Wednesday, February 21, 2007

Hari Terharu ku...

Sebentar tadi, hati saya benar-benar terharu...sebak dada saya tidak terkira kerana mengenangkan sahabat lama yang telah jauh dan lama tidak bertemu. Terpisah selepas saya mendapat tawaran kerja dan tempat baru sejak 5 tahun yang lalu.

Blog ini telah mempertemukan semula saya dengan Sharifah Aziah yang panggilan manjanya Kak G - kawan semasa saya berkhidmat dengan kerajaan negeri. Kawan chatter di Wisma Bapa Malaysia (bertemu dalam kumpulan chatter juga) waktu itu - memang sungguh seronok zaman bujang saya. Saya pernah begitu akrab dengan Kak G yang punya pendidikan dan asuhan Islam yang tinggi. Selalu mengajak saya ke ceramah dan aktiviti keagamaan sehingga sanggup menjemput saya di rumah. Saya tidak dapat menahan sebak mengingatkan saat-saat indah begini, Kak G.

Agaknya kak G masih di Mukah. InsyaAllah akan berjumpa jua nanti.

Dunia ini kecil rupanya ...dalam sedar tidak sedar, perhubungan yang terputus boleh dijalin semula dengan adanya kemudahan IT.

Armiza Nila
POLIKU

4 comments:

Penabahari said...

Salam,
Dunia bertambah kecil Armiza..Saya pun baru kembali dari Mukah beberapa minggu lalu kerana tugas di pejabat Aziah.Sempat berborak tentang blog..ada foto beliau di blog saya.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

Bang, kalau ke Mukah, maklumkanlah kepada Miza kerana mungkin dapat menitip pesan kerinduan buat kak G (Aziah) yang amat saya sayangi.

Semoga abg dapat cadangkan kepada Aziah untuk buka blog macam kita - lebih mudah melayarinya.

Saya amat menghargai seorang sahabat yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan menjadi panduan hidup kita macam kak G.

Beruntunglah....

Penabahari said...

Armiza,
Aziah akan berada di Kota Samarahan mulai 1.3.07 ini. Aziah punya blog sendiri mengikut kaedah Multiply.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Bang Pharo,

Boleh bagi telefon contact Aziah pada Miza. Hantar melalui sms ke 013-8277451 atau email maslina@poliku.edu.my atau armiza_nila07@yahoo.com