Tuesday, February 05, 2008

kekangan

buat beberapa minggu ini, saya dihambat kekangan tugas yang maha segera.

saya tidak punya ruang yang tenang untuk saya menulis/mengemaskini blog.

tambahan pula saya hanya di layar maya ketika waktu pejabat Isnin hingga Jumaat sahaja.

banyak entri yang ingin saya perturunkan di sini, insyaAllah di lain ketika akan saya tulis juga pengalaman saya itu.

saya sudah semacam dipetir perhatian penulis2 besar yang lain untuk membangun semangat saya menulis dalam genre selain puisi yang sudah begitu sebati dengan jiwa saya.

tahun lepas, saya bersyukur kerana satu-satunya puisi saya yang tersiar di dada akhbar ialah Mutiara Jiwa Bonda di Utusan Borneo.

terima kasih DBPCS. terima kasih UB. terima kasih merah sugi. ada ruang terbitlah lagi.

untuk tahun 2008, saya mensasarkan untuk menambah lagi bacaan bagi menghasilkan penulisan yang lebih bermutu dan dapat diterima ramai. saya membaca. saya menulis. tapi, saya bukan pengkritik. saya hanya menyampaikan...wallahu'allam.

6 comments:

Unknown said...

Moga dilapangkan hidup dan diberi kekuatan untuk terus berkarya!

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat,

Terima kasih Saudara Jiwa Rasa kerana menjenguk blog saya di samping memberi motivasi.

Utk pengetahuan saudara JR, antara blog yang saya kerapkali lawati adalah blog Jiwa Rasa. Saya sentiasa menunggu kemaskininya walaupun saya jarang2 meninggalkan komen.

Teruskan juga tulisan JR mengenai buku dan khalayak buku. Jika tiada orang seprihatin JR, siapa lagi yang mahu membahagikan sedikit masa emasnya untuk kepentingan bersama terutamanya masyarakat Malaysia.

Armiza Nila
"Berani kerana benar, takut kerana salah"

Penabahari said...

semoga terus produktif dalam menghasilkan karya kreatif. Armiza antara penulis wanita yg diharapkan dapat mengangkat penulis wanita Darul Hana.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat bang Pharo,

Saya juga berharap mudah2an doa-doa rakan2 akan menjadi kenyataan.

Dan saya punya kekuatan untuk terus berkarya biar seribu rintangan berada di hadapan.

Anonymous said...

Semoga terus berjaya dalam dunia seni anda. Budak2 dalam gambar tu comel lah....

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam a.hart,

Terima kasih atas kunjungan dan doa. Kanak2 dlm foto tu memang comel. Mereka adalah dua orang anak saya dan anak2 kepada adik dan kakak sebelah suami. Merekalah penawar hati...