Monday, July 03, 2006

Apa Lagi yang hendak dikata...

"Dia tidak aktif. Dia tidak layak memegang tugas itu. Aku yang sepatutnya di situ,"keluhnya dengan nada kesal dan geram.

Siapa si penutur rangkap pertama itu berani melabelkan kekuatan orang lain sebelum orang yang dimaksudkan 'lemah' itu mencuba? Lamakah sudah tempoh perkhidmatannya? Seperti dia sudah berkurun dan pandai dengan STPM yang dipegangnya.

***

Dia terus dipandang rendah. Kerlingan mata dari satu mata ke satu mata jatuh. Melirik benci padanya. Apakah salahnya pada mereka. Mereka yang suka membodek ketua demi kepentingan diri sehingga menidakkan kebolehan orang lain?!

***

"Apa lagi yang hendak dikata,"cetus hatifikirnya.

Manusia berjalan sezamannya. Tiada lagi kebenaran. Yang ada hanyalah hipokrit yang merejalela di dalam benak mereka.

Armiza Nila
....cetusan naluri yang luka
POLIKU
3 Julai 2006

3 comments:

Penabahari said...

terimalah hakikat, Armiza, office politic merupakan satu budaya yang perlu kita hadapi dengan penuh kesabaran...

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

begitulah bang Pharo!

Armiza sudah banyak bertukar pejabat dan suasana dan ruang manusia yang berbeza tapi kali ini ternyata cabarannya lebih dari luar jangkaan saya. Saya menerima seadanya walaupun hakikatnya amat pahit untuk ditelan begitu sahaja. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.