Friday, November 30, 2012

Rezeki

Moga Allah mengurangi bebanan hutang dan memperluaskan rezeki bagi melancarkan kehidupan penuh kesederhanaan. Ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan kecil-kecilan hendaklah diperdalami lagi. Bangkitlah duhai Maslina!

Monday, November 26, 2012

Hutang

kerana cinta dan kasih sayang manusia begitu mudah baik hati. membantu. menghulurkan wang tanpa prasangka. tetapi selalunya si penghutang selalu  mengkhianati si pemiutang.

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

jangan tak cuba. dah cuba baru tau.
Tiada beza sangat pun sebenarnya antara DEKON dan DEKLAMASI SAJAK.
 
DEKON adalah singkatan kata yang diambil dari DEKLAMASI (DE) dan LAKON (KON).
 
saya memasuki dunia seni ini secara kebetulan saja. bila Pegawai DBPCS Tuan Jaafar Hj Hamdan menyarankan saya menyertainya mewakili Jabatan.
 
"Kau bawalah mesej ketuhanan, pakai kostum serba putih. aku tahu kau boleh buat Mas". Tutur beliau macam bergurau tapi akhirnya jadi kenyataan.



perjalanan seniku masih terllau jauh dan panjang. aduhai.....
bersabarlah

Sunday, November 25, 2012

Kau pergi jua....

Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.
Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.
Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.
Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.
Alhamdulillah. Menulis di blog lebih mudah dan seronok daripada menulis di facebook yang bukan saja kekadang tetapi selalu saja talian internet tidak berfungsi dengan baik dan memuaskan hati pengguna. Saya memiliki lebih 1000 rakan facebook. Memposting sesuatu entri (apa yang kamu fikir?) secara cepat padat ringkas tapi penuh makna itulah tujuan saya memulakan penulis di fb. Saya juga menulis sajak-sajak spontan di fb. Doa saya moga blog saya ini terus memberi manfaat kepada para pembaca tidak kira di mana anda berada dan saya berusaha untuk terus mengemaskininya dari semasa ke semasa tatkala talian di fb amat buruk sekali!
Alhamdulillah. Menulis di blog lebih mudah dan seronok daripada menulis di facebook yang bukan saja kekadang tetapi selalu saja talian internet tidak berfungsi dengan baik dan memuaskan hati pengguna. Saya memiliki lebih 1000 rakan facebook. Memposting sesuatu entri (apa yang kamu fikir?) secara cepat padat ringkas tapi penuh makna itulah tujuan saya memulakan penulis di fb. Saya juga menulis sajak-sajak spontan di fb. Doa saya moga blog saya ini terus memberi manfaat kepada para pembaca tidak kira di mana anda berada dan saya berusaha untuk terus mengemaskininya dari semasa ke semasa tatkala talian di fb amat buruk sekali!

Thursday, October 18, 2012

kembara bahasa 2012

alhamdulillah, sepanjang 2012 kegiatan kembara saya melebarkan sayapnya. dengan kesungguhan diri, dengan bantuan pihak berwajib dan ehsan rakan penulis yang baik hati dan berhati mulia, dapatlah saya jejakkan kakike bumi Malaya dengan menaiki penerbangan Air Asia yang mendarat di LCCT. Dari LCCT sejam selepas sampai saya menuju ke Platform 4 sambil menunggu ketibaan bas Transnasional terus ke Melaka. Syukur ya Allah, saya tak perlu lagi bersusah-susah ke Bandar Tasik Selatan seperti dulu-dulu. Dalam bas ke Melaka, majoriti penumpangnya warga asing (pelawat keturunan China dan dari China saya kira) kerana salah seorang ibu yang saya tegur bersama cucunya tidak pandai menjawab soalan Bahasa Melayu saya. Oh Melaka! Sebuah negeri kecil di Malaya menjadi tempat para pelawat berziarah mencari membaca dan menjejak sejarah dan warisan seni budayanya termasuklah bahasa dan sasteranya. Di luar kediaman penyair Rosmiaty Shaari, hujan turun mencura-curah. Saya akan dibawa ke sebuah lagi Pasar Malam yang khabarnya agak jauh dari tempat kediaman beliau. Saya pernah entah beberapa kali berkunjung ke Melaka atas urusan rasmi mahupun kegiatan sastera dan pernah melawat beberapa tempat bersejarahnya dan saya tidak lagi punya keinginan ke sana melainkan jika ditemani anak-anak saya yang ditinggalkan di kampung halaman. Saya meneliti kembali blog Rosmiaty Shaari yang saya cintai bait-bait katanya yang berunsur Islami dan ketuhanan itu. Sekali sekala kami berdua ketawa dan saya asyik bertanya beliau tentang pengkaryaannya. saya cuba menyelami buku sajak DARI HITAMPUTIH MENJADI ZARAH beliau. dan saya terkesan akan latar alam yang begitu rapat dengan beliau. saya mencintai itu kerana sehingga sekarang pun saya tinggal di sekeliling alam yang memberi ketenangan dan ilham buat saya. Saya rindukan kampung halaman - rumah saya di tepi Sungai Semariang, kicau burung kelicap, nuri, merpati dan pipit yang datang mengutip sisa makanan dari singki terbuang di depan rumah saya. Esok kami akan ke Kuala Lumpur menaiki bas untuk menghadiri Majlis Wacana Penulis pula di DBPKL dan Hotel Midah. Moga semuanya berjalan lancar. Aamiin ya Rabb!

Friday, October 12, 2012

Perjuangan Penulis

Aduhai, saya merasakan tertekan bilamana minat menulis terlonta-lonta untuk menghadiri pelbagai kegiatan penulisan. Justeru kewangan adalah topik utama. Dalam kepayahan dan kesempitan yang tiba-tiba menerjah dalam diari kehidupan saya ketika ini, saya berusaha sedaya upaya untuk memohon sumbangan daripada badan-badan berwajib dan individu-individu tertentu bagi menyumbang sedikit rezeki yang ada untuk kesinambungan pengkaryaan saya. Ya! bukan seorang dua malahan ramai di kalangan rakan penulis saya dengan jujur mengatakan saya punya semangat yang luarbiasa. saya punya bakat dan potensi. tapi dalam masa yang sama saya adalah penulis miskin harta (duit simpanan). saya merangkak-rangkak menulis sebuah dua puisi, sebuah dua cerpen, sebuah dua skrip dekon sambil mengikuti sayembara sajak, dekon jua sayembara penulisan. Tulisan-tulisan saya masih banyak tertangguh dek tugasan di pejabat yang tikda pernah habis sehingga harus mengambil kerja lebih masa dan meninggalkan anak-anak yang belum mengerti di rumah (meminjam sementara masa mereka bersama saya di hujung minggu). Dek kerana ekonomi yang agak merudum jualah saya tak berupaya menerbitkan sebuah lagi buku kumpulan sajak saya yang saya janjikan bakal dicetak oleh PNMB, Kuching, Sarawak. Ya Allah! Inilah kemelut dunia penulis. Jika hati tidak kuat mana mungkin penulis Sarawak boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan penulis Semenanjung Malaysia yang tidak perlu bersusah-susah mencari wang untuk tambang kapalterbang sepeti kami penulis-penulis kecil di Bumi Darul Hana ini. Ya Allah! Semoga kami terus tabah semoga kami terus cekal demi kelangsungan penulisan di Sarawak. Amin. Sekadar omelan kecil dari orang kecil berjiwa besar. Maslina@Armiza Nila 12 Oktober 2012

Thursday, August 02, 2012

Wednesday, June 20, 2012

Mengunyah dan Menghadam Karya Tuan SM Zakir

Ya - mungkin saya agak terlambat memiliki sebuah buku ini kumpulan cerpen Serigala dan Sekuntum Tulip. Tapi untuk mengunyah dan menghadam karya-karya beliau bukan sesuatu yang semudah makan kacang kulit. Ya.... dan saya akan terus mengunyah dan menghadamnya hingga habis dan kenyang. Alhamdulillah. Banyak inspirasi baru yang saya dapat.

Wednesday, May 30, 2012

ya. saya akan menulis di sini. menyampaikan nian di hati. sesuci embun yang turun di dinihari. laksana mentari yang menyinari bumi dan cakerawala dengan cinta dan kasihsayang murni. bersama-sama menegakkan syiar Islam. sebagai Muslimah juga khalifah yang bertanggungjawab menyampaikan setetes ilmu yang ada di dada dan selagi serelung nafas masih berbunyi dan nadi masih bergerak jua darah yang setia mengalir.....

Sunday, May 20, 2012

Berada di Ulu Klang. Alhamdulillah akhirnya berjumpa jua dengan cikgu yang disayangi iaitu Cikgu Fatimah Zaharah binti Abu Bakar.

Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulillah. Masih hidup juak blog aku tok. Em....sayang...................

Sunday, January 15, 2012

One Hotel Santubong Resort, Kuching 13 hingga 15 Januari 2012


Menarik. Berilmu. Berpengalaman. Perkongsian. Kejayaan. Menulis -- Membaca --- Mengkaji --- Menghasilkan karya --- Fiksyen or Non-Fiksyen

Tuesday, November 29, 2011

KISAH HIDUP



INILAH KISAH HIDUP...... suka duka seorang wanita, ibu, isteri, pekerja, anak, adik dan kakak serta sahabat yang menjalani kehidupannya lewat minatnya yang begitu mendalam dalam seni dan kesusasteraan Melayu yang menjadi tunjang kehidupannya sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu dan tinggal di nusantara dan kepulauan Melayu..Pulau Borneo di Asia Tenggara yang di kelilingi oleh bangsa-bangsa Melayu....

Adakalanya hidupnya diwarnai bermacam warna-warni merah hitam kuning biru hijau ungu jingga oren maroon kelabu putih kuning telur merah jambu dan semua warna yang indah-indah belaka. Sesekali cakerawalanya ditutupi habis oleh mendung hitam yang menumpang teduh seketika atau sedetik cuma. Namun, ia pasrah dan redha dengan menerima apa saja yang terjadi dalam diari kehidupannya yang maha singkat ini....

29/11/2011, Jalan Tunku Abdul Rahman Yaakub, Perta Jaya, Kuching

Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah

Akhirnya dari hari ke hari saya dapat melalui dan menempuh ujian demi dugaan dengan semangat waja dan kewajaran yang jitu dan kewarasan yang paling maksima atas bantuan rakan-rakan seperjuangan saya seperti Sifu Zach Manan dan sahabatku Yusuf Fansuri. Terbaharu sedtik bersama Suhana Lina Sarkawi kerabat wanita baru API bakal menyemarakkan lagi dunia kepenyairan saya yang penuh tetek bengek dan ujian daripada sang pencinta wanita dan penginsipasi minda untuk lebih memantapkan lagi proses pengkaryaan. Viva Armiza Nila. VIVA API!