Monday, January 16, 2006

Titik nila jatuh di pc

Titik nila jatuh di pc
sebuah sajak cilik
dari sang kerdil
basah semuka
terjun mandi
di kali
sejukdingin tak terperi
embun dini mencemburi
matari kian memeluk pasti
titik nila jatuh di pc
pada temaram kelam
menyentuh lembut
klimaks diri.
sebuahsajakcilikarmizanila
160106

14 & 15 Januari 2006


Salam sastera---

14 & 15 Januari 2006 saya usianya tidak sia-sia. Saya kembali berjuang. Pertama-tama, saya beranikan diri memandu Kancil Biru QAB1772 ke Pekan Batu Tujuh (Kem Ria) seawal 0630 pagi. Saya mengejar waktu untuk sama-sama menghadiri PT pagi (Senaman TTS) Alangkah nasib kurang baik kerana saya pertama kali bergerak umpama kura-kura....perjalanan menjadi 1 jam lebih. Hampir jam 0800 pagi baru saya sampai di Kem...dan saya tidak sempat PT Pagi...sedih juga rasanya.... Bergetar juga lutut.

Pagi Sabtu itu, saya awal2 lagi memeriksa barisan kompeni. Agak kekok juga kerana hampir dua tahun tidak berhadapan dengan anakbuah. Yang silap saya mohon maaf dan buat semula. Seterusnya saya dan rakan pegawai lain berbincang untuk kelas. teringat zaman muda sebagai PBT semasa menyertai Kursus Kadar PTTR di Kem Sematan. Saya tak cukup tidur kerana menghafalkan Doa Setingkat untuk kawad pada siang harinya dari jam 0800 hingga 1300 bersambung dari 1400 hingga 1600. Sekarang saya cuba perturunkan pula tunjukajar kepada anak2 buah. Seperti berulang-ulang pula peristiwa. Petang hari, jam 1730 barulah selesai latihan hari itu. Sekali lagi saya bergegar lutut. nasib baiklah ada seorang anakbuah yang sanggup menemani saya sehingga stesyen bas berdekatan roundabout Batu Tujuh. Petang itu saya sampai ke rumah dengan selamat hampir Maghrib...

15 Januari 2006, saya bangun awal. Selesai solat Subuh, bergegas jam 0600 pagi menuju kem. Alhamdulillah gegaran lutut saya sudah hilang. Selamat sampai, saya sempat menyertai PT pagi dengan peningkatan pelajaran TTS - Taekwando. Front Kick, Side Kick dan macam2 kick! Sampai saya pun kena dera dengan pumping guna kekuatan dua tumbukan tangan. Seterusnya pelajaran bermula. Topik yang paling mencabar bagi saya. Perintah Operasi. Saya hendak mengajar tapi saya juga mahu belajar kerana kurang pemahaman. Alhamdulillah kelas diambil rakan pegawai yang lain. Selamat...berdetik hati saya! Bulan hadapan saya tidak akan terlepas. Saya sudah berjanji. Saya akan ambil kelas BACA PETA, Tuan!


Petang itu saya balik awal jam 1300 petang mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan hujung minggu hampir 2 hari.. Tanpa suami di sisi, sayalah segala-galanya. Sempat menguntum senyum pada rakan pegawai saya Leftenan Roslan Ramli. Kehadiran beliau mencetus semangat saya untuk menjadi pegawai contoh (satu2nya wanita) di Kem Ria.

sebuahcatatansasterarmizanila

16 Januari 2006