Aduh..betapa tahun 2007, saya digerumuni oleh kesibukan tugas sembari aktiviti luar untuk menampung pendapatan isi rumah yang kian bertambah sehinggakan untuk menyambut ulangtahun kelahiran kedua-dua putera saya pun tidak sempat.
Muhammad 'Irfan Musaiyar menyambut ulangtahun ke-3 pada 17 Jun 2007 dgn hanya sebuku kek coklat kecil. Gembira juga hati 'Irfan dengan meniup 3 batang lilin kecil di atasnya.
Muhammad Adib Nifail menyambut ulangtahun ke-2 pada 01 September 2007 sehari selepas sambutan kemerdekaan ke-50, hanya dengan ciuman dan pelukan mama juga suara ucapan dari corong handphone ayahnya yang jauh di Sematan.
Sebak hati saya kerana belum berkesempatan menyambut hari kelahiran mereka dengan acara menjemput anak-anak jiran serta sanak-saudara terdekat seperti biasa.
Apapun, saya mendoakan kedua-dua putera saya ini akan membesar dengan didikan sempurna saya seorang ibu berkerjaya yang begitu terbatas masanya [sebelah malam] saja untuk menatap dan melayani segala karenah dan kehendak anak-anak untuk terus bermanja.
InsyaAllah dengan sepenuh kasih sayang dan kelembutan hati seorang ibu serta ketegasan dalam mendidik mereka, putera-putera saya ini akan menjadi modal insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang untuk bumi bertuah ini.
Amin.
Armiza Nila
Semariang Batu, Kuching.
No comments:
Post a Comment