Salam,
Beberapa hari ini, saya benar2 tersentak oleh pencapaian rakan2 di bidang sastera yang memperoleh hadiah lumayan yang beribu-ribu ringgit angkanya hasil jerih keringat fikir mereka selaku penulis. Saya teruja sebenarnya kerana selama ini saya terleka kerana tidak pernah walau sekalipun mau menyertai peraduan seperti mereka.
Menulis sekadar menulis sahaja tanpa mengharapkan apa-apa balasan cuma ingin mengongsikan secebis daripada kehidupan pada khalayak lainnya.
Tetapi, sejak akhir2 ini saya terkesan dengan motivasi2 yang ditonjolkan oleh rakan2 penulis terutamanya penulis Sarawak yang ketiga-tiganya saya kenali - Jamshari Saili, Dahiri Saini dan Mohd Faizal Jamil. Faizal penulis muda yang cemerlang nampaknya.
InsyaAllah, pada masa akan datang kita tidak lagi lalai dengan melepaskan peluang yang ada di depan mata. Tuah manusia tidak nampak kata orang. Mana tahu rezeki kita dan anak-anak. Apa yang terniat suci di hati penulis akhirnya akan nampak ganjaran hasilnya dari Yang Maha Pemurah.
Armiza Nila
Kuching
Pemikiran Telus
14 years ago
2 comments:
bukankah dengan menulis itu kita lari daripada kemelut jiwa yang sarat dengan pelbagai kesakitan.
Salam,
Suhaimi Hj Muhammad pernah berkata, "Pemikiran datang dari kesakitan"... begitu ringkasan katanya seingat saya dalam antalogi WUJUD - ruangan Lidah Penulis.
Kesakitanlah yang selalu membawa penulis ke arah kejujuran dalam melontarkan resah jiwa dan fikirnya.
Post a Comment