Wednesday, February 28, 2007

Transfer

Salam,

Semalam, saya menerima surat tawaran berpindah mulai esok, 1 Mac 2007 di Kolej Komuniti Kuching. Tetapi oleh sebab pekerjaan semasa yang menuntut untuk diselesaikan, maka saya harus menangguh urusan perpindahan kepada 16 Mac 2007. Ada 2 minggu lagi saya akan berkhidmat di POLIKU.

Saya memanjatkan kesyukuran kerana akhirnya penantian untuk berpindah dapat juga jadi kenyataan kerana tempat baru berdekatan dengan rumah kediaman.

Jumpa lagi esok hari.

2 comments:

Penabahari said...

Semoga berbahagia di tempat baharu.Ini merupakan tuah yg dibawa anak yg belum lahir utk Miza dan keluarga.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Terima kasih atas doa abang.

Sudah hampir 6 tahun Miza berulang-alik ke tempat kerja yang maha jauh sebegini.

Alhamdulillah, akhirnya doa termakbul. Di samping mengutamakan pekerjaan sebagai periuk nasi, Miza juga memikirkan kelangsungan hidup anak-anak yang memerlukan perhatian sewajarnya dari seorang ibu/isteri yang sering memegang pundak tanggungjawab bapa/suami sepeninggalannya.