Tuesday, April 07, 2009

"Anak-anak, hidup mesti diteruskan..."




Menangani karenah anak-anak dan pergaulan mereka sesama usia di kalangan keluarga sendiri mahupun kawan-kawan yang tidak sedarah sedaging merupakan cabaran yang besar terutamanya bagi ibu-ibu yang berkerjaya.


Kekadang kita terleka dengan kerja sehingga tidak sempat menegur anak-anak untuk jangan berkelakuan yang tidak menyenangkan hati orang lain.


Sudah namanya kanak-kanak yang belum benar-benar mengerti makna kehidupan, pergaduhan kecil usahlah diperbesarkan dan diperpanjangkan dengan isu-isu sensitif yang boleh melukai perasaan orang lain.


"Anak-anak, hidup mesti diteruskan..."


Waima kita terkena tamparan hebat akibat perbuatanmu, bersabarlah.


"Ibu tidak pernah menyebelahi mahu pun menghukum sesiapa."


"Mengertilah keadaan yang ibu hadapi."


"Bila kau besar nanti, ibu pasti kau mengerti."


Armiza Nila

Semariang Batu


4 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam singgah. Teruskan berkarya.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam saudara Rozlan,

Terima kasih atas kunjungan. InsyaAllah, saya akan terus berkarya dalam apa cara sekali pun dan suatu hari nanti mungkin boleh jadi anak murid Cikgu Mohamad Salleh Rahamad... :-)
Saya kesan saudara aktif di Bukuria. Teruskan....insyaAllah saya juga akan selalu singgah ke sana dan blog saudara...

Penabahari said...

Salam,
Lom sempat nyerah Bingkai Waktu ngan kitak. Sabar ya, kelak mun ada ruang kita akan serahkannya.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam bang Pharo,

Sik hal, insyaAllah akan sampai juak...mungkin kekaangan masa dan situasa yang tidak mengizinkan membataskan pertemuan kamek dengan kitak secara lebih dekat. Tapi kamek yakin, Bingkai Waktu akan sedikit sebanyak mendidik kamek dalam dunia puisi kerana kitak adalah salah seorang pemuisi Sarawak yang kamek segani.