Sejarah berulang menjengah
seperti gulungan-gulungan filem
berputar-putar
diproses
menjadi sekeping potret
- indah, perit.
sebermula yang indah-indah
menghiasi ukiran di kaca-kaca
bercahaya
sesuku titian
ombak ganas sering menerjah
badai mabuk tertunda
kerapkali
menyapa zahir yang lelah
seperjalanan disusuri terus berakit
di batu-batu jeram yang seram
cuba memproses gulungan-gulungan filem
menjadi potret-potret indah
menghiasi album kenangan
sepanjang diari
seperti gulungan filem
takkan sudah
membasuh sukaduka
mencuci langit jelaga
menjelma menjadi dirinya
yang sebenar...
Armiza Nila
17012007
Petra Jaya, Kuching.
[puisi ini dipublish sebelum diedit]
2 comments:
Hi Maslina. lama tak jumpa. eh ada sajak bagus disini. Seperti gulungan film.... ah perumpamaan yang bagus sekali.
by the way, silahkan kalo postingan saya mau di sebarkan hehe
terimaksih
salam
Labibah
http://serambirumahkita.blogspot.com
salam Labibah,
Terima kasih kerana menjenguk weblog saya.
Anda memang petah dan berani berkata-kata. Saya kagum dengan kekuatan suara dan semangat anda itu. Sebagai wanita, isteri dan ibu di samping pengkarier saya amat bersetuju dengan lontaran fikir anda mengenai entri polygamy itu.
Dan saya selalu menanti updating weblog anda untuk dikongsikan ke dalam hidangan fikir saya.
Cuma saya sedih kerana belum mendapatkan buku/karya anda secara total.
Bila anda ke Kuching, bolehlah hubungi saya di talian 013-8277451/082-311884. Saya ingin sekali ketemu anda dan memiliki karya anda suatu ketika nanti.
Ikhlas dari jauh,
Armiza Nila
Post a Comment