Terima kasih saudara Roslan Jomel kerana memperkenalkan saya pada Sriti.com. Seusai membaca dua cerpen oleh Eka Kurniawan - Gerimis Yang Sederahana dan Hudan Hidayat - Ibu Meninggal, memang saya akui begitu jujur cara penulisannya yang bisa saja membuatkan kita terus-terusan membacanya pada pemula hingga ke titik noktah terakhir.
Maaf, saya kurang mahir akan istilah 'tinggi' sastera seperti realis, magis dan sebagainya.
Apa pun , saya memang sudah lama menyenangi gaya tulisan penulis dari Indonesia. Saya pernah membaca Kumpulan Cerpen Danarto dan yang paling saya suka cerpen berjudul "Bulan Sepotong Semangka" dan juga kumpulan puisi Rendra yang banyak memperjuangkan permasalahan besar masyarakat di sekitarnya.
Dan saya sendiri terfikir - bila agaknya saya 'berani' menulis cerpen gaya itu?!
Selamat melayarai Sriti.com rakan-rakan...
Pemikiran Telus
14 years ago
2 comments:
Salam.
Usah membuang masa dengan "berfikir-fikir". Ambil pen, bentangkan kertas fulskep. Tulis sahaja. Dah pun jadi sebuah cerpen. Jangan difikirkan mutu. Itu bukan kerja kita. Itu kerja pengkritik. Kerja kita, menulis.
Ruangan YIIB telah lama membuka ruang dan peluang. Mengapa tidak sahaja mengirimkan cerpen di situ? Ayuh Miza! Jangan membuang masa lagi! Saya akan jadi pembaca karya Miza yang pertama. :-)
Salam.
Salam.
Terima kasih Lan atas semangat yg anda berikan... :-)
'sekarang ni byk benar saya menerima cabaran2 dr rakan penulis.'
akan saya buktikan!
Post a Comment