Friday, February 13, 2009

Waras Sulit Lamunan Cinta

Puisi : Waras Sulit Lamunan Cinta

o...kasih!
aku tidak upaya melukis cinta
apatah mempamer nyata
bahasa tubuh
tak pernah kekadang dimengerti
o...
ku tahu tidak cukup ia.

meramas dengan hati
mencium dengan nubari
memeluk dengan sukma
ia datang dan pergi.

cinta...
sulit yang waras
harmoni segala!

Sebuah puisi Armiza Nila
13 Februari 2009
Jln Sultan Tengah

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Baru terjumpa blog anda yang ada menyelitkan sajak saya-entri anda akan bawa sempena sayembara deklamasi puisi.

Sebenarnya, sajak tu telah diedit sesedap rasa oleh penerbit. Versi asal untuk ''bagaimana kita yang memilih...'' ialah ''bagaimana akan kita memilih...''

Salam kembali!

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam Rai,

Cantik dan amat menarik sajak anda itu, sifu saya Zakaria Abdul Manan pun kenal rapat dengan anda.

Berbesar hati saya pemilik puisi itu sudi berkunjung ke sini.

Apa pun, puisi itu ada magicnya bagi saya. Saya pertaruhkan dalam ujibakat dan pertandingan. Mungkin bukan rezeki saya, hanya mendapat saguhati kerana tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana ketika pertandingan sebenar saya dilanda demam panas yang teruk!... Kerana penyertaan, saya turut juga pertandingan itu meskipun saya sedih teramat kerana mengecewakan diri saya dan kawan2 yang mengharapkan kejayaan.

Ya, kita hanya merancang tapi Allah Maha Berkuasa menentukan segala-galanya, Rai.

Teruskan menulis meskipun penerbit memandai-mandai mengedit puisi kita...bersabarlah....

cukup berbangga kerana puisi anda menginsafkan orang lain.

Salam dari Jauh,

Maslina - Kuching