Wednesday, November 14, 2007

Karya dari Tanah Semenanjung....

Alhamdulillah,

Akhir2 ini saya sudah berani membeli karya2 rakan penulis dari Semenanjung secara on-line dengan Ujanailmu.

Saya amat memuji perkhidmatan yang cukup baik dari Ujanailmu dalam urusan penghantaran buku.

Kiini di tangan saya sudah ada Kekasih Sam Po Bo - Faisal Tehrani, Mencari Locus Standi - Nisah Haron, Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - Nisah Haron dan Rindu Ibu - A Samad Said.

Saya tidak lagi meracau rajuk kerana susah mendapatkan karya bermutu penulis dari Tanah Semenanjung.

Terbaru, saya akan menerima Lagukan Senandung Itu - Serunai Fakir yang begitu baik sentiasa menghubungi saya via sms tentang penghantaran novel beliau itu.

Saya amat menghargai usaha Serunia Fakir dalam mengembangkan sayap penjualan karyanya. Berbangga saya punya sahabat penulis seperti ini.

Semoga bidang penulisan yang kita pilih ini tidak akan merugikan masa depan kita malahan memberikan kepuasan yang secukupnya dalam kehidupan kita seterusnya.

Armiza Nila
p/s : Saya pernah didatangi sahabat penulis lama dahulu untuk menceburkan diri dalam perniagaan menjadi Jutawan. Saya ingatkan ketika itu bertemu hanya sekadar perjumpaan lama tentang karya namun ternyata jauh meleset. Saya menolak pelawaannya dengan baik. Saya memilih bidang penulisan untuk menjadi pendapatan sampingan walaupun lambat nak jadi kaya/Jutawan. Saya senang berusaha begini biarpun hasilnya lambat asalkan hati saya puas dan saya juga senang dengan kehidupan seadanya saya kini. Rezeki di tangan Allah dan tidak mudah sebenarnya untuk "Kaya Terduduk".

Apa komen anda?....

5 comments:

taufek18 said...

tahniah kerana blog yang kreatif, mempesonakan. Saya dah baca sajak anda. Lawati blog saya yang baru taufek18.blogspot.com

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

Terima kasih saudara Taufek atas kunjungan.

Sudah pasti saya akan menjenguk blog sdra.

Saya sudah lama terkesan sdra Taufek punya keistimewaan tersendiri.

roslan jomel said...

Salam hormat.


Sesudah membaca kesemua buku dibeli, saya menanti pula ulasan dan pandangan dari sdr Armiza di dalam blog ini pulak.

Bagaimana?

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam Hormat.

InsyaAllah saudara Roslan. Saya berusaha untuk menghabiskan satu-persatu kelima-lima buku berkenaan dalam masa terdekat.

Dan tunggulah ulasan dari saya nanti, dan pastinya satu persatu juga.

Armiza Nila
p/s..." Saya bersekang mata pada sebelah malam sembari menidurkan anak-anak untuk membaca satu-persatu kelima-lima buku yang baru saya beli itu.... dan saya berfikir, kalau saya terus mengalah dengan alasan sibuk melayani anak untuk tidak terus membaca, maknanya saya akan ketinggalan. Dan untuk itu, saya tidak mahu lagi ketinggalan biarpun masa selalunya mengejar hidup saya yg sentiasa sibuk ini!

Anonymous said...

Bravo kak! Emmm membaca dan terus membaca. Saya juga seperti Roslan, menanti komentar yang bakal ditinta. Terima kasih kerana sudi membeli karya saya walau agak sedikit lambat penghantarannya.