Monday, August 06, 2007

Malang Tidak Berbau





Salam

Jumaat yang lepas, ofis saya mengadakan majlis konvokesyen ke-3 di Pustaka Negeri Sarawak.

Untuk kali pertama, saya berjaya memandu pergi dan balik dari Pustaka ke rumah dengan jayanya.

Tengaharinya kami diarahkan ke pejabat semula. Semasa saya mau ke pejabat anak saya 'Irfan menangis hendak mengikut saya. Kata bapa, hampir sejam 'Irfan menagis tak henti2 tanpa mau dipujuk.

Hari itu, saya tidak merasakan apa2 yang buruk terjadi.

Tepat jam 5, saya pun memandu pulang. Saya membelok simpang dengan sempurna dan semasa berjalan lurus, tiba-tiba saya terdengar hon dan saya fikir kenderaan itu meng'hon' saya. Saya terus menekan brek.....sekelip mata saja saya terkejut bila sebuah motorsikal merempuh belakang kereta saya....Allah....saya bergetar2 kedua belah tangan dan kaki. Saya panik yang amat. Mula2 saya tidak berani keluar tapi akhirnya saya keluar juga dengan keadaan yang panik. Bila melihat budak yang melanggar kereta saya itu, berdarah di kepalanya, saya bertambah panik dan hampir2 tidak boleh mengawal diri kerana saya tidak dapat melihat darah.

Orang ramai berhenti untuk menolong sambil melihat kejadian. Saya meminta orang ramai memanggil rakan sepejabat saya yang masih berada di perkarangan pejabat.

Akhirnya Mahathir menawarkan diri menghantar budak itu ke hospital.

Saya masih menunggu suami dari kem batu 8 dalam masa setengah jam baru sampai oleh kesesakan. Jam 6.30 petang, barulah semuanya selesai. Towing tidak jadi membawa kereta saya. Saya masih panik dan suami pun membawa pulang dan meninggalkan motorsikalnya di pejabat bersama guard yang masih bertugas.

Selepas Maghrib barulah kami membuat laporan polis untuk tuntutan insurans.Ya Allah! Hidup saya tidak sudah2 diduga. Apa pun, saya bersyukur kerana nyawa saya dan budak lelaki itu masih selamat biarpun masing2 kenderaan mengalami kerosakan. Khabarnya kereta saya akan memakan belanja hampir RM1,000.00.

Rakan2 pengunjung blog, doakan keselamatan saya di jalan raya. Saya sudah cukup berhati-hati tapi masih ada orang lain yang tergopoh-gopoh untuk sampai ke destinasi yang akhirnya melibatkan kecelakaan kepada orang lain.

Saya yakin, ada hikmah di sebalik kejadian ini.

2 comments:

Anonymous said...

wah sempat lagi mengambil gambar ya ...hehehhe

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

sempat ambik gambar atas nasihat orang yg menolong masa acc. utk bukti pada pihak insurans...

saya fening sebenarnya...setelah kereta ke bengkel, habis repot polis dan insurans, barulah ada orang nasihatkan macam2 supaya kalau boleh jgn repot polis coz lesen P blh terjejas, bagi polis percuma 300.00 dan bengkel 400.00...belanja baiki saja tak sampai 1000.00.....

habis tu, benda dah lepas baru orang nak bagi tau saya yg baru kali pertama kena kecelakaan ini...terserahlah...saya redha biarpun dgn hati yang berat menanggung beban ini....