakhir pada Rabu, 30 April 2008 iaitu kertas Undang-undang Umum yang merangkumi Undang-Undang Am - Perlembagaan, Kewarganegaraan dan Perhubungan Persekutuan dengan Negeri-negeri, AKTA PENCEN 1980 DAN AKTA KWSP 1991.

Dengan masa 2 jam yang diberi untuk menjawab 4 soalan yang begitu 'dahsyat' itu bagi saya amatlah tidak mencukupi...bayangkan satu soalan dijawab dalam masa 30 minit. Paling menguja saya rasakan adalah soalan berkaitan persaraan. Rupa-rupanya banyak prosedur2 yang boleh menghalang kelancaran proses persaraan.

Akta KWSP, Pencen dan Kewarganegaraan dapatlah juga diatasi sekadarnya.

Buat semua rakan2 yang menduduki peperiksaan ini, iringan doa kejayaan saya panjatkan untuk kita semua.

Amin.

Tuesday, April 29, 2008

Ujian Yang Dahsyat

Pagi tadi selesai exam yang cukup dahsyat.

Patutlah ramai kawan2 yang mendudukinya tidak lulus-lulus sehingga beberapa kali turun exam.

Bahagian 2 yang merangkumi soalan dari Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam memang betul-betul memecahkan kepala.

Hampir-hampir patah jari dek lenguh menulis esei.

Cuba, jangan tak cuba.

Rezeki di tangan Dia.

Monday, April 28, 2008

Hari yang meletihkan....ahhhhhhh...exam...exam...exam...

Salam,

Pada tiga hari berturut-turut mulai hari ini, 28/29/30 April 2008, saya telah dan akan menghadiri peperiksaan KPSL untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Saya exam pada sebelah pagi sehingga jam 12.30 tengahari saja.

Pagi ini, saya memandu kancil ditemani bapa kerana sudah sekian lama saya tidak memandu sejauh itu ke Pusat Latihan Sarawak [JAKIM] yang terletak di Telaga Air, Matang.

Selepas habis ujian, saya pun memandu pulang bersama bapak. Sampai di rumah jam 13.38 tengahari. Makan mi sedap goreng yang mak sediakan dan minum air sejuk, terus saya beredar ke pejabat jam 13.58 petang. Sampai ofis jam 2.15 petang.

Hari ini adalah hari yang amat meletihkan bagi saya kerana kedua-dua tenaga saya perahkan. Otak juga tubuh badan ini. Kaki saya berasa lenguh dek perjalanan yang jauh.

Saya buat kerja pada sebelah petang seadanya saja.

Kawan-kawan, doakan kejayaan saya dan keselamatan saya sepanjang pemanduan 3 hari berturut-turut yang maha jauh ini.

Saya mengambil masa 40 minit perjalanan pergi 60 km/jam dan 1 jam lebih perjalanan 60 km/jam pulang.

Moga hidup pada masa mendatang bisa berubah berkat usaha dan lelah payah. Amin.

Wednesday, April 23, 2008

Kuras-Kuras Kreatif Azizi Haji Abdullah - Menguras Hati



Malam tadi, saya selesai membaca Kuras-Kuras Kreatif Azizi Haji Abdullah.


Banyak ilmu yang saya dapat dari kejujuran penulis ini.


Saya tidak dapat bayangkan andaikata saya punya suami penulis seperti Azizi.


Adakah kesabaran saya mampu ke tahap bertahan dengan suami yang kerap berpergian dan tidak memberitahu isterinya ke mana mahu pergi dua tiga hari begitu.


Tetapi Azizi lain daripada kebanyakan 'lelaki-lelaki'.


Beliau hidup begitu untuk menghasilkan karya dan juga akan menyumbangkan habuannya juga pada anak dan isteri yang setia menanti di rumah.


Saya cukup tertarik dengan cara-cara Azizi menghasilkan karyanya seperti cerpen dan novel itu.


Sesekali, saya merasakan apa yang saya buat dalam menulis puisi pun mengikut jalan seperti Azizi. Saya jarang melakukan kajian sebelum mencipta puisi. Selalunya saya akan menulis puisi secara spontan bila tiba-tiba ilham mengunjungi benak saya. Kemudian, di masa yang lain dan terluang, saya akan memperbaikinya tetapi kebanyakannya saya tidak pernah mengeditnya. Mungkin itulah agaknya pengucapan puisi saya masih lemah. [Saya tidak maksudkan Azizi begitu]


Kepada yang mahu bergelar penulis yang prolifik, saya sarankan anda membaca karya Azizi Haji Abdullah ini - Kuras-Kuras Kreatif.


Anda pasti berpuas hati.


Saya ingat lagi kata-katanya, pengalaman diri lebih banyak membantu dalam bidang penulisan daripada kajian.


Benar, sesuatu yang datang dari hati adalah sungguh bersih, murni, segar dan hidup!


Selamat membaca.


Armiza Nila
p/s...setakat ini saya pernah membaca "Seorang Tua Di Kaki Gunung" - sungguh menyayat hati membacanya dan sekaligus pernah menonton dramanya semasa di zaman sekolah dulu meminjam buku teks sastera kakak saya.

Sekitar Makan Malam Pra Konvo dan Konvo ke-4 KK Zon Sarawak di Hotel Hilton





























Posing maut bidadari-bidadari Admin KKKUC






Brosur Puisi Pertama Armiza Nila 2008











Jemputan API kepada semua peminat sastera

*semua di jemput hadir ke Square Tower, Kuching Waterfront pada 03 Mei 2008, Sabtu, jam 3 hingga 4 petang*

Armiza Nila
p/s..sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 0138277451

Monday, April 21, 2008

Baca Puisi Seniman Jalanan Siri Dua 19 April 2008















[foto-foto sekitar baca puisi seniman jalanan API 19 April 2008, Kuching Waterfront]










Malam itu, saya antara pendeklamasi yang cukup merasa bangga. Apa tidaknya, ketika acara dijalankan, orang ramai yang berjalan di sekitar halaman rakyat Kuching Waterfront berhenti seketika untuk menjadi penonton spontan acara kami itu.

Saya cukup teruja bila semakin ramai pengunjung yang datang dan berdiri di sekitar jalan hadapan KWF Amphi Theatre. Terima kasih kepada pengunjung KWF yang amat sporting itu.

Tidak ketinggalan juga sekumpulan lima orang pelancong dari New Zealand, berhenti untuk melihat acara puisi seniman jalanan kami dan sempat juga saya merakam foto bersama mereka.

Malam itu juga hari bersejarah dalam dunia kepenulisan saya bila kali pertama dapat mengedarkan Brosur [Risalah] dua buah puisi saya - Ada Dusta dan Paut yang telah dicetak oleh Bima Sakti Publishing - saudara Abdillah SM - penyair yang saya hormati - terima kasih bang Dil. Sebanyak 17 risalah telah berjaya saya dan dibantu suami edarkan kepada pengunjung KWF. Saya tidak menyangka didatangi pengunjung yang memohon saya menandatangani autograf buat kali pertama selaku penulis puisi dan pendeklamasi. Alhamdulillah, usaha-usaha ini nampaknya membantu perkembangan API yang berhasrat memasyarakatkan puisi di Halaman Rakyat seperti KWF.

Baca puisi dijalankan dengan cukup hangat pada malam itu. Sajali Mohamad, Abdillah SM, Zakaria Manan, Yusuf Fansuri dan Armiza Nila antara kerabat yang terlibat.

Acara sama akan menyusul pada 24 Mei 2008.

Viva API! Viva 2008! Viva KWF!

*Armiza Nila
melaporkan dari Kuching

Santai Sastera Sejam API 2008



















































[foto-foto sekitar santai sastera sejam di Square Tower]

Salam.

Suka sekali saya ingin memperkatakan tentang Santai Sastera Sejam API 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 19 April 2008 bertempat di Square Tower KWF.

Pembicara undangan yang cukup hebat teks penyampaiannya iaitu saudara Taufek Firdausi - berbicara dari hati.

Antara tokoh yang turut hadir ialah Abdillah SM dan Pharo Abdul Hakim.

Manakala kerabat API yang lainnya ialah Zakaria Manan, Armiza Nila, Yusuf Fansuri, Zainal Abdin, Tajul Ashikin, Radin Azhar [wartawan Utusan Sarawak] dan tokoh yang dihormati API Sajali Mohamad.

Suka saya memetik teks Taufek Firdausi yang bertajuk "Gerakan Kesusasteraan Mahu Bagaimana - Pupus atau Terus Hidup".

Antara yang sempat saya catit iaitu beliau mengetengahkan penulis2 puisi yang boleh dibanggakan selain dari penulis puisi Membentuk Elok Di Teluk Esok - Abizai Abi. Mereka ini tidak kurang hebatnya dalam menyampaikan maksud dan pandangan hati dari matanurani penyair yang boleh dijadikan ikitibar kepada pihak yang berwajib [DBPCS] untuk diketengahkan. Antaranya puisi Sinora Azma - Kucing Kurap, Zakaria Manan - [lupa tajuknya - berkenaan membebat luka], Roslan Jomel - Saudara Yang Menggunting Kertas dan Bidadari Yang Berbaring Mengiring, Rosani Hiplie yang mengangkat isu masih adakah lagi wanita solehah di dunia fatamorgana ini.

"Kita mesti berlari dan ingin sentiasa melakukan sesuatu. Kita perlu ada blueprint/halatuju yang lebih strategik untuk menghadapi dunia lara sastera ini."

Selepas ini, santai sastera sejam merupakan aktiviti berterusan API pada setiap bulan untuk masa-masa akan datang di tempat yang sama.
Armiza Nila
melaporkan dari Kuching, Sarawak

Friday, April 18, 2008

Aktiviti Sastera 2008

Sabtu
18 April 2008
Kuching Waterfront

Sembang sastera Di City Tower, KWF - jam 3.00 petang - API bersama Taufik Firdausi

Baca Puisi Seniman Jalanan - Kuching Waterfront - jam 8-9 malam - kerabat API dan tokoh yang belum pasti

*semua dijemput hadir*

aktiviti ini antara intipati semangat API yang akan berterusan...amin

Wednesday, April 16, 2008

Mantera

HIMPUNAN MANTERA DIKUMPUL OLEH ARMIZA NILA DARIPADA NENDA RA’ABAH BIN HAJI LIAS

1) TAWARIK TEMUAN

Sapak sapa, duduk di entialang
temuan datang, tiadak mengapa
conteng kapur, sahaja ilang
turun bisa, naik tawar
sah tawar, sah tawar.

(3x tiup di air) minum 3x teguk dan pungas dekat kepala

2) DOA TAWARIK BUDAK (1) – sakit perut, demam, bisa tubuh

Air embun air cendana
Air turun Allah Taala
Air embun seribu guna
Pakei menawar sekalian bisa
Turun bisa naik tawar
Sah tawar, sah tawar
Tawar Allah, tawar Muhammad, baginda Rasulullah
(tiup kepala sampai kaki)

DOA TAWARIK BUDAK (2)

Hei simungkoi mengumpul sekeliannya alam,
Menawar sekalian bisa
Turun bisa naik tawar
Sah tawar, sah tawar, sah tawar
Tawar Allah, tawar Muhammad, baginda Rasulullah

3) JAGA RUMAH (PAGAR DIRI)

Innahu min Sulaiman
Fainnahu a’uzubillahiminassyaitaanirrajim
Abdahu, wafightu, tatabti, talaghati,
Tampis samaha, samiun alim
(tiup 4 penjuru rumah)


4) DOA NAIK MOTOR

Wali makrifat kerana Allah
Nur ku (anak-beranak) di dalam genggam Rasulullah
La ka de la, la ka de li,
Bah siahlah engkau
Kamek anak-beranak tok
Di dalam gua batu
Kamek anak-beranak tok
Di dalam kota besi
Berkat makei
Laillahaillallah Muhammadar Rasulullah

5) DOA LELAKI

Aku inilah zatmu
Aku zat, kau sifat (tiup muka)

Sugi, sugiku
Patah rang ternganga-nganga
Terkangkang terlimpang tertutup
Terkunci hati kau dengan aku
Bergerak mayat baru kau bergerak dengan aku
Berkata mayat baru kau berkata dengan aku
Bersuara mayat baru kau bersuara dengan aku
Digerakkan Allah, maka kau bergerak dengan aku
Tunduk takluk, kasih sayang dengan aku

(tiup 3x dalam air dan makanan suami)

pesanan : saya menganggap mantera ini satu seni cabang penulisan juga - terpulanglah kepada niat masing-masing samada percaya, yakin atau mahu menggunakannya. Melihatkan seni kata yang indah ini terpacul secara lisan oleh nenek saya yang buta huruf, saya berhasrat besar mengumpulnya. Diharap pembaca tidak memesongkan mantera ini dengan niat apa pun.
Peace....

Armiza Nila