Monday, June 29, 2009

Antara Mimpi Dan Mantera Kasih Nenda

Sudah lama saya ingin mencipta cerpen berjudul Mantera Kasih Nenda tapi sehingga kini saya belum berkesempatan mengumpul data dan maklumat.

Anehnya, akhir-akhir ini saya didatangi mimpi-mimpi nenda. Saya menangis semasa mimpi itu memanggil-manggil nama nenda sehingga akhirnya saya terjaga dari tidur. Saya bermimpi nenda berjalan lambat-lamabt pulang ke rumah Mak Ngah di Kampung Tambay dari rumah asalnya. Kemudian saya melihat lagi nenda cuba mencapai-capai setandan pisang tanduk yang bergantung di tali rumah jiran di kampung tersebut.

Saya tidak mengerti firasat mimpi itu. Apa yang saya tahu, roh nenda minta saya bersedekah seadanya untuknya. Itu yang telah dan akan saya lakukan. Kerana hubungan rapat saya semasa hayatnya nenda Ra'abah, itulah yang mempengaruhi kehidupan saya. Nenda Ra'abah juga seni orangnya. Dia adalah pencerita secara lisan yang begitu berseni dan kuat ingatannya. Kalaulah beliau berpendidikan tinggi, beliau layak digelar pelakon handal saya kira.

Apa pun, insyaAllah saya akan cuba menjadikan cerpen ini realiti suatu hari nanti demi khazanah yang nenda tinggalkan.

2 comments:

sf said...

Suatu hari nanti? Lama sangat tu kak? :)

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

tak pa dik...lambat laun akak akan siapkan jugak.... keadaan tidak mengizinkan masa ni. teruskan berkarya ya...