Tuesday, July 24, 2007

Salam buat saudara Roslan Jomel daripada Armiza Nila

Sdra Roslan.

Salam hormat. Sudah beberapa kali saya cuba memasuki blog anda tapi tidak berjaya.

Saya tertanya2 kenapa sdra tidak terus menulis pengalaman dan fikiran sdra di blog sdra. Ketahuilah - rakan2 penulis dari Sarawak merindui hasil tulisan penulis dari Sarawak sendiri yg menetap di Semenanjung Tanah Melayu. Biar perspektif dari kacamata sdra lebih jelas sebagai anak kandung negeri Darul Hana ini.

Mohon sdra Roslan meneruskan tulisan di blog sdra.

Terima kasih.

Armiza Nila

4 comments:

roslan jomel said...

Salam hormat.

Teruskan sahaja membaca, membaca, membaca dan menulis.

Salam hormat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat.

Benar kata saudara. Semakin banyak membaca semakin banyak ilmu di dada.

Ilmu yang dituntut dengan ikhlas akan menghasilkan mutu tulisan yang ikhlas juga.

Wallahu'allam.

Armiza Nila
p/s...sebagai penulis, kita hanyalah perakam kepada setiap kejadian yang benar berlaku...

roslan jomel said...

Salam hormat.

Saya mengambil keputusan menutup laman blog kerana ada beberapa perkara yang menduka citakan hati saya. Di samping saya perlu berhadapan dengan buku-buku dan mengusahakan kerja penulisan kreatif. Saya juga berasa bimbang sekiranya ghairah menulis di dalam blog, kerja penulisan kreatif saya akan terganggu pula.

Sebagai seorang yang lebih suka menyendiri, pembinaan blog itu diharap dapat menghubungkan saya dengan rakan-rakan di Sarawak - bertukar-tukar pandangan mahu pun berkongsi idealisme terhadap bidang sastera yang diceburi. Dan terima kasih kepada sdr Armiza dan sdr Dahiri yang sudi berbalas komen dengan saya.

Menjadi pengarang karya kreatif di Malaysia terbahagi kepada dua pilihan; mempopularkan diri serta memperolehi ribuan wang, atau menjadi seorang yang kompleks untuk didekati masyarakat biasa serta dilanda kemiskinan wang mahu pun harta. Barangkali, ini analisis mudah dari saya. Tidak tepat. Sesetengah penulis di Malaysia mendapat sedikit laba dari hasil penulisannya. Dan perkara itu benar berlaku. Malah penulis "lalang" turut wujud dalam bidang penulisan di negara kita. Juga bergantung kepada niat seseorang. Tetapi risiko sentiasa wujud selagi kita bernama manusia yang hidup bersama manusia lainnya.

Salam hormat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat.

Wah, saya tertarik dengan respon anda.

Benar, bagi saya umur 10 tahun perjalanan seni saya sebagai penulis belum cukup matang.

Ia ibarat kanak-kanak yang masih memerlukan perhatian dan bermanja dengan ibubapanya.

Zaman menuju alam remajanya yang penuh dugaan - yang pasti menunggunya dengan sepenuh kesetiaan.

Terimalah hakikat. Saya menulis mulanya tanpa ada niat mahu memperoleh wang tapi bila hasil tulisan mampu menghasilkan wang, saya cuba memmfokuskan perkaryaan saya untuk mencari sedikit wang sampingan sambil membantu ekonomi keluarga di samping niat mengongsikan ilham dan idea yang diperturunkan-Nya kepada kita (penulis).

Jika niat kita betul, InsyaAllah apa saja yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Rezeki di mana-mana dan kadang2 kita tak terfikirkan bahawa hanya dengan menulis kita bisa memperoleh laba yang banyak pada satu2 ketika.

Durian runtuh, kata orang. Tapi biarlah kita menjadi penulis yang benar2 menulis dengan seluruh hatinya untuk dijadikan sejarah dalam hidupnya maupun tanahairnya.

Armiza Nila