Allah,
limpahkan kekuatan pada
sekujur hamba ini
'tuk meredah
caca merba
dalam tasik hati
laksana
cahaya yang satu
aku menyuluh lorong gelita
yang menyelubungi keliling
Allah
'duri-duri cinta'
yang kulalui
sakit dan nikmat
adalah sama
kuteruskan jua selagi hayat
menyarung harmoni
yang kuimpikan mewangi
di setiap pelusuk taman ini
berikan Ku kekuatan
menyelami makna Mu
yang tersembunyi
di sebalik dura duri duga
mengasak-ngasak hati yang kerdil
mencari sinar Mu
dalam lubuk gelita
satu keajaiban
buat hamba secilik aku!
p/s...sebuah puisi Armiza Nila
Kuching
20 November 2007
Pemikiran Telus
14 years ago
2 comments:
Salam Hormat.
Telah saya katakan berulang-ulang, sekiranya penyair jujur kepada pengalamannya sendiri, maka akan lahirlah sebuah puisi yang bening dan halus pengucapan batinnya.
Saya tidak hendak memuji, tapi saya merasa adanya peningkatan estetik pada puisi di atas. Terpulang kepada sdr Armiza untuk memperbaikinya semula, sebelum dikirim ke majalah Dewan Sastera atau Mingguan Malaysia, contohnya.
Sungguh, saya berharap agar puisi ini akan menjelma di media. Sebagai sahabat yang sama-sama meminati penulisan, saya mendoakan kejayaan buat sdr Armiza.
Salam.
Salam hormat.
Lan, saya akan sambut cabaran anda itu, insyaAllah.
Saya sebenarnya terus saja menuangkan apa yang bermain di fikiran saya lalu mengetik papan kekunci PC dan memuntahkan isinya di skrin blog ini tanpa memikirkan/memilih kata-kata terbaik untuk puisi ini.
Saya sebenarnya sayang dengan idea dan ilham yang datang secara tiba-tiba saat saya dirundung keresahan.
Buat masa ini, saya payah sekali nak menghasilkan puisi secara sengaja tanpa diundang sebarang masalah yang melingkari kehidupan saya.
InsyaAllah, saya akan memperbaiki puisi ini dan terus menghantar ke media dan terima kasih atas ingatan demi dorongan anda, Lan.
Apalah yang ada pada hati seorang ibu ini.......
Post a Comment