Tuesday, July 02, 2013

Nenda dan Kembara I

Tetiba aku teringat pada arwah nenda. Sejak kecil aku begitu rapat dengan beliau Allahyarhamah Raa'bah Haji Lias. Al-Fatihah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya di alam bazakh. Aku menitiskan airmata lalu tersendu-sendu. Anak-anakku Salehuddin dan Munifah menegurku kenapa menangis dan mereka turut menangis. "Mama, jangan nangis dan jangan mati. Kami sayang mama," tutur anak-anak dengan jujur.

Sudah beberapa tahun arwah nenda meninggalkanku pergi. Dia sering menjengukku dalam mimpi. Ini kerana aku terlalu merinduinya dan pernah rapat dengannya. Teringat aku sejak kecil lagi semasa berusia delapan tahun hingga tujuh belas tahun, aku cukup gemar mengikut nenda pulang ke kampung halamannya di Kpg Tambey, Kota Samarahan.

Semasa berusia delapan tahun itu, aku dan nenda menumpang bot ekspress kecil yang begitu unik kukira. Ia kecil sahaja, berbumbung, berdinding penuh dan mempunyai tingkap yang kecil-kecil juga. Entah aku ketika itu yang gemar dengan pengangkutan air sangat teruja bila dapat menaiki bot ekspress yang unik itu. Aku cuba mengembalikan ingatan pada zaman kanak-kanakku.

bersambung......

2 Julai 2013

Friday, June 28, 2013

Ujian

Indahnya hidup dengan warna-warni ujian.

Kesunyian, kegersangan akan tetap terisi dengan adanya Dia senantiasa di sisi.

Telanlah kepahitan jadam itu sebagai nikmat hidup yang bakal menyembuh duka.

Buangkan dura yang mendera terus dari ingatan purba.

Bangun dan teruslah melangkah tanpa lelah.

Armiza Nila
Kuching
Jun 28, 2013

Monday, April 01, 2013

kebetulan atau apa saja

suatu kebetulan. ujian. iman. taqwa. ukhuwah. cinta dan kasihsayang. rindu dan dendam. hiba dan kesumat. riang dan ria. berusa dan berpisah. jiwa pun terpisah-pisah. lembaran kenangan jatuh koyak satu persatu. setia dibawa angin bersama rindu nan damai......

Friday, January 04, 2013

SABAR DAN TABAH

ya Allah. kumohon kau berikan aku kesabaran dan ketabahan dalam mengharung keperitan sebuah kehidupan.

Memang perjalanan masih jauh dan aku perlu bersedia dalam apa jua keadaan kerana tiada siapa yang bisa membantu tatkala aku dalam kesusahan. Hanya ada aku sendiri dan pergantungan pada Allah.

Aku takkan sanggup hidup dalam kesusahan dan kepayahan lagi.

Monday, December 24, 2012

kenangan indah sepanjang zaman GENG BUS SEKOLAH EX SMK PETRA JAYA 1992 di teratak ku


moga saja.....

kenangan itu terlipat kemas dalam memori. dalam hati dalam minda dalam sukmajiwaku dan jiwamu yang menyatu jadi benihbenih rindu yang bertebaran di ruang nafas kita....

sayang...

aku menyayangimu setulus kasihku. sebagaimana kasih yang kau lakrikan di dadamu. aku memahatkan kerinduan ku ini pada sang bulan yang menyampaikan cahaya cintanya pada punggu yang senantiasa mengharapkan kasih itu jatuh ke haribaan...

hatiku berbunga ria

terima kasih atas kasih dan sayang yang kau titipkan tatkala daku amat memerlukan ia sentiasa menyubur dalam nubari sukmaku!

Saturday, December 22, 2012

dan tak mau aku menoleh kepada kelam peristiwa.....

mencengkam nuraniku membuak dalamdalam nafasku : tersentak aku dari lena panjang enak tanpa gangguan emosi. bahawa penyair perlu dan senantiasa hidup dalam penuh cinta dan kasih yang merimbuni serelung sukmaku!

berikan cintamu dalam rimbunan kasihku

...dan tak perlu kau mengakui yang kau telah mencuri sebentuk hatiku penuh harap. hangat dalam dakapan rindu yang damai. mencengkam dalam benak nurani tulus murni...

Mengisi Tabung Hayat Dengan Cinta-Mu O kekasih...



Simposium Penulis Pelbagai Kaum

kenal cinta rasa pelbagai kaum - kecap nikmat dalam satu bahasa Melayu jatidiri bangsa Sabah dan bangsa Sarawak di Malaysia

Friday, November 30, 2012

penulis kerjamu memang menulis

dan menulis dengan jujur dan ada rasa pertanggungjawaban atas setiap yang anda tulis. kalau tulisan anda baik dan menepati penerbit maka ia akan terbit.

menulislah tanpa keluh kesah. menulislah dengan jiwa. menulislah kerana memang kerja kamu menulis.

Penulis dan Wang

ya Allah kiranya dengan menulis ini saja rezeki yang Kau sedia hulurkan buatku, aku redha. Daripada aku belajar bidang perniagaan yang banyak merugikan aku akan hutang hutang orang yang tertunggak sehingga sekarang. aku berhak mengutuk atau dikutuk gara-gara hutang-hutang tertunda dan hutang-hutang yang tidak dibayar padaku dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. tapi biarlah orang mengutukku daripada aku mengutuk orang yang tidak pernah jujur seperti jujur dan lurusnya diriku ini.

ya Allah. moga ada pencerahan dalam bidang penulisan. moga aku bakal mengecapi kejayaan tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Rezeki

Moga Allah mengurangi bebanan hutang dan memperluaskan rezeki bagi melancarkan kehidupan penuh kesederhanaan. Ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan kecil-kecilan hendaklah diperdalami lagi. Bangkitlah duhai Maslina!

Monday, November 26, 2012

Hutang

kerana cinta dan kasih sayang manusia begitu mudah baik hati. membantu. menghulurkan wang tanpa prasangka. tetapi selalunya si penghutang selalu  mengkhianati si pemiutang.

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

jangan tak cuba. dah cuba baru tau.
Tiada beza sangat pun sebenarnya antara DEKON dan DEKLAMASI SAJAK.
 
DEKON adalah singkatan kata yang diambil dari DEKLAMASI (DE) dan LAKON (KON).
 
saya memasuki dunia seni ini secara kebetulan saja. bila Pegawai DBPCS Tuan Jaafar Hj Hamdan menyarankan saya menyertainya mewakili Jabatan.
 
"Kau bawalah mesej ketuhanan, pakai kostum serba putih. aku tahu kau boleh buat Mas". Tutur beliau macam bergurau tapi akhirnya jadi kenyataan.



perjalanan seniku masih terllau jauh dan panjang. aduhai.....
bersabarlah

Sunday, November 25, 2012

Kau pergi jua....

Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.
Alangkah! Dia hadir dalam sekelip mata dan dia pergi jua senyap senyap meninggalkan kenangan manis mahupun manis dalam hidup kita. Pun begitu hidup harus dipertahankan dan maruah terus dipelihara.