Tuesday, April 29, 2008

Ujian Yang Dahsyat

Pagi tadi selesai exam yang cukup dahsyat.

Patutlah ramai kawan2 yang mendudukinya tidak lulus-lulus sehingga beberapa kali turun exam.

Bahagian 2 yang merangkumi soalan dari Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam memang betul-betul memecahkan kepala.

Hampir-hampir patah jari dek lenguh menulis esei.

Cuba, jangan tak cuba.

Rezeki di tangan Dia.

Monday, April 28, 2008

Hari yang meletihkan....ahhhhhhh...exam...exam...exam...

Salam,

Pada tiga hari berturut-turut mulai hari ini, 28/29/30 April 2008, saya telah dan akan menghadiri peperiksaan KPSL untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Saya exam pada sebelah pagi sehingga jam 12.30 tengahari saja.

Pagi ini, saya memandu kancil ditemani bapa kerana sudah sekian lama saya tidak memandu sejauh itu ke Pusat Latihan Sarawak [JAKIM] yang terletak di Telaga Air, Matang.

Selepas habis ujian, saya pun memandu pulang bersama bapak. Sampai di rumah jam 13.38 tengahari. Makan mi sedap goreng yang mak sediakan dan minum air sejuk, terus saya beredar ke pejabat jam 13.58 petang. Sampai ofis jam 2.15 petang.

Hari ini adalah hari yang amat meletihkan bagi saya kerana kedua-dua tenaga saya perahkan. Otak juga tubuh badan ini. Kaki saya berasa lenguh dek perjalanan yang jauh.

Saya buat kerja pada sebelah petang seadanya saja.

Kawan-kawan, doakan kejayaan saya dan keselamatan saya sepanjang pemanduan 3 hari berturut-turut yang maha jauh ini.

Saya mengambil masa 40 minit perjalanan pergi 60 km/jam dan 1 jam lebih perjalanan 60 km/jam pulang.

Moga hidup pada masa mendatang bisa berubah berkat usaha dan lelah payah. Amin.

Wednesday, April 23, 2008

Kuras-Kuras Kreatif Azizi Haji Abdullah - Menguras Hati



Malam tadi, saya selesai membaca Kuras-Kuras Kreatif Azizi Haji Abdullah.


Banyak ilmu yang saya dapat dari kejujuran penulis ini.


Saya tidak dapat bayangkan andaikata saya punya suami penulis seperti Azizi.


Adakah kesabaran saya mampu ke tahap bertahan dengan suami yang kerap berpergian dan tidak memberitahu isterinya ke mana mahu pergi dua tiga hari begitu.


Tetapi Azizi lain daripada kebanyakan 'lelaki-lelaki'.


Beliau hidup begitu untuk menghasilkan karya dan juga akan menyumbangkan habuannya juga pada anak dan isteri yang setia menanti di rumah.


Saya cukup tertarik dengan cara-cara Azizi menghasilkan karyanya seperti cerpen dan novel itu.


Sesekali, saya merasakan apa yang saya buat dalam menulis puisi pun mengikut jalan seperti Azizi. Saya jarang melakukan kajian sebelum mencipta puisi. Selalunya saya akan menulis puisi secara spontan bila tiba-tiba ilham mengunjungi benak saya. Kemudian, di masa yang lain dan terluang, saya akan memperbaikinya tetapi kebanyakannya saya tidak pernah mengeditnya. Mungkin itulah agaknya pengucapan puisi saya masih lemah. [Saya tidak maksudkan Azizi begitu]


Kepada yang mahu bergelar penulis yang prolifik, saya sarankan anda membaca karya Azizi Haji Abdullah ini - Kuras-Kuras Kreatif.


Anda pasti berpuas hati.


Saya ingat lagi kata-katanya, pengalaman diri lebih banyak membantu dalam bidang penulisan daripada kajian.


Benar, sesuatu yang datang dari hati adalah sungguh bersih, murni, segar dan hidup!


Selamat membaca.


Armiza Nila
p/s...setakat ini saya pernah membaca "Seorang Tua Di Kaki Gunung" - sungguh menyayat hati membacanya dan sekaligus pernah menonton dramanya semasa di zaman sekolah dulu meminjam buku teks sastera kakak saya.

Sekitar Makan Malam Pra Konvo dan Konvo ke-4 KK Zon Sarawak di Hotel Hilton





























Posing maut bidadari-bidadari Admin KKKUC






Brosur Puisi Pertama Armiza Nila 2008











Jemputan API kepada semua peminat sastera

*semua di jemput hadir ke Square Tower, Kuching Waterfront pada 03 Mei 2008, Sabtu, jam 3 hingga 4 petang*

Armiza Nila
p/s..sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 0138277451

Monday, April 21, 2008

Baca Puisi Seniman Jalanan Siri Dua 19 April 2008















[foto-foto sekitar baca puisi seniman jalanan API 19 April 2008, Kuching Waterfront]










Malam itu, saya antara pendeklamasi yang cukup merasa bangga. Apa tidaknya, ketika acara dijalankan, orang ramai yang berjalan di sekitar halaman rakyat Kuching Waterfront berhenti seketika untuk menjadi penonton spontan acara kami itu.

Saya cukup teruja bila semakin ramai pengunjung yang datang dan berdiri di sekitar jalan hadapan KWF Amphi Theatre. Terima kasih kepada pengunjung KWF yang amat sporting itu.

Tidak ketinggalan juga sekumpulan lima orang pelancong dari New Zealand, berhenti untuk melihat acara puisi seniman jalanan kami dan sempat juga saya merakam foto bersama mereka.

Malam itu juga hari bersejarah dalam dunia kepenulisan saya bila kali pertama dapat mengedarkan Brosur [Risalah] dua buah puisi saya - Ada Dusta dan Paut yang telah dicetak oleh Bima Sakti Publishing - saudara Abdillah SM - penyair yang saya hormati - terima kasih bang Dil. Sebanyak 17 risalah telah berjaya saya dan dibantu suami edarkan kepada pengunjung KWF. Saya tidak menyangka didatangi pengunjung yang memohon saya menandatangani autograf buat kali pertama selaku penulis puisi dan pendeklamasi. Alhamdulillah, usaha-usaha ini nampaknya membantu perkembangan API yang berhasrat memasyarakatkan puisi di Halaman Rakyat seperti KWF.

Baca puisi dijalankan dengan cukup hangat pada malam itu. Sajali Mohamad, Abdillah SM, Zakaria Manan, Yusuf Fansuri dan Armiza Nila antara kerabat yang terlibat.

Acara sama akan menyusul pada 24 Mei 2008.

Viva API! Viva 2008! Viva KWF!

*Armiza Nila
melaporkan dari Kuching

Santai Sastera Sejam API 2008



















































[foto-foto sekitar santai sastera sejam di Square Tower]

Salam.

Suka sekali saya ingin memperkatakan tentang Santai Sastera Sejam API 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 19 April 2008 bertempat di Square Tower KWF.

Pembicara undangan yang cukup hebat teks penyampaiannya iaitu saudara Taufek Firdausi - berbicara dari hati.

Antara tokoh yang turut hadir ialah Abdillah SM dan Pharo Abdul Hakim.

Manakala kerabat API yang lainnya ialah Zakaria Manan, Armiza Nila, Yusuf Fansuri, Zainal Abdin, Tajul Ashikin, Radin Azhar [wartawan Utusan Sarawak] dan tokoh yang dihormati API Sajali Mohamad.

Suka saya memetik teks Taufek Firdausi yang bertajuk "Gerakan Kesusasteraan Mahu Bagaimana - Pupus atau Terus Hidup".

Antara yang sempat saya catit iaitu beliau mengetengahkan penulis2 puisi yang boleh dibanggakan selain dari penulis puisi Membentuk Elok Di Teluk Esok - Abizai Abi. Mereka ini tidak kurang hebatnya dalam menyampaikan maksud dan pandangan hati dari matanurani penyair yang boleh dijadikan ikitibar kepada pihak yang berwajib [DBPCS] untuk diketengahkan. Antaranya puisi Sinora Azma - Kucing Kurap, Zakaria Manan - [lupa tajuknya - berkenaan membebat luka], Roslan Jomel - Saudara Yang Menggunting Kertas dan Bidadari Yang Berbaring Mengiring, Rosani Hiplie yang mengangkat isu masih adakah lagi wanita solehah di dunia fatamorgana ini.

"Kita mesti berlari dan ingin sentiasa melakukan sesuatu. Kita perlu ada blueprint/halatuju yang lebih strategik untuk menghadapi dunia lara sastera ini."

Selepas ini, santai sastera sejam merupakan aktiviti berterusan API pada setiap bulan untuk masa-masa akan datang di tempat yang sama.
Armiza Nila
melaporkan dari Kuching, Sarawak

Friday, April 18, 2008

Aktiviti Sastera 2008

Sabtu
18 April 2008
Kuching Waterfront

Sembang sastera Di City Tower, KWF - jam 3.00 petang - API bersama Taufik Firdausi

Baca Puisi Seniman Jalanan - Kuching Waterfront - jam 8-9 malam - kerabat API dan tokoh yang belum pasti

*semua dijemput hadir*

aktiviti ini antara intipati semangat API yang akan berterusan...amin

Wednesday, April 16, 2008

Mantera

HIMPUNAN MANTERA DIKUMPUL OLEH ARMIZA NILA DARIPADA NENDA RA’ABAH BIN HAJI LIAS

1) TAWARIK TEMUAN

Sapak sapa, duduk di entialang
temuan datang, tiadak mengapa
conteng kapur, sahaja ilang
turun bisa, naik tawar
sah tawar, sah tawar.

(3x tiup di air) minum 3x teguk dan pungas dekat kepala

2) DOA TAWARIK BUDAK (1) – sakit perut, demam, bisa tubuh

Air embun air cendana
Air turun Allah Taala
Air embun seribu guna
Pakei menawar sekalian bisa
Turun bisa naik tawar
Sah tawar, sah tawar
Tawar Allah, tawar Muhammad, baginda Rasulullah
(tiup kepala sampai kaki)

DOA TAWARIK BUDAK (2)

Hei simungkoi mengumpul sekeliannya alam,
Menawar sekalian bisa
Turun bisa naik tawar
Sah tawar, sah tawar, sah tawar
Tawar Allah, tawar Muhammad, baginda Rasulullah

3) JAGA RUMAH (PAGAR DIRI)

Innahu min Sulaiman
Fainnahu a’uzubillahiminassyaitaanirrajim
Abdahu, wafightu, tatabti, talaghati,
Tampis samaha, samiun alim
(tiup 4 penjuru rumah)


4) DOA NAIK MOTOR

Wali makrifat kerana Allah
Nur ku (anak-beranak) di dalam genggam Rasulullah
La ka de la, la ka de li,
Bah siahlah engkau
Kamek anak-beranak tok
Di dalam gua batu
Kamek anak-beranak tok
Di dalam kota besi
Berkat makei
Laillahaillallah Muhammadar Rasulullah

5) DOA LELAKI

Aku inilah zatmu
Aku zat, kau sifat (tiup muka)

Sugi, sugiku
Patah rang ternganga-nganga
Terkangkang terlimpang tertutup
Terkunci hati kau dengan aku
Bergerak mayat baru kau bergerak dengan aku
Berkata mayat baru kau berkata dengan aku
Bersuara mayat baru kau bersuara dengan aku
Digerakkan Allah, maka kau bergerak dengan aku
Tunduk takluk, kasih sayang dengan aku

(tiup 3x dalam air dan makanan suami)

pesanan : saya menganggap mantera ini satu seni cabang penulisan juga - terpulanglah kepada niat masing-masing samada percaya, yakin atau mahu menggunakannya. Melihatkan seni kata yang indah ini terpacul secara lisan oleh nenek saya yang buta huruf, saya berhasrat besar mengumpulnya. Diharap pembaca tidak memesongkan mantera ini dengan niat apa pun.
Peace....

Armiza Nila

Monday, April 14, 2008

Nenda dan khazanah


Sabtu lepas, saya dan keluarga berkesempatan ke Kampung Tambey, Kota Samarahan melawat nenek yang uzur kerana sakit tua.

Sungguh tersentuh hati saya melihat keadaan Nenek yang kami panggil Mak Wa Ra'abah yang semakin uzur kerana tua. Mak Wa tidak seperti semasa kali terakhir saya melawatnya [semasa Munifah berumur 5 bulan].

Sejak hari Isnin selepas Adik Melia menziarahinya, hati saya sudah mula gundah gulana mengenangkan Mak Wa kerana semasa kecil saya begitu rapat dengannya.
Hari itu, Mak Wa duduk melihat kedatangan saya. Dia tidak betah lagi berbual dengan saya. Sekejap-sekejap dia duduk dan baring. Bapak yang turut serta mengurut badan dan menuwarik badan Mak Wa. Mak Wa terlena lagi. Saya pun tidak mahu mengganggunya.

Hasrat saya untuk menuntut mantera jampi serapah daripada Mak Wa terkubur bila melihat keadaannya itu.

Jam 2.00 petang, kami menjamah makan tengahari setelah minum pagi jam 10.00 pagi. Saya beralih tempat duduk makan kerana mau makan bersama Mak Wa di depan biliknya. Mak Wa berselera makan bersama saya sambil duduk setelah badannya berasa sedikit nyaman setelah diurut dan ditawarik bapa. "Lembut nasik tok," katanya. "Beras wangi Mak Wa. Lina embak dari rumah,"jawab saya. Kak Enon mencuit bahu saya sambil berbisik,"Sudah 3 hari Mak Wa tak berselera menjamah nasi. Baru ari tok nya maok makan dengan kau."
Apa lagi, mendengar perkataan itu, airmata saya terus mengalir laju sambil makan itu. Mata Mak Wa tidak boleh nampak lagi. Untuk makan dan menjamah makanan, tangannya hanya meraba-raba. Hati kecil saya meruntun lagi.
Jam 3.00 petang, kami pun berkemas untuk pulang. Kota Samarahan mengambil masa 1 jam lebih perjalanan dari/ke Kuching. Kami tidak menggunakan perkhidmatan feri. Menggunakan jalan darat memang memenatkan.
Saya berdoa semoga Mak Wa sihat walaupun di saat akhir usia rentanya. Amin.

Wednesday, April 09, 2008

Terima Kasih Ujanailmu.com.my










Berbunga Hati Pencinta Buku

Tiada yang lebih indah bagi pencinta buku tika buku2 kegemarannya sampai ke tangan dengan keadaan baik.
Saya menerima kesemuanya pada Selasa, 8 April 2008.
Malam tadi saya sudah mengkhatamkan buku A. Samad Said -Kehidupan Seorang Seniman sekali baca. Banyak manfaat yang saya perolehi atau mungkin boleh dipraktikkan untuk menjadi penulis yang berdisiplin seperti Pak Samad.
Buku kecil yang padat ini menyedarkan saya betapa sekecil-kecil perbelanjaan pun harus direkod agar tidak lalai dalam berbelanja dan amat menghargai kehidupan.
Melihat rumah Pak Samad yang dipenuhi buku-buku seperti masuk ke Planet Kreatif bak kata Dinsman. Kita tidak menemui perabot2 mewah di rumah Sasterawan Negara ini sebaliknya timbunan pelbagai jenis buku yang menghiasi rak-rak, lantai dan atas kerusi di ruang tamu rumah beliau - saya benar2 teruja.
Sekarang, saya tengah menggulati Kuras-Kuras Kreatif Azizi Hj Abdullah. Selesai membacanya akan saya perturunkan hasil bacaan nanti.
Ya, saya tersenyum melihat kegilaan saya sendiri membeli buku di ujanailmu sejak akhir2 ini. Sejumlah buku yang banyak di bilik tidur saya - saya tidak pasti bila dapat menghabiskannya kerana saya tidak punya disiplin dalam membaca. Saya akan membaca buku melompat-lompat dari satu buku ke satu buku dan akan meninggalkan penandanya.
Satu ilmu baru yang saya dapat ialah menyediakan tiga jenis warna pen - merah, hijau, hitam dan pembaris semasa membaca untuk membuat apa-apa catatan untuk lebih mendalami bacaan [saya dapati dari buku KSSM A Samad Said].
Membaca, membaca, membaca.
Armiza Nila
Kuching
09 April 2008
Terima kasih ujanailmu.com.my yang memberi perkhidmatan memberangsangkan.

Tuesday, April 08, 2008

sekadar menulis...

Saya mohon maaf sekiranya tulisan saya tentang fenomena gerhana matahari itu bukan benar2 terjadi kerana setelah menyelak akhbar Utusan Sarawak tidak ada wartawan yang melapornya. Hari itu selepas kejadian aneh yang saya tangkap melalui handphone Nokia Xpress Music 5700, saya tidak membeli Utusan Borneo keesokan harinya. Saya tidak pasti samada mereka ada melaporkannya.

Mungkin ia hanya satu kebetulan dan cukup menginsafkan saya yang melihatnya. Walau apa pun, saya menyukai foto-foto tersebut waima apa saja kejadian sebenarnya.

Sekadar menulis....

Saya tiba-tiba terkenang zaman-zaman kanak-kanak saya bermula saya berpindah dari Kampung Muhibbah ke Kampung Semariang Batu sekitar tahun 1983 ketika saya baru sekerat dalam Darjah Dua.

Hiba rasa hati saya bila melihat kesenangan yang dimiliki anak2 saya walaupun [sedikit] berbanding zaman kanak-kanak yang saya tempuhi.

Saya masih ingat, ketika kecil saya dan adik perempuan [mengipong] - makan sikit2 serbuk kopi yang ditumbuk ibu sendiri bercampur gula. [lagaknya macam makan milo]

Bagi kami ketika itu sungguh nikmat rasanya. Berbeza dengan sekarang, saya tidak dapat minum kopi terutamanya Nescafe kerana boleh mengakibatkan migraine yang teruk. Walau bagaimana pun kopi yang dicampur dalam produk HPA iaitu Kopi Radix, DCL Red Guara Cafe dan Tongkat Ali CNI boleh pula saya terima. Hairan, hairan.

Mengenang kembali anak-anak saya. Dari sebelum 14 hari habis pantang, anak-anak sudah dilatih minum susu tepung bagi membiasakan ditinggal bersama pembantu bila saya bekerja sehinggalah kini yang sulung berumur hampir 4 tahun masih lagi menyusu. Saya dan suami mengorbankan kepentingan diri demi kelangsungan hidup anak-anak kerana bila mereka tiada selera untuk menjamah nasi, maka susu lah sebagai penyumbang khasiat dalam tubuh badan mereka.

Menyingkap kembali zaman kanak-kanak saya. Biar pun kami tidak mendapat makanan yang cukup khasiatnya, ajaibnya kami tidak lemah dalam pelajaran. Agaknya itulah kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Masing-masing punya keistimewaan.

Saya berharap dan berdoa dengan segala apa yang mampu saya sediakan pada anak-anak, kehidupan mereka akan lebih cemerlang daripada saya yang masih terkilan sehingga sekarang kerana tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun hakikatnya saya percaya saya boleh mencapainya. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terjadi dalam kehidupan hamba-Nya pada masa akan datang.

Anak-anak, bersyukurlah.

Wednesday, April 02, 2008

fakta gerhana matahari versi Indonesia



Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan


Beragam mithos tentang gerhana di berbagai tempat di muka bumi menarik untuk disimak sebagai pelestarian kekayaan khasanah budaya manusia di masa lalu. Raksasa Betara Kala atau Rahu menelan matahari karena dendamnya pada Sang Surya (matahari), menyebabkan terjadinya gerhana. Di belahan bumi lain muncul pula cerita tentang Naga Langit yang menelan matahari atau bulan saat gerhana berlangsung. Tidak kalah menariknya beragam aktivitas makhluk hidup dilakukan mulai dari perilaku yang "kurang wajar" oleh sekelompok orang di pedesaan seperti memukul-mukul kentongan, bersembunyi di rumahnya dengan menutup rapat-rapat semua pintu dan jendela rumah, menutup sumur dan tempayan, menyelam di sungai, memukul-mukul pohon kelapa, perempuan hamil bersembuni di bawah tempat tidur dsb, sebagai cerminan rasa ketakutan psikologis akibat kepercayaan terhadap pengaruh mithos gerhana, maupun perilaku binatang malam yang keluar dari sarangnya di siang hari, sampai penelitian ilmiah modern pun dilakukan oleh manusia.


Dalam kamus Ilmu Pengetahuan Alam, sebenarnya gerhana merupakan gejala alam biasa yang berulang akibat perulangan gerak bulan dan bumi mengedari matahari. Gerhana merupakan gejala saling menutupi antar benda langit. Bulan bergerak di antara kedua belahan langit, utara dan selatan di sepanjang daerah zodiak. Pada suatu waktu bulan lewat di depan matahari dan menghalanginya sehingga terjadi gerhana matahari yang dapat terjadi pada saat fase bulan mati atau posisi konjungsi. Gerhana matahari dapat berupa gerhana matahari total, gerhana matahari cincin (anular) atau gerhana matahari sebagian.


Pada saat lain, yaitu ketika bulan sedang beroposisi terhadap matahari atau penampakan fase purnama, bulan dapat melewati bayangan bumi, sehingga terjadi gerhana bulan. Gerhana ini dapat berupa gerhana bulan total, gehana bulan sebagian atau gerhana penumbra (samar).


Bulan dan bumi membentuk kerucut bayangan akibat disinari oleh matahari. Pada bayangan itu terdapat daerah gelap (umbra) dan bagian samar (penumbra). Ketika terjadi gerhana matahari, bayangan bulan jatuh ke permukaan bumi dan bergerak sepanjang daerah tertentu yang disebut daerah lintasan gerhana. Daerah ini terdiri atas daerah gerhana total dan daerah gerhana sebagian. Daerah gerhana matahari total dilalui oleh bayangan umbra bulan dan daerah gerhana matahari sebagian hanya dilalui oleh bayangan penumbranya. Tempat yang mengalami gerhana berbeda dari satu kejadian ke kejadian berikutnya, akibat dari sistem peredaran bumi terhadap matahari dan peredaran bulan sebagai satelit bumi.


Gerhana matahari total merupakan peristiwa yang mempunyai arti lebih penting dibandingkan dengan gerhana matahari lainnya maupun gerhana bulan, oleh karena kita dapat menyelidiki sifat-sifat matahari dan juga gejala-gejala terestrial.


Aspek-aspek yang dapat dipelajari pada saat gerhana matahari total, antara lain penampakan korona matahari, prominensa dan lapisan khromosfer. Terjadinya gerhana disertai pula oleh peristiwa pasang laut maksimum antara letak matahari, bulan dan bumi yang segaris. Fenomena lainnya pada saat terjadi gerhana matahari total yang menarik untuk diteliti: perubahan cuaca secara mendadak, perilaku makhluk hidup yang ada di bumi termasuk kegiatan manusianya sendiri, semua itu merupakan kegiatan penelitian fisika, biologi ataupun sosial. Durasi gerhana matahari total relatif singkat, yang terlama hanya sekitar 7 menit.


Gerhana matahari cincin terjadi apabila puncak kerucut bayangan umbra bulan tidak mencapai permukaan bumi. Hal itu bisa terjadi karena jarak bumi-bulan berubah-ubah, sesuai dengan lintasan peredaran bulan yang berbentuk ellips. Pada saat gerhana matahari cincin ini bulatan bulan tampak lebih kecil dari ukuran piringan matahari.


Gerhana bulan juga menarik untuk diamati dan dipelajari, misalnya untuk menguji ketepatan perhitungan ephemeris (koordinat benda langit). Pada saat itu posisi bulan, bumi dam matahari tepat satu garis. Jika bulan bergerak di dalam daerah bayangan penumba bumi, tanda-tanda gerhana tak tampak, oleh karena itu yang bisa kita amati ialah pada saat bulan memasuki daerah bayangan umbra bumi. Gerhana bulan terlihat oleh hampir setengah muka bumi, bisa berlangsung sampai lebih dari 3 jam.


Fase bulan berulang rata-rata dalam 29,5 hari yang disebut satu bulan sinodis. Tidak setiap bulan mati terjadi gerhana matahari, begitu pula tidak setiap bulan purnama terjadi gerhana bulan. Hal ini disebabkan oleh orbit bulan membentuk bidang miring sebesar 5 derajat terhadap bidang ekliptika. Perpotongan dua bidang tersebut membentuk garis nodal yang berputar ke arah barat dalam periode 18,6 tahun, yang disebut periode nutasi bulan. Kedudukan matahari dekat sebuah titik nodal disebut musim gerhana, yang berulang pada setiap 173,3 hari. Perpaduan periode putaran garis nodal dan periode fase bulan menyebabkan gerhana serupa akan berulang setiap 18 tahun 11,3 hari, yang disebut periode saros. Setiap perulangan periode saros, wilayah lintasan gerhana di bumi akan bergeser pada tempatnya, akibat harga periode saros tidak bulat. Jika musim gerhana pertama jatuh pada bulan januari, gerhana matahari dapat terjadi sebanyak 5 kali dalam satu tahun. Jumlah maksimum seluruh jenis gerhana baik gerhana matahari dan gerhana bulan dalam satu tahun dapat terjadi sampai 7 kali.


Saat-saat terjadinya gerhana matahari maupun gerhana bulan dapat diperhitungkan jauh-jauh sebelumnya, karena sistem pergerakan bumi mengitari matahari dan bulan mengelilingi bumi telah diketahui dengan sangat teliti.


Gerhana matahari total pada tahun-tahun yang akan datang s/d tahun 2010 berdasarkan perhitungan.


Tahun
Tanggal
Jenis
Lama Total
Daerah Lintasan Gerhana
2002
04 Desember
Total
02m:03,7d
Afrika, Samudera Indonesia, Australia
2003
23 November
Total
01m:57,2d
Kutub Selatan
2005
08 April
Cincin/Total
00m:42,0d
Samudera Pasifik
2006
29 Maret
Total
04m:06,7d
Afrika, Eropa, Rusia
2008
01 Agustus
Total
02m:27,2d
Rusia, China
2009
22 Juli
Total
06m:38,9d
China, Samudera Pasifik
2010
11 Juli
Total
05m:20,2d


Samudera PasifikCatatan:Gerhana matahari total terdekat yang melewati wilayah Indonesia akan terjadi pada tanggal 09 Maret 2016 dengan durasi 04m:09,5d. Daerah lintasan gerhana mencakup wilayah: sumatera, kalimantan dan sulawesi.


p/s...selamat menambah ilmu, saya menunggu akhbar esok hari yang mungkin ada melaporkannya.


Armiza Nila

Kuching

Fakta tentang gerhana matahari

Gerhana matahari
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

p/s... ketika pertama kali melihat fenomena ini saya belum membaca artikel ini...astaghfirullahaladzhim...moga dijauhkan Allah dari segala yang tidak baik...Amin...

Armiza Nila

Subhanallah - Fenomena Gerhana Matahari di Kuching






























Enam Foto Fenomena Gerhana Matahari yang diambil di jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Maha Suci Allah, Syukur ya Allah, Allah Maha Besar

Hari ini saya berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri fenomena Gerhana Matahari di Kuching.

Seram sejuk tubuh saya melihat salah satu keajaiban Allah. Inilah kali pertama saya melihatnya semasa diberitahu rakan-rakan di pejabat.

Saya tidak melepas peluang untuk merakam foto bagi mengingati sejarah ini.
Mari kita berdoa kepada Allah dari segala kejahatan, malapetaka mahupun bencana dan berdoa untuk kebaikan seluruh penduduk bumi.

Semoga kejadian ini menginsafkan kita Maha Besar Allah, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta-Nya.

Armiza Nila

Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Tuesday, April 01, 2008

Foto-foto sekitar Malam Baca Puisi 22 Mac 2008 di Tebingan Kuching anjuran Angkatan Pengkarya Indie [API]




















Foto-foto semasa deklamasi puisi Seniman Jalanan oleh Zacharia Manan, Yusuf Fansuri, Sinora Azma dan Abdillah SM. Foto saya sendiri tidak diambil kerana suami sibuk menjaga anak-anak yang turut ikut sama memeriah majlis.
Foto ramai-ramai diambil setelah selesai majlis baca puisi. Dalam hujan renyai, kami terpaksa berpayung sambil mendeklamasi puisi dengan semangat bara API!

Kegirangan anak-anak















Tiada yang lebih indah bagi anak-anak bila mereka bisa mengecapi kegirangan bermain sepuas hatinya.
Ahad yang lepas, saya dan suami membawa anak-anak melepasi segala kekusutan 6 hari terkurung di gubuk untuk mengecapi kegirangan yang mereka ciptakan. Kami ke The Spring Mall, Simpang Tiga - melewati Parkson Grand yang melakukan jualan murah yang agak baik untuk saya yang memerlukan sedikit keperluan diri.
Bagi 'Irfan dan Adib bermain di belon besar lagak taman permainan itu cukup memuaskan jiwa keanak-anakan mereka. Adib tanpa gentar naik turun belon besar itu sehingga terbatuk2 kerana sesak nafas - malam sebelumnya terpaksa mengepam bronkil akibat kahak yang kuat di Healthcare Clinic. Namanya naluri anak-anak tetap juga bermain. Irfan dan Adib nampaknya gemar berkawan. Ifah yang kecil hanya digendong mama dan sesekali ketawa bila dilepaskan untuk berjalan di lantai.
Kami menjamu selera pertama kali di Restoran Chicken Rice Shop. Dengan harga yang agak berpatutan dengan menu yang dihidangkan saya tidak menyesal menjamu selera di sini. Memang masakan Malaysia yang cukup enak. Kami memilih Family Feast yang bernilai RM55.99 ditambah dengan extra Roll menjadi RM73.45 untuk 3 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Bagi rakan2 yang belum ke sini, jangan takut untuk mencuba resepinya seperti Gado-gado, Chicken Rice, Wanton, Fishball Soup, Beef Stew, Chicken Curry, Assam Pedas Fish, Beancurd, Kerabu Manggo, Prawn Roll dan pelbagai jenis lagi makanan yang enak-enak.
Singgah juga sebentar ke Grand Supermart, Wisma Satok yang melakukan jualan murah setengah harga. Melihat lautan manusia yang menggerumuni pusat beli belah ini, saya dan suami hanya sempat mengambil dua pasang kasut sukan jenama Dunlop yang berjumlah RM79.90 setelah didiskaun 50%.
Pada waktu itu, anak-anaklah yang paling gembira dapat mengecapi kegirangan di samping kedua ibubapa yang sentiasa sibuk pada setiap lima atau enam hari bekerja.
30 Mac 2008 - The Sping Mall