Wednesday, January 20, 2010

Musim Buah 2009 Belum Habis

Sejarah dalam hidup saya perlu direkod untuk kenangan. Tahun 2009 merupakan tahun buah. Raja buah iaitu Durian mengambil tempat teratas dalam senarai buah yang masuk ke rumah saya. Sudah beberapa kali saya memborong Durian yang dijual rakan sepejabat dari Taiee Serian. Saya tidak takut membelinya kerana kebanyakan buahnya berkualiti. Semalam saya menikmati Durian yang sungguh manis.

Selain durian, buah lain yang turut naik ialah rambutan, langsat, manggis dan cempedak. Hari-hari meja makan kami dipenuhi buah-buahan tempatan. Anak-anak saya pun turut suka makan durian mahupun rambutan. Adib paling suka cempedak dan durian. Ifah suka durian. Irfan saja agak memilih. Dia makan apple, orange dan grape saja.

Saya yang agak kurang berminat makan durian jadi ketagih pulak makan durian. Selain dimakan, saya membuatnya tempoyak dan jem durian. Mengenangkan adik dan kakak yang jauh di Bintulu dan Miri, saya bertekad membeli durian yang murah untuk dijadikan tempoyak atau jem durian supaya adik-beradik yang jauh rata dapat menikmatinya sebagaimana saya dan keluarga.

Alhamdulillah rezeki murah tahun ini.

Macam raja buah masuk ke dalam rumah.

Mudah-mudahan bertambah rezeki. Amin.


Armiza Nila
Semariang Batu
20 Januari 2010

Monday, January 18, 2010

Hujan, sekolah, kerja dan kesesakan jalan raya

Ketika hujan-hujan begini, masalah menghantar anak ke sekolah, turun kerja dan kesesakan jalan raya adalah amat sinonim.

Mahu tidak mahu perjalanan tetap diteruskan.

Syukurlah bukan saya yang memandu kereta.

Kekadang 'punch card' merah gara-gara kesesakan jalan raya akibat hujan lebat dan kenderaan yang bersusun menghantar anak-anak ke sekolah ... satu di Taski Abim Semariang dan 'jamp' yang paling teruk ialah di Sekolah Rendah Agama Abdul Kader, Jalan Sultan Tengah.

Bersabarlah. Jangan sampai kemalangan kerana berebut-rebut.

Biar lambat asal selamat. Hati pun tenang.

Jangan stress dengan lumrah hidup ini.

Friday, January 15, 2010

Cek dari DBPCS

Alhamdulillah...saya baru beberapa minit menerima cek honorarium Puisi Dengan Baju Kasih Sayang yang terbit di YIIB Utusan Borneo Disember 2009 sekembalinya dari Perkampungan Pengarang Sarawak di Miri.

Terima kasih DBPCS kerana menyiarkan karya saya. Bukan imbuhan yang saya harapkan tetapi perkongsian dan pemanjangan ilmu itulah yang saya utamakan.

Terima kasih daun keladi.
Nanti boleh terbit lagi.


Maslina @ Armiza Nila
15.01.10

Blogspot masih selamat dan hidup tanpa bayaran


Saya senyum sendiri bila melihat di facebook ramai rakan-rakan yang menyertai kumpulan 300,000 orang tidak menyetujui facebook dikenakan bayaran melayari dan menikmati kemudahannya. Memang saya akui facebook menemukan kita kepada kawan-kawan yang sekian lama telah tidak kita temui.

Namun saya masih senyum dan berbangga kerana Blogspot masih hidup dan tidak pernah pun meminta bayaran kerana menggunakan perkhidmatannya. Syukur. Alhamdulillah.

Saya masih terus berkarya di Blog ini dan beberapa blog lain saya tanpa terlalu bergantung pada hayat facebook.

Kita sendiri boleh menilai yang baik dan tidak baik untuk perjalanan karya masing-masing.

Walau apa pun, saya tetap menghargai perkhidmatan yang telah diberikan oleh facebook sepanjang saya menikmatinya....

Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah - 15.1.10

Thursday, January 07, 2010

2010

Saban waktu tahun bergilir tahun. Masa mengejar kita tanpa sedar. Anak-anak kecil menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Dulu kita kendong, dodoimanjakan. Kini, dia melangkah kaki ke sekolah/tadika/taski berhantar. Sejarah lampau menyaksikan kita anak-anak kecil ke sekolah berjalan kaki dengan bebas - tidak bimbang akan keselamatan.

2010 dan tahun sebelumnya dalam era 2000 - keselamatan anak-anak mula diutamakan. Anak-anak dilindungi dan dijaga sebaik mungkin. Naluri seorang ibu memungkin perlindungan dan peliharaan yang terbaik buat kehidupan dan pendidikan anak-anaknya.

Zaman dulu tidak dapat disamakan dengan zaman era globalisasi ini. Anak-anak semakin pintar dan sewajarnya ibubapa menyediakan dirinya kelengkapan bukan saja dari segi material malahan dari segi ilmu pengetahuan yang bisa menjawab dan menangani persoalan dan karenah anak-anak yang makin membesar.

Inilah cabaran ibu bapa zaman moden. Zaman akhir umat Muhammad s.a.w.

Thursday, December 31, 2009

Penghujung tahun 2009....yang sibuk

Salam,

Di penghujung tahun 2009, saya dilanda kesibukan. Dek kerana kerja kuat, melayan anak-anak yang kurang sihat dan tekanan kerja yang mahu disiapkan, saya kena "cerah badan"kata orang Sarawak. Selesema melanda, saya lalu kurang berdaya. Bersin keterlaluan. Saya jadi letih. Ayah saya membantu mengurangkan demam yang tak kebah. Ayah mengurut badan saya. Terima kasih ayah. Alhamdulillah. Syukran.

Kesian Syabil, saya tidak dapat melayan baby saya. Nasib baik ada suami yang balik awal. Saya tidak dapat melayan mereka.

Manuskrip kembara Miri 2009 belum pun siap. Tapi saya tetap akan menyiapkannya.

Semuanya dugaan. Cobaan sebelum menyingkap tirai 2010.

Selamat Tahun Baru Masihi 2010.

Tuesday, December 15, 2009

Catatan Perkampungan Pengarang Miri 2009

Saya tengah menyediakan manuskrip berkenaan. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan publish.

Banyak kenangan indah di sepanjang perjalanan pergi ke Miri dan perjalanan pulang ke Kuching.

Tuesday, December 08, 2009

Penulis Wanita Sarawak abad ke-20

Siapakah mereka? Kenapa perlu dicari? Kenapa perlu dihebahi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Tunggu....

Monday, December 07, 2009

Perkampungan Pengarang Sarawak di Miri

Saya baru kembali jam 4 pagi tadi sampai di Kuching. Berangkat jam 1.30 petang semalam dari Hotel Telang Usan, Miri.

Banyak peristiwa yang akan cuba saya laporkan.

Saya juga baru turun untuk bertugas hari ini kerana banyak perkara penting yang harus diselesaikan.

Perjalanan jauh yang memenatkan tapi cukup nostalgik!

Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah
7 Dis 09

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430H

Aidil Adha kali ini... bakal mengundang kelainan...selain menyambutnya bersama suami, anak-anak tetapi juga seluruh kaum keluarga insyaAllah... kerana saya akan mengadakan majlis Bercukur dan Doa Selamat Muhammad Syabil Rifdi putera ketiga-anak keempat. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Kepada semua rakan taulan saudara mara yang belum menerima jemputan saya, dengan besar hatinya saya menjemput kalian untuk sama-sama bertandang ke teratak kami di alamat :-

No. 114D, Lrg 2A, Lrg Arshad Morshidi,
Kampung Semariang Batu,
Petra Jaya 93050
Kuching.

Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan dapat menambah ketaqwaan kita kepada Yang Maha Esa. Pengorbanan bukan hanya sekadar mengorban lembu, kambing, unta mahupun kibas, pengorbanan juga boleh dilaksanakan dalam banyak bentuk. Berkorban apa saja. Harta atau pun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.

Armiza Nila
Kuching
menjelang 10 Zulhijjah 1430 H....

Wednesday, November 18, 2009

Malam Baca Puisi November Musim Dingin

telah berlangsung pada 14 Nov 2009 di Godown Amphitheatre Kuching Waterfront anjuran Suara Marhaean dengan kerjasama Angkatan Pengkarya Indie.

Dimulakan dengan sketsa berupa Monolog Dalaman oleh pengasas Suara Marhaen saudara Abdillah SM - Tenuto Tribute kepada Allahyarham Sazali - sahabat pemuzik yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya beberapa waktu yang lalu - cukup menyentuh sehingga saya turut menitiskan airmata. Tahniah bang Dil - anda seorang penyair yang benar-benar punya kelebihan dan bakat yang luarbiasa dalam banyak bidang pengkaryaan.

Saya sempat mendeklamasikan puisi panjang Allahyarham Abdul Aziz HM yang berjudul I/C ....sebuah puisi panjang yang mempunyai makna yang tersirat tentang seorang lelaki dan pengenalannya..mungkin (tafsiran saya sendiri). Akan saya perturunkan di sini jika berpeluang nanti.

Baca puisi turut didendangkan oleh saudara Presiden Pekasa Tuan Haji Taufiq Firdausi yang cukup pedas, Zakaria Abdul Manan juara 5 kali Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sarawak, penyair Yusuf Fansuri , Setia Kasih dan penyair dari Sabah (jemputan) maaf saya lupa bertanya namanya kerana begitu tergesa-gesa untuk pulang.

Walaubagaimana pun saya tetap berpuas hati dan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kepada kelangsungan kepenyairan saya dan kita dari kalangan Angkatan Pengkarya Indie terutamanya.

Viva API!

KWF

14 Nov 2009

Thursday, November 12, 2009

SWEET CHARITY BUKAN KERANA NAMA LYRICS

SWEET CHARITY BUKAN KERANA NAMA LYRICS: "Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu"

Kembali .....

Saya merasakan kesibukan begitu mencengkam ketika ini sehingga saya sendiri berasa begitu tertekan.

Balik dari tugasan rasmi di luar kawasan iaitu Ipoh, Perak meninggalkan pelbagai memori indah mahupun cerita luka.

Akan saya paparkan perjalanan yang penuh makna itu.

Tunggu...

Peristiwa Batang Kali ke KL Central adalah salah satu daripadanya...

Wednesday, October 28, 2009

Demam Facebook

Saya sudah lama ada account facebook sejak menjadi Fan Club SN Datuk A Samad Said tetapi saya tidak pernah aktif untuk mengikuti perkembangan atau turut berkebun seperti sekarang.

Selain dapat berhubung terus dan apa yang diposting terus dipublish dan dibaca rakan facebook...banyak perkara lain contohnya ilmu yang dapat terus kita hadami pada masa tersebut.

Apa pun saya tidak akan meninggalkan blog yang menjadi rumah pengkaryaan saya.

Facebook - jangan ketinggalan sudah.....

Armiza Nila
Kuching
28 Okt 2009

Tuesday, October 20, 2009

Kepuasan bukan pengiktirafan

Setelah 12 tahun, saya menemui kepuasan sebagai penulis atau lebih mudah dipanggil penyair wanita barangkali.

Saya menulis untuk kepuasan hati. Dapat meluahkan apa yang terbuku dan moga ada yang terdorong sama menginsafi diri saya sudah cukup puas hati.

Tidak pernah pun terlintas di hati saya untuk mendapat pengiktirafan atau habuan hasil dari penulisan saya.

Tapi lama kelamaan kegilaan menulis itu semakin menular. Dari menulis bukan kerana nama saya beralih menulis bagi mendapatkan pendapatan sampingan (pun jika hasil tulisan dapat disiarkan atau diterbitkan).

Dan baru-baru ini saya mendapat khabar baik tentang sejarah penulisan saya.

Saya tersenyum bangga kerana usaha saya tidak sia-sia rupanya.

Alhamdulillah.

Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah
20 Okt 2009

Monday, October 19, 2009

Tasbih dan Zikir

".... ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang banyak di waktu pagi dan petang."

(Q.S. Al-Ahzab: 41-42)

Friday, October 16, 2009

Sehari satu kata hikmah

Dalam Sohihain dar i Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Tanda orang munafik itu tiga;
Jika berkata dia bohong,
jika berjanji dia mengingkari
dan jika dipercayai dia khianat.'

Thursday, October 15, 2009

Penenang Jiwa

Saya sudah lama membeli buku ini dari penjual Wholesalemart dengan harga RM15.oo.

Mendengar tajuknya saja saya sudah cukup terpikat tanpa melihat nama penulisnya.

Saya tidak mempedulikannya sehingga diingatkan oleh kakak saya Misnah memberitahu dia telah membaca buku Penenang Jiwa tulisan Imam Al-Ghazali dan begitu berkesan di hatinya sambil menitis airmatanya.

Entah kenapa ulangtahun ke-34 yang saya sambut bersama kawan-kawan pejabat semasa Teambuilding di Sematan Palm Beach Resort telah banyak menginsafkan dan membuka pintu hati saya untuk mendekati buku ini lalu terus membacanya.

InsyaAllah akan saya kongsikan apa inti patinya nanti.

Semalam, seorang rakan istimewa telah mengunjungi saya di ruang legar pejabat Admin...hati saya tenang menghadapinya...kami berbicara sekitar karya kreatif masing-masing dan dia membawa 2 buah buku airtangan Abdillah SM dan Raihani Mohd Saaid. Saya pun menyerahkan wang dan terima kasih atas saguhati bang Dil itu.

Sahabat saya itu menyarankan saya agar saya mulai menulis puisi ketuhanan bila mendengar luahan saya yang banyak menerima ujian dan dugaan sepanjang Ramadhan dan Syawal 1430H.

InsyaAllah...dengan izinNya jua dapat satu dua idea bakal diterbitkan ke laptop...

Wednesday, October 14, 2009

Tragedi Oktober

Teambuilding sudah berakhir...ia meninggalkan kenangan yang cukup manis dalam hidup saya.

Ada anjakan minda, penyucian jiwa.....

Friday, October 09, 2009

Teambuilding dan hari lahir

Minggu ini pejabat saya akan mengadakan Teambuilding bertempat di Sematan Palm Beach Resort pada 10 dan 11 Oktober 2009.

Saya mahu tidak mahu meninggalkan anak-anak di rumah mertua. Begitulah ibu yang berkerjaya. Bila diperlukan, tugas lebih utama. Moga anak-anak akan faham.

Hari lahir jatuh pada 11 Oktober. Malamnya kami akan mengadakan berbeku bersama-sama.

Moga usia yang semakin lanjut bisa mendekatkan saya kepada amalan yang lebih baik kerana kita bukan semakin tua malahan semakin dekat menuju kematian...

Armiza Nila
Semariang Batu