Wednesday, December 26, 2007

Mari ke Sriti.com

Terima kasih saudara Roslan Jomel kerana memperkenalkan saya pada Sriti.com. Seusai membaca dua cerpen oleh Eka Kurniawan - Gerimis Yang Sederahana dan Hudan Hidayat - Ibu Meninggal, memang saya akui begitu jujur cara penulisannya yang bisa saja membuatkan kita terus-terusan membacanya pada pemula hingga ke titik noktah terakhir.

Maaf, saya kurang mahir akan istilah 'tinggi' sastera seperti realis, magis dan sebagainya.

Apa pun , saya memang sudah lama menyenangi gaya tulisan penulis dari Indonesia. Saya pernah membaca Kumpulan Cerpen Danarto dan yang paling saya suka cerpen berjudul "Bulan Sepotong Semangka" dan juga kumpulan puisi Rendra yang banyak memperjuangkan permasalahan besar masyarakat di sekitarnya.

Dan saya sendiri terfikir - bila agaknya saya 'berani' menulis cerpen gaya itu?!

Selamat melayarai Sriti.com rakan-rakan...

Lindungilah...

Ya Allah! Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Lindungilah hamba-Mu ini dari segala malapetaka dan bencana.

Hujan turun dengan lebatnya sejak tengahmalam tadi.

Sehingga kini, belum berhenti.

Saturday, December 22, 2007

Tanah Kubur

Tadi malam di Astro Prima[Sewangi Kasih] , drama Tanah Kubur begitu berkesan di jiwa saya. Dari jam 10.00 hingga 12.00 tengahmalam saya dan suami khusyuk menonton drama ini.

Betapa kejahilan dan kejahatan secara halus yang dilakukan para korporat untuk mengaut kekayaan tanpa berlandaskan Islam, amatlah sia-sia di kala maut datang memanggil.

Datuk Fadzli lakonan Ahmad Termimi Seregar mati mengejut kerana heart attack - meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh mengaibkan.

Datin Evon lakonan Azean Irdawati ditinggalkan tanpa harta dan anak kerana tidak ditukarkan penama waris terdekat pada waris si mati.

Anak yang satu-satunya Lan lakonan (tak ingat nama) langsung tidak tahu agama kerana dihantar belajar ke overseas (US).

Pak Mat lakonan M Rajoli begitu berkesan membawa watak tukang kebun yang kuat agamanya cuba membimbing keluarga ini tetapi gagal sehinggalah matinya Datuk Fadzil barulah Datin Evon dapat diinsafkan.

Masya Allah, saya tabik kepada penulis skrip drama yang berani ini mengetengahkan realiti yang melingkari hidup korporat Melayu yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan budaya dan cara hidup Islam yang akhirnya menerima pembalasan saat mencapai ajalnya.

Friday, December 21, 2007

Manusia dan akhlak

menjadi manusia yang berakhlak baik bukannya mudah.

menjadi manusia yang tidak menyakiti hati orang lain tidak juga mudah.

manusia mudah menyinggung manusia lain tatkala berbicara semberono
tanpa perlu menilai dari akal dan akhlak yang baik waima dalam percakapan dan perbualan sehari-hari

aku ini, bukanlah insan yang sempurna - yang langsung tidak melakukan dosa
tapi - aku sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang berakhlak baik kepada semua manusia dan makhluk Allah di muka bumi ini

untuk berkata-kata, aku terlebih dahulu memikirkan baik buruknya sehingga terlebih teliti sebelum mengeluarkannya kerana takut menyinggung hati dan perasaan orang yang mendengarnya

...sebaliknya...

manusia-manusia di sekeliling aku masih ada yang tidak mahu menjaga mulutnya
lalu tanpa sedarnya menyiat sukma si pemangsa - dari masalah yang ada pada dirinya

Allah! begitu besar ujian-Mu
begitu tinggi dugaan-Mu

berilah petunjuk dan hidayah kepada hamba yang kerdil ini
mudah-mudahan tidak tersasar imanku
dek menanggung kemelut ini...

Wednesday, December 19, 2007

Idul Adha dan makna di sebalik pengorbanan....



"Selamat menyambut Idul Adha - Hari Raya Haji / Hari Raya Korban."

Makna korban begitu luas sebenarnya terpulang kepada yang empunya badan.

Tahun ini, saya tidak sempat melakukan korban lembu mahupun kambing. InsyaAllah, ada rezeki lebih tahun-tahun akan datang, saya pasti melakukannya.

Bersyukur atas rezeki yang Allah turunkan buat sepanjang tahun ini.

Bagi seorang ibu, mengorbankan kepentingan diri demi mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin, sudah cukup bermakna.

Biarlah saya dan ayah mereka beralah asalkan anak-anak dapat hidup bahagia dan mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa dan orang-orang yang dekat dengan mereka.

Raya Haji / Korban di Sarawak (Kg Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching) tempat tinggal saya tidaklah semeriah di tempat lain (agaknya). Kami hanya menyambut Raya di rumah sendiri dan hanya keluarga terdekat saja yang akan mengadakan kunjungan. Pun begitu, kami juga sibuk membeli dan menyediakan juadah menyambut raya seperti lauk daging, ayam dan tak ketinggalan ketupat ataupun kelupis serta sedikit kek dan air gas.

Di surau, orang-orang yang melakukan korban akan sibuk dan selepas Solat Raya Haji, mereka akan mengagihkan daging korban yang siap dilapah kepada fakir miskin di dalam kampung. Jika ada lebih barulah orang biasa akan menerima juga. Begitulah...

Tuesday, December 18, 2007

Berkursus

(foto diambil semasa majlis berbuka puasa KKKUC bersama anak-anak yatim yang lepas)


Akhirnya, pada penghujung tahun ini, saya dihantar juga untuk berkursus bagi mengisi borang LNPT di pejabat baru. Kursus Protokol dan Etiket Sosial diadakan di Grand Continental Hotel Kuching.

Kursus ini mengajar cara berprotokol dalam menjalankan tugas rasmi termasuklah dari hendak mengadakan Majlis-majlis terutamanya bila menjemput VIP yang terdiri daripada YAB dan YB sehinggalah cara berpakaian dan pergaulan.

Rumit juga rupanya saat dilantik menjadi Liasson Officer yang punya macam2 cabaran tatkala melayani delegasi-delegasi luar negara terutamanya. Seronok mendengar pengalaman penceramah dari JKM yang sudah semacam isi dan kuku dalam kerjayanya di bidang protokol.

Dari sedetail protokol sehinggalah seteliti menyusun atur meja makan ke sudu garpu segalanya ada etika dan protokolnya sendiri.

Seperti lazim, untuk latihan dalam kumpulan kami, saya diberi tanggungjawab sebagai Master of Ceremony (MC). Banyak juga kesalahan-kesalahan biarpun kecil untuk diperbaiki sebagai seorang Pengacara Majlis yang menjadi tunggak kepada berjayanya sesuatu majlis. Menjemput dan melayani karenah VIP-VIP bukan sesuatu yang mudah. Di sini, saya mengaut seberapa banyak ilmu yang ada biarpun ada suara2 rakan sekursus mengatakan kursus ini amat membosankan.

Namun, bagi saya apa saja ilmu dan pengalaman yang orang lain perturunkan amat bernilai dan bermakna dan melepas pergilah istilah bosan itu kerana saya begitu ketagihkan ilmu untuk peningkatan diri dan hidup ini.

Wallahuallam.

Saturday, December 08, 2007

Kerja - Ibadah




kerja - buatlah sejujurnya

ibadah - amallah seikhlasnya

mohon keberkatan Nya

izin keredhaan Nya

Friday, December 07, 2007

Pasrah




pasrahlah pada
hadiah Nya

bertafakurlah pada
anugerah Nya

bersabarlah pada
dugaan Nya

terimalah pada
ujian Nya

redhalah pada
ketentuan Nya

pasrah
berserah
seluruh mu
semadikan
dalam Nya.

Armiza Nila

Merawat Luka Hati Yang Parah

[foto ihsan dari blog Zalisa Maz]

Bismillahirrahmaanirrahim.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Setelah 8 hari di pangkuan, akhirnya saya telah mengkhatamkan buku ajaib ini TH : MSI karya Profesor Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim tepat jam 2.40 pagi ini, Jumaat, 7 Disember 2008.

Saya pun tidak pasti mengapakah hati saya tertarik untuk menghadam buku ini biarpun saya amat sibuk melayani karenah dan kehendak anak-anak kecil saya pada sebelah malam sekembalinya daripada tugas yang meletihkan di pejabat.

Setelah pertama kali menemui ulasannya di blog Jiwarasa [terima kasih], saya tertarik untuk sama-sama menikmati isi kandungannya lalu tanpa berfikir panjang membeli secara terus daripada penulis [Prof] yang begitu humble ini. Maaf, sebenarnya saya tidak mudah untuk memuji seorang jika tidak kerana sesuatu yang benar-benar menyentuh hati saya.

Berbalik kepada buku Travelog Haji ini, saya berhempas pulas untuk menikmati kandungannya ketika saya harus menjaga anak-anak pada sebelah malam tanpa ditemani suami yang bertugas jauh di luar kawasan Kuching. Kebetulan petang kelmarin, suami pulang untuk 'off day'nya. Apa lagi, saya berdoa kepada Allah agar saya dapat mengkhatamkan buku ini malam ini juga[malam Jumaat] biarpun sehingga lewat pagi dan terlebih dahulu dengan keizinan suami tercinta dan berhenti seketika pada jam 1.00 pagi untuk solat sunat Hajat.

Dalam keadaan hati saya yang luka parah kerana sesuatu, Allah telah menganugerahi saya sebuah buku yang begitu mengesankan dan menginsafkan insan kerdil lagi jahil ini.

Betapa Prof MKI seorang yang jujur dalam menyampaikan setiap cerita dan ilmu di dadanya untuk dikongsikan kepada umum. Seingat saya, semasa di sekolah menengah saja saya sempat belajar bab haji. Dan secara jujur, saya tidak ingat lagi cara-cara menunaikan haji satu-persatu sehinggalah saya mempelajarinya daripada buku ajaib ini.

Seawal bab lagi, chapter ke chapter bacaan saya dituruti dengan airmata yang jatuh tanpa diminta. Ia jatuh dengan sendirinya sambil ditegur anak-anak saya dan merenung tepat ke wajah saya sambil berkata, "Mama nangis?".

Ya, hati saya sebak bila membaca kalimat2 yang seiring dengan cerita yang disampaikan penulis. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Astagfirullah.

Sesekali saya takut, gerun dan penuh rasa kebersalahan terhadap batang tubuh dan hati ini.

Tatkala
saya membaca bab ketika penulis harus berdoa memohon keampunan daripada Allah sewaktu berada di Masjidil Haram, seram sejuk rasa diri saya. Tiada jalan mudah untuk mencapai keistimewaan daripadaNya.

Bab Malaikat atau Wali Allah - betapa penulis berjiwa mulus dengan tidak mementingkan amal ibadat dirinya sahaja, malah sempat membantu beberapa jemaah untuk sama-sama mencapai impian dan hasrat untuk beribadat paling hampir dengan Kaabah dan menghadap Multazam [saya pun tidak pasti apa sebenarnya Multazam sehingga saya akan bertanya kepada Prof MKI sendiri nanti]. Penulis tidak tamak dalam mencapai tahap keimanan dan kesabarannya.

Buku ini benar-benar mendidik saya tentang kesabaran dalam menempuh pelbagai dugaan di dunia ini waima saya baru saja melangkah ke alam perkahwinan seusia empat tahun.

Apa yang saya alami ketika ini begitu remeh sebenarnya. Ada lagi ujian yang Allah datangkan kepada hambaNya yang lain yang lebih dahsyat berbanding dugaanNya kepada saya.

Alhamdulilah, saya sedikit beruntung kerana telah mengenali al-Quran seusia 5 tahun dan khatam pada usia 11 tahun atas kesungguhan ibu saya yang buta huruf menghantar kepada guru mengaji - Arwah Nek Koyong untuk memantapkan lagi bacaan saya.

Saya masih ingat, betapa ibu sibuk dan berbangga setiap kali saya naik juzuk, ibu akan merebus telur bersamaaan jumlah juzuk dan memasak pulut kuning untuk disedekahkan kepada guru mengaji saya.

Berbalik kepada Prof yang tidak tahu membaca al-Quran pada mulanya, sanggup berkata jujur akan kejahilannya. Saya berasa cukup kerdil dan merasa lebih beruntung biarpun pencapaian akademik saya jauh di belakang beliau. Astaghfirullahaladzhim. Saya bukan meninggikan diri cuma membuat perbandingan betapa Allah itu Maha Adil sebenarnya.

Prof bersungguh-sungguh dalam amalan hajinya. Betapa beliau gigih untuk mengkhatamkan Al-Quran di Masjidil Haram sehingga berjaya meskipun pada mulanya beliau buta Al-Quran. Subhanallah. Dengan pertolongan dan hidayahNya jua setiap hambaNya dapat menikmati anugerah demi anugerah sepanjang 44 hari menunaikan haji.

Hati kecil saya meronta. Sekarang saya sudah 32 tahun hidup di dunia ini. Entah bila agaknya saya akan mendapat kad jemputan daripadaNya.

Ketika berusia 25 tahun, saya sudah menyimpan di Tabung Haji secara potongan gaji sebanyak RM20.00 sebulan sehinggalah pada satu ketika saya memberhentikannya kerana melihat slip gaji yang comot oleh potongan. Lagipun sewaktu sesak, wang simpanan sedikit itulah juga saya keluar dan gunakan untuk keperluan. Betapa tidak berkatnya simpanan saya pada ketika itu kerana asyik mengeluarkannya tanpa terus menambahkan jumlahnya.

Astaghfirullah. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.

Saya berjanji pada diri, selepas ini saya akan menyimpan lagi di Tabung Haji waima RM10.00 sebulan dan berniat untuk mendaftar di samping menambah tabungan kedua ibubapa saya walaupun sedikit setiap bulan. Mudah-mudahan saya kelak dapat menunaikan haji bersama kedua-dua ibubapa saya. InsyaAllah.

Terima kasih Profesor MKI kerana menulis buku yang amat bermanfaat kepada saya ini.

Mulai hari ini juga saya berniat untuk melakukan amalan sunat yang lain - solat, puasa, membaca Al-Quran dan terus berdakwah waima hanya dengan mata pena yang tajam ini.

Profesor MKI, maafkan saya kerana tidak dapat mengulas lebih lanjut isi kandungan buku ini kerana kekurangan yang ada pada diri saya ini. Bagi rakan-rakan penulis di Sarawak, saya menyarankan anda semua membeli dan membaca buku ini. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat ilham dan petunjuk hidayah daripada Yang Maha Kuasa.

InsyaAllah, suatu ketika saya akan mencipta puisi tentang Travelog Haji ini, doakanlah.

Kesempitan waktu yang saya ada, mudah-mudahan dengan sedikit ulasan ini, ada pembaca yang dapat mengambil iktibar dan bersama-sama saya membersihkan jiwa yang kotor. Merawat luka hati yang parah.

Wahai Maslina, sedarlah, masih ada insan yang menyayangimu dengan anugerah buku ini atas izinNya.

Maha Suci Allah.

Astaghfirullah.

Wassalam.

Armiza Nila
Kuching, Sarawak.
Jumaat - 7 Disember 2007

Wednesday, December 05, 2007

Blog Abdillah SM di http://dilsm.blogspot.com/

[foto dari blog Abdillah SM]

Salam.

Alhamdulillah. Terima kasih Yusuf Fansuri kerana mengkhabarkan blog Abdillah SM - yang saya gelar penyair tersohor Sarawak yang cukup humble biarpun di dadanya penuh ilmu seni dan kesusasteraan.

Sila lah kalian layari laman beliau ini :- http://dilsm.blogspot.com/

Saya percaya anda akan beroleh sesuatu yang cukup berlainan.

Jiwa saya ketika ini berkobar-kobar kerana gembira Abdillah SM mahu mengongsikan ilmu dan ceritanya di alam maya...

Tuesday, December 04, 2007

Berkecamuk

....segalanya jadi tak tentu

berkecamuk...saat mula belajar

dari alif ba ta

a b c

one two three

Astaghfirullah....

ya Allah, ampuni daku

berikan ketenangan padaku

Amin..

Monday, December 03, 2007

...dilema wanita...

...hampir setiap masa [opsss...kecuali tidur]...saya dilingkari oleh dilema wanita :-

..samada diri saya
...rakan pejabat
...kakak
...kakak ipar
...rakan-rakan..

..hampir sama..bunyi ceritanya....

..sampai bilakah wanita akan terus mengalah dengan kehendak para lelaki [SUAMI] yang kebanyakannya punya keegoan yang tinggi

...tidak cukupkah dengan pengorbanan hati dan perasaan wanita demi menegakkan tugu cinta yang telah terbina

...saya kasihan
pada [...]
pada rakan pejabat
pada kakak
pada kakak ipar
pada SEKALIAN WANITA
yang menghadapi masalah yang sama..

DILEMA WANITA...

Saturday, December 01, 2007

Kerja Lebih Masa

Hari ini, setelah hampir tujuh tahun - hidup saya mengukir sejarah lagi bila diminta boss untuk Kerja Lebih Masa pada hujung minggu - Sabtu.

Mengikut kata hati, saya mau saja menolak permintaan bos.

Tetapi kerana kepentingan perkhidmatan, saya menerimanya juga lantas turun ke pejabat bersama beberapa rakan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertunda.

Ini kerana Audit akan datang untuk mengaudit kami tidak lama lagi.

Hujung minggu bagi saya amat bermakna buat anak2.
Pada waktu ini sahajalah masa saya bersama mereka begitu bernilai.

Tapi sekali-sekala saya terpaksa berkorban demi perkhidmatan dan sedikit mengenepikan waktu untuk anak-anak.

Dalam hati saya berharap mudah-mudahan lambat laun kerja saya akan berjalan dengan lancar tanpa perlu kerja lebih masa. Kerana pada zaman sekarang, masa begitu berharga walau di mana saja kita berada....

Maafkan mama sayang 'Irfan, sayang Adib dan sayang Ifah...

Friday, November 30, 2007

Travelog Haji : Menuju Sempadan Iman - Prof MKI

[foto dari blog Prof Muhd Kamil Ibrahim]

Alhamdulillah, buku tersebut di atas sudah berada di tangan saya.

Berikan saya masa ... dan insyaAllah saya akan beri waima sedikit pandangan...

Entah kenapa hati saya tertarik dengan buku ini.....

Monday, November 26, 2007

antara janji dan dugaan Allah...

...antara dugaan yang dijanjikan Allah adalah anak-anak yang diamanahkan-Nya kepada sekian ibu bapa.

Maha Besar Allah, ... mampukah ibu 'muda' ini menahan kesabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

saya sering berlawan dengan diri kerana menahan kemarahan ketika melihat kelincahan anak-anak lelaki saya

nasihat kawan, dia masih kecil dan meminta perhatian - bersabarlah.

mudah-mudahan saya tabah menggalas tanggungjawab ini tanpa suami yang sering saja berpergian.

Doa Seorang Mama...

"Ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Pengasih,

jadikanlah anak-anakku Muhammad 'Irfan Musaiyar, Muhammad Adib Nifail dan Munifah Basyirah, anak-anak yang soleh dan solehah, mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, mendengar kata-kataku, ayahnya dan orang-orang tua, bijak dan cemerlang dalam agama dan berjaya kehidupan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan, Kau berikan sepenuh kesabaran dalam jiwa dan keimananku dalam mendidik dan membesarkan anak-anakku ini...Amin, ya Rabbal Alamin."

Friday, November 23, 2007

Keinsafan terdetik lagi...

hari ini saya tidak pulang semasa lunch time yang panjang [11.45 pagi - 2.15 petang]. Saya menghabiskan masa dengan melayari blog penulis Travelog Haji - Profesor Tuan Haji Muhd Kamil Ibrahim. Saya terjumpa blog beliau di blog Jiwa Rasa seperti di bawah :-

http://muhdkamil.net/mystory

sekitar pembacaan saya dari satu psoting ke satu posting, keinsafan menyelinap di jiwa hamba yang jahil ini. Tuan Haji Muhd Kamil begitu jujur dengan apa yang ditulisnya.

Bagi sesiapa yang terluang, cubalah melayarinya bersama saya mencari waima sedikit keinsafan dan kesedaran dalam menambah ilmu mendekatkan diri kepada-Nya biar secara berdikit-dikit, insyaAllah...

Aduhai Munifah Basyirah

Munifah sudah enam bulan lebih.

Puteriku ini cukup istimewa bagi saya. Mana tidaknya, dalam usia baru enam bulan Munifah sudah pandai "bertetey"[berdiri sambil memegang tepi katil ataupun sekurang-kurangnya badan Mak Wa-nya ketika Mak Wa duduk].

Munifah sudah pandai berinteraksi dan cepat menangkap perbualan orang lain.

Munifah akan berhenti menyusu lalu menoleh ke arah suara bila mendengar perbualan orang.

Dia agak aktif. Saya tidak sempat melihat Munifah meniarap. Dia terus "meranggung" [merangkak] lalu bertetey. Kini, dia cuba-cuba hendak Dang-Di [Berdiri] .

Saya terhibur dengan gelagat Munifah.

Pagi-pagi Munifah bangun Subuh bersama saya. Bila hendak ke pejabat, saya serahkan Munifah kepada Mak. Bila melihat saya turun tangga, Munifah akan menangis. Lagaknya meronta-ronta hendak mengikut saya. Kasihan saya melihat dia merengek-rengek dalam pelukan mak.

Bila balik kerja, Munifah cepat-cepat memasang telinga mendengar saya memanggil namanya. Kadang-kadang saya tidak sempat menukar pakaian kerja lalu menyambut dia serta terus menyusukannya.

Munifah begitu intim dengan saya. Seolah-olah tidak mahu berpisah dan sentiasa mahu dalam pelukan dan belaian saya. Saya dapat merasakan kehangatan dan keakraban Munifah dengan saya tika memeluknya.

Semoga Munifah Basyirah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

sopannya Melayu...

dalam zaman moden hari ini, berbaloi lagikah bersopan?

sopannya Melayu
kekadang memalukan dirinya
bila kesopanannya dibalas dengan bahasa kasar!

entahlah .....

Thursday, November 22, 2007

Travelog Syawal

Beraya di rumah Manager Tupperware Grup Intan Lyana - Puan Dayang Rita [berdiri bertudung dan berbaju serba biru] di kediaman kakitangan Masjid Jamek Kuching

[semua kelengkapan pinggan mangkuk dan bekas kuih dari jenama Tupperware]

[rakan2 dealer Tupperware yang tidak berapa saya kenali sama2 hadir menjamu selera sambil asyik mendengar sedikit talk dari Manager]

['Irfan Musaiyar turut serta - asyik dengan biskut yang lazat...emmmmmm]

Di akhir Syawal yang lalu, saya memenuhi undangan Manager Tupperware Unit Intan Lyana, Puan Dayang Rita di kediaman beliau di sebelah Masjid Jamek Kuching.

Kak Dayang menghantar jemputan via sms. Saya datang kerana tidak mahu ketinggalan Home Party yang sering kami adakan di rumah beliau [sebulan sekali] untuk mengikuti perkembangan barang2 terbaru dan diskaun dalam katelog terbaru Tupperware. Setakat ini, sudah dua kali saya menyertainya sejak mula menjadi dealer di bawah Dayang Rita Ogos 2007.

Saya mencebur bidang ini, bukanlah semata-mata nak jadi Bisnes Woman via mengaut keuntungan. Sebenarnya saya hanya menggunakan barangan Tupperware untuk perkakas dan kelengkapan dapur saya sahaja.

Saya yakin dan percaya dengan Tupperware kerana "Life Guarantee" nya.

Setelah sedikit penerangan, kami dijamu dengan banyak makanan ala-ramahtamah Aidil Fitri. Saya kagum dengan usaha kak Dayang. Semua barangan untuk menghidangkan makanan dan minuman dari jenama Tupperware. Sungguh ringkas, bersih dan tahan lama. Kami dijamu dengan satay, lemang, rojak buah dan tak ketinggalan mi jawa.

Saya menulis entri ini kerana saya berasa cukup gembira dan senang hati kerana Syawal ini cukup bermakna buat saya dan keluarga yang baru cuba-cuba (2 tahun) beraya di teratak sendiri.

Rakan-rakan sepejabat semasa di POLIKU turut ramai yang bertandang ke rumah. Saya cukup terharu kerana mereka sudi beraya di gubuk kecil lagi kekampungan saya ini.

Begitu juga rakan-sepejabat di KKKUC turut datang beramai-ramai seusai pulang kerja. Sungguh - saya terharu dengan semangat setiakawan - ziarah-menziarahi ini tanpa memikirkan darjat dan pangkat. Dan yang penting, persaudaraan sesama Islam itu akan bertambah kukuh.

Saibah dan keluarga, teman karib saya semasa di State dulu turut berambeh makan semasa raya.

Begitu juga dengan Jamayah dan keluarga, teman karib saya semasa dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Yang lucunya, Jamayah tiba di rumah saya semasa seluruh Kampung Semariang Batu 'black out'. Gelap gelita kampung kami dari api elektrik...yang nampak hanyalah pelita-pelita buatan sendiri.

Semasa di rumah saya, Jamayah menjamu makan malam disuluhi dengan lilin. Sungguh romantik pulak. Jam 10.00 malam barulah elektrik ada semula.

Sebenarnya saya cukup terharu bila menyambut raya di rumah sendiri. Sebelum ini, saya beraya di rumah mak. Bila di rumah sendiri, terasa kepuasannya bila rakan-rakan lama dan baru sudi berkunjung. Ditambah dengan saya sendiri yang begitu menghargai kehadiran tetamu.

Saibah, Jamayah dan Siti Zaharah berjanji akan datang lagi bila-bila masa untuk berambeh pula semalam dua di rumah saya. Kata mereka, suasana di rumah saya yang dikelilingi hutan paya bakau dan air sungai masin sungguh tenang dan damai kerana jauh dari hiruk pikuk kota. Itu kata mereka, bukan kata saya....

Alhamdulillah, akhir sekali saya bertemu sahabat karib, Dayang Paon seangkatan Askar Wataniah pada malam Majlis Makan Malam AW di Penview Hotel malam minggu lepas. Saya gembira bertemu Dayang, mendengar kabar baik darinya dan turut bersimpati atas kepergian ayahnya ke rahmatullah. Semoga arwah Pak Cik Awang Bi ditempatkan dalam golongan yang beriman. Saya terharu kerana Arwah Pak cik Awang Bi sungguh baik hati dan warak orangnya. Saya pernah solat berjemaah dengannya. Semasa wirid, beliau berdoa di dalam bahasa Melayu - mendoakan seluruh anak-anaknya dengan menyebut satu-persatu nama anak-anaknya yang jauh - mudahan2 sentiasa dalam perlindungan Allah. Saya jadi cukup terharu dan peristiwa itu cukup terkesan di jiwa saya.

Dayang Paon antara beberapa rakan karib terpilih saya. Saya berdoa mudahan2 akhirnya Dayang akan mencapai cita-citanya juga tidak lama lagi. Semoga Walimatul Urus beliau pada 25 Disember 2007, akan menjadi kenyataan, insyaAllah.

Syawal ini, saya juga sempat berkunjung ke rumah Zuraidah di Bandar Baru Semariang- rakan sepejabat dan rumah Puan 'Orwah di Taman Sri Wangi (rakan sepejabat di Poliku) yang cukup rapat dan baik dengan saya. Puan 'Orwah banyak menunjuk ajar saya menjadi pekerja yang baik dan menjadi ibu dan isteri yang sabar. Terima kasih kak Orwah.

Saya sebenarnya amat menghargai kehadiran insan-insan istimewa dalam hidup saya kerana mereka telah banyak mempengaruhi hidup saya menjadi lebih baik dan sempurna.

Demikianlah Travelog Syawal saya. Sengaja saya perturunkan di entri ini, untuk tatapan dan kenangan bila dah berusia nanti.

Armiza Nila yang syahdu.
Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching.
22 Nov 2007

Tuesday, November 20, 2007

Allah, berikan Ku kekuatan

Allah,

limpahkan kekuatan pada
sekujur hamba ini
'tuk meredah
caca merba
dalam tasik hati

laksana
cahaya yang satu
aku menyuluh lorong gelita
yang menyelubungi keliling

Allah
'duri-duri cinta'
yang kulalui
sakit dan nikmat
adalah sama

kuteruskan jua selagi hayat
menyarung harmoni
yang kuimpikan mewangi
di setiap pelusuk taman ini

berikan Ku kekuatan
menyelami makna Mu
yang tersembunyi
di sebalik dura duri duga
mengasak-ngasak hati yang kerdil

mencari sinar Mu
dalam lubuk gelita
satu keajaiban
buat hamba secilik aku!


p/s...sebuah puisi Armiza Nila
Kuching
20 November 2007

Monday, November 19, 2007

ILmu dan penulisan

Alhamdulillah, sesekali saya menjenguk laman Al-Ustaz Zaharuddin, serasa keinsafan menyarung dalam sekujur diri. Betapa bertuahnya Ustaz kerana dapat menyumbangkan ilmu yang didapatnya untuk dikongsikan kepada khalayak pembaca dunia tanpa sempadan ini. Sesekali juga saya merasa cemburu dengan ilmu beliau. Apa pun, sebagai insan yang kurang ilmunya saya gembira kerana menjadi salah seorang pembaca tulisan beliau dan saya bersenang hati kerana 'masih ada' ustaz seumpama beliau di Malaysia ini sudi mengongsikan ilmu keagamaan di laman web seperti ini.

Terimbas saya ketika pernah menuntut di IPTA dulu. Saya bercita-cita menjadi pendakwah bebas selepas habis pengajian. Namun "kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari".

Walau bagaimana pun, saya tetap dengan cita-cita saya itu dengan menggiatkan diri dalam bidang penulisan. Mana tahu satu hari nanti apa yang saya tulis di blog ini sedikit sebanyak akan menyumbangkan juga ilmu kepada mereka yang berkenaan.

Dan semoga apa yang kita tulis itu sentiasa bermanfaat biarpun pada mulanya agak banyak kepincangan di sana-sini dalam posting saya. Saya tetap berusaha untuk memperbaikinya.

Mudah2an dengan ini, segala pengalaman yang real dalam kehidupan sehari-hari kita turut juga menjadi iktibar pada kehidupan orang lain walau dalam bentuk apa pun kita sampaikan biarpun hanya dari sebatang tulisan sekecil sepadat seringkas PUISI....

Armiza Nila

Wednesday, November 14, 2007

Karya dari Tanah Semenanjung....

Alhamdulillah,

Akhir2 ini saya sudah berani membeli karya2 rakan penulis dari Semenanjung secara on-line dengan Ujanailmu.

Saya amat memuji perkhidmatan yang cukup baik dari Ujanailmu dalam urusan penghantaran buku.

Kiini di tangan saya sudah ada Kekasih Sam Po Bo - Faisal Tehrani, Mencari Locus Standi - Nisah Haron, Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - Nisah Haron dan Rindu Ibu - A Samad Said.

Saya tidak lagi meracau rajuk kerana susah mendapatkan karya bermutu penulis dari Tanah Semenanjung.

Terbaru, saya akan menerima Lagukan Senandung Itu - Serunai Fakir yang begitu baik sentiasa menghubungi saya via sms tentang penghantaran novel beliau itu.

Saya amat menghargai usaha Serunia Fakir dalam mengembangkan sayap penjualan karyanya. Berbangga saya punya sahabat penulis seperti ini.

Semoga bidang penulisan yang kita pilih ini tidak akan merugikan masa depan kita malahan memberikan kepuasan yang secukupnya dalam kehidupan kita seterusnya.

Armiza Nila
p/s : Saya pernah didatangi sahabat penulis lama dahulu untuk menceburkan diri dalam perniagaan menjadi Jutawan. Saya ingatkan ketika itu bertemu hanya sekadar perjumpaan lama tentang karya namun ternyata jauh meleset. Saya menolak pelawaannya dengan baik. Saya memilih bidang penulisan untuk menjadi pendapatan sampingan walaupun lambat nak jadi kaya/Jutawan. Saya senang berusaha begini biarpun hasilnya lambat asalkan hati saya puas dan saya juga senang dengan kehidupan seadanya saya kini. Rezeki di tangan Allah dan tidak mudah sebenarnya untuk "Kaya Terduduk".

Apa komen anda?....

Mengkisahkan kisah-kisah...

Kebelakangan ini, saya merasa sedikit terkilan kerana ketinggalan waktu untuk mengkisahkan kisah-kisah yang mengelilingi kehidupan saya.

Sejak akhir2 ini saya dikerumuni kesibukan2 yang menuntut seluruh jiwa raga saya menumpukan perhatian sepenuhnya.

Apa-apa pun, jika terluang saya akan mengkisahkannya juga nanti biar pun cerita itu cerita lama namun tetap baru di hati saya.

Saya teruja blog2 rakan penulis kebanyakannya memfokuskan kegiatan penulisan mahupun pembacaan mereka yang menyeluruh kepada ilmu.

Namun, apalah daya saya untuk sampai ke tahap itu...

Saya memandang tinggi usaha2 bloggers penulis Semenanjung Malaysia yang sering saya lawati seperti blog Jiwa Rasa, blog Faisal Tehrani dan blog Nisah Haron yang banyak menyumbangkan ilmu berguna kepada saya dan pembaca lainnya.

Walau bagaimana pun, saya tetap menulis dengan naluri, hati dan fikiran saya kerana saya rasa saya perlu memperbaiki keupayaan tulisan saya dari masa ke semasa biarpun tulisan saya itu berbentuk/berbau kisah-kisah peribadi dan tidak mengkhusus kepada penulisan sastera semata-mata. Yang penting bagi saya, saya terus menulis, menulis dan menulis kerana menulis sudah menjadi satu kemestian dalam hidup saya.

Yang Namanya Sahabat dan ....Sambutan Birthday

kek birthday yang sudah dipotong...emmmmm....sedapnya

bergambar kenangan bersama Siti Zaharah, Faiz dan adiknya....
[kek birthday coklat yang disponsor oleh Siti Zaharah - 3 lilin besar + 2 lilin kecil.....]

3 November 2007 = 22 Syawal 1428H, rakan sepejabat lama saya, Siti Zaharah, anaknya dan dua orang adiknya berambeh ke gubuk saya.

Saya sengaja mempelawa Siti beraya sambil berambeh makan tengahari di gubuk saya. Sementelahan suami saya tiada di rumah. Bolehlah kami bersenang-senang menikmati hidangan sambil bersembang nanti.

Saya hanya menyediakan nasi wangi putih, kari ayam, sambal belacan tumis, sup sayur bayam dan lobak masin goreng untuk makan tengahari itu. Dari tengahari sehinggalah lewat petang Siti bersembang bersama saya.

Adik2nya dan anaknya Faiz sampaikan tertidur di ruang TV.

Saya dan Siti asyik bersembang macam tak pernah berjumpa untuk sekian lama.

Selepas Asar sebelum pulang ke rumah, Siti sekeluarga sempat mandi dulu di gubuk kecil saya itu. Saya tumpang senang hati bila melihat mereka 'sik duak tiga' berada di rumah saya. Saya senang bila tetamu saya begitu. [Buatlah macam rumah sendiri - saya relakan asalkan tetamu berasa selesa].

Setelah semuanya selesai berkemas, tibalah pula acara meniup lilin - menyambut ulangtahun kami bersama yang sudah pun terlewat tarikhnya iaitu Siti pada 9 Oktober dan saya 11 Oktober tahun yang sama.

Itulah istimewanya persahabatan saya dengan Siti. Kami punya citarasa yang sama dan insyaAllah akan ngam sehingga ke akhir hayat sambil menyusuri hari-hari mendatang dengan aman dan harmoni.

Saya terharu sebenarnya kerana Siti sanggup membeli kek harijadi khas untuk kami berdua itu. Nilai keakraban yang Siti tunjukkan dalam perhubungan kami setakat ini jarang saya rasai dengan sahabat2 perempuan saya yang lain. Dia cukup istimewa di mata saya. Saya hanya berdoa agar Siti akan terus dilimpahkan rahmat dan anugerah daripada Allah akan kebaikan hatinya terhadap saya.

Dengan Siti Zaharah - sahabat baik saya ketika sama2 pertama kali bertugas di POLIKU tahun 2001, kekal bukan sahaja sebagai sahabat baik saya malahan sudah seperti adik-beradik. Hubungan kami ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa tinggi nilainya.

Meskipun saya sudah tidak sama lagi bekerja dengan Siti, kami tetap bertemu dan Siti kerap kali mengadakan kunjungan ke gubuk saya. Saya memang cukup bertuah memiliki sahabat seperti Siti. Sememangnya kita harus menghargai kehadiran orang sebegini dalam hidup kita.

Dan saya merasakan Syawal tahun ini agak berbeza dengan tahun2 lepas kerana ramainya sahabat2 lama saya kembali ke gubuk saya sesudah sekian lama tidak bersua.

Kalau saya ceritakan semuanya di sini, pasti hati rapuh saya ini akan terus meruntun kepiluan. Itulah namanya hati seorang sahabat yang begitu menghargai kehadiran seorang sahabat anugerah Yang Maha Kuasa.

Armiza Nila

Wednesday, November 07, 2007

Main Bowling

Grup Virus Attack mendapat tempat ke - 6 daripada 8 grup yg bertanding.


Seingat saya, pertama kali saya bermain bowling ketika bertugas di sebuah Bank di Kuching sekitar tahun 1994.

Tahun ini, setelah 13 tahun, saya turun padang lagi atas desakan rakan2 pejabat untuk Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup KKKUC di Riverside Superbowl.

Alhamdulillah, saya dapat 2 strike dan ada juga beberapa kali bola masuk longkang....hehehe...

Grup Virus Attack terdiri daripada 4 anak dara dan seorang mak orang [saya]. Analiza, Eliana, Maslina, Law Jui Mei dan Zaharah.

Saya terpaksa menyerah setakat 2 games saja kerana jam sudah 10.00 malam. Saya minta kebenaran ditukarkan orang lain kerana 'Irfan demam panas di rumah dan saya tidak tenang bermain kerana risau keadaan anak2 di rumah.

Apa2 pun saya gembira bersama rakan2 pejabat sesekali bermain sebegini.

Tuesday, November 06, 2007

Renta dan Panggilan Nya....

..........

;;;;;;;;;

............

Malam tadi, ayah menerima panggilan telefon dari kampung nenek di Tambay.

Kami menerima berita kematian kakak kepada nenek iaitu Nek Makyah.

Nek Makyah sakit tua - pun sudah lebih berusia dari Makwa...mungkin 100 lebih juga....

Saya jadi sebak bila teringat Mak Wa di kampung.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah nek Makyah.

Hanya ayah yang menunggang motorsikal ke Kota Samarahan untuk menziarahi arwah.

Kami ke semuanya seperti terpatah sayap.

Abang Bet terlantar di hospital kerana serangan Athma.

Suami saya bertugas di Sematan.

Saya beranak kecil. Di rumah mak pun turut tak dapat pergi kerana tiada orang lain nak menemankan pembantu menjaga anak-anak kecil saya.

Aduhai....sayu sekali saya rasakan saat ini.

Semoga Mak Wa Ra'abah tabah menghadapi kehilangan kakaknya.

Friday, November 02, 2007

Raya Bersama Nenek tersayang di Kampung Tambay, Kota Samarahan

[Armiza bersama Mak Wa Raabah]

Alhamdulillah, setelah sekian lama hampir setahun tak jumpa nenek tersayang, hajat saya kesampaian juga mengunjunginya pada raya ketiga.

Raya kedua, kami adik-beradik sekeluarga memang merancang nak menziarahi nenek yang tinggal dgn anak menantunya di rumah peninggalan arwah Pak Wet (suami nenek) di Kpg Tambay.

Kami terpaksa membatalkan hasrat kerana suami sakit muntah dan berak [Temuan] kata orang Sarawak dari pagi sampai jam 5.00 petang barulah suami rasa lega.

Raya ketiga, alhamdulillah saya sekeluarga dapat juga berjumpa Mak Wa Raabah.

Mak Wa Raabah sudah tua...usianya sudah menjangkau 100 lebih tahun...matanya rabun.
"Sik nampak muka kau Na. Nengar suara ajak,"ujarnya perlahan.

Mak Wa tidak betah lagi berjalan. Tapi ingatannya cukup kuat. Miza cukup sayang dan rapat dengan Mak Wa. Selalu saja menitis airmata tatkala memeluk dan mencium Mak Wa yang saya rindui.

Sebenarnya banyak tersimpan khazanah seni dalam jiwa dan dada Mak Wa. Itulah yang saya hargai dan cuba tuntut.

Dalam beberapa jam duduk di Kampung Tambay di rumah Mak Anjang Salmah itulah, sempat Mak Wa menurunkan jampi serapahnya untuk Tawar sakit dan keharmonian rumahtangga.

Saya tetap mengambilnya dengan menulis di kertas kerana bagi saya bukan saja mujarab tawarnya tapi keindahan seni dalam jampi serapah itu yang cuba saya kaji dan teliti.

Ini kerja org seni.

Saya cuma nak meneliti saja.

Jika ada masa panjang dan diizinkan Allah, ingin saja saya berlama2 berbual dengan Mak Wa yang tutur katanya cukup jelas. Mak Wa tidak "babo"... [nyanyuk] dia masih waras dan normal macam orang lain. Tak adalah nak menyusahkan anak cucu atau menantu nak membersihkan dirinya.

Cuma, yang terkilannya Mak Wa tak mahu tinggal sebumbung di rumah mak saya di Kuching yang lebih selesa. Dia tetap dengan hatinya nak tinggal di kampung bersama menantu dan cucunya kerana arwah Pak Anjang Jamal saya sudah beberapa tahun meninggal dunia.

Mungkin Mak Wa banyak kenangan di kampung. Itulah sebabnya beliau tidak mahu berganjak dari tempat asalnya walaupun anak cucu cicit moyangnya sudah mengalami perubahan hidup yang lebih selesa.

Apapun , saya bersyukur kerana masih punya satu2nya nenek yang cukup berseni.

Teringat masa kecil, nenek selalu bercerita sebelum saya tidur.

Agaknya darah seni nenek telah mengalir dalam diri saya.

Saya berdoa mudah2an nenek dipanjangkan usia dan saya bisa lagi mengutip khazanah seni yang masih bertapak di jiwa Mak Wa.

Fesyen Hidangan Kek Raya Sarawak zaman 80-an masih kekal....


[bersama keluarga sebelah suami di rumah mak mertua kakak ipar [Siti Rokiah Baki] di RPR Fasa I Malaysia Jaya... rumah bapak bang Merais Mohamad]


Saya masih ingat ketika zaman kanak2 dalam tahun 80-an, beginilah hidangan kek raya di kebanyakan rumah di Sarawak termasuklah rumah mak Miza. Style hidangan begini masih ada rupanya selain hidangan moden..

Raya ini, Miza berkesempatan banyak beraya di rumah sanak-saudara.

Tatapilah.....unik kan...

API BERAYA DI GUBUK ARMIZA NILA

Yusuf dan Sajali
Yusuf bersantai...chewah........
Zainal dan Zach...asyiknya..........


Pada 9 Syawal 1428H, Ahad - Armiza Nila menerima kunjungan istimewa daripada kerabat API. Antara yang hadir - Zacharia Manan, Yusuf Fansuri, Zainal Abidin dan Sajali Mohamad.

Armiza Nila begitu terharu dengan kehadiran dan gelagat kerabat API yang sudi berkunjung ke gubuk ala chalet di kampung Semariang Batu [kata oranglah.....rumah kampung kata kan...]

Kami berkesempatan berbual panjang sekitar bidang penulisan di samping mengeratkan silaturrahim di antara penulis Sarawak amnya dan Kuching khasnya serta API istimewanya.

Mudah2an kunjungan seperti ini akan memperkayakan lagi idea dan pemikiran untuk menghasilkan mutu penulisan yang lebih sempurna, insyaAllah...

Armiza Nila
Semariang Batu

Hidangan Raya Simple Armiza Nila




tatapilah hidangan raya Armiza Nila

Armiza Nila hanya mencatat kenangan secara ringkas saja buat sementara waktu kerana kesuntukan waktu....

Wednesday, October 31, 2007

Beraya bersama penulis veteran Sarawak

[Bersama penulis veteran Sajali Mohamad di teratak beliau di Taman Sukma]


Salam,

Alhamdulillah, raya tahun ini saya dan keluarga sempat berziarah ke rumah penulis veteran Sarawak sambil berbual tentang penulisan biarpun masanya agak terbatas.

Saya sempat berkunjung ke rumah penulis Abdillah SM di Taman Sejoli Murni. Cuma tidak sempat mengambil foto kerana begitu asyik berbual dengan beliau sekitar antalogi puisi yang beliau bakal terbitkan sendiri dan juga cerita sekitar cerpen dan lain-lain bidang sastera dan seni yang beliau ceburi.

Rasanya memang tidak cukup masa saya bersembang.

Penulis kedua ialah Sajali Mohamad. Kali pertama saya bertemu orang rumah beliau yang cukup cantik dan ramah melayan kami anak-beranak.

Wednesday, October 24, 2007

Kenangan-kenangan di Syawal

InsyaAllah, pada masa terdekat akans aya titipkan kenangan-kenangan indah Syawal 1428H.

Tak sabar rasanya cuma masa dan keadaan belum mengizinkan...

Tuesday, October 23, 2007

Di Langit Sana Api Syawal Masih Menyuluh Setia

Salam,

Sebenarnya banyak perkara tentang Syawak sudah terset di kepala saya untuk dikongsikan dengan para blogger.

Masa dan tenaga saya belum mengizinkan....

saya diserang demam selesema dan batuk kerana pekena banyak sangat air 'gas' (lemonate/soft drink) yang dihidangkan rakan2 semasa beraya di teratak mereka.

saya cukup puas beraya tahun ini. bukan saja rumah sanak saudara malah rakan2 sepejabat pun saya sempat kunjungi - rakan lama dan baru juga cukup luar biasa tahun ini beraya di gubuk saya.

saya amat terharu.

tunggulah. bila segalanya reda, saya akan melaporkan aktiviti2 itu di sini. - laman hati dan fikir saya.

Armiza Nila
Semariang Batu

Friday, October 12, 2007

Di Akhir...Ramadhan 1428H

sayu hati mengenang
kekasih yang akan pulang
dan entah kapan kan bersua
lagi seperti ini

ramadhan kali ini
penuh makna
buat seorang ibu
seorang isteri
dan seorang wanita

segala-galanya menuntut kekuatan
menguji kesabaran
antara amalan diri
dan amanah Tuhan
saling bersentuhan

ya Rabbi!
Kau berilah senafas lagi
untuk kumenghayati
makna keinsafan
yang sebenarnya
dari tahanan
sementara ini
sebelum kukecapi lagi

syahdu rindu ramadhan.

Armiza Nila
30 Ramadhan 1428H.

SETELAH ANGKA TIGAPULUHDUA




Rentetan kejadian 11 Oktober 2007 :-

Seawal Subuh
selepas Imsak Sahur ke-29 Ramadhan
: Assalamu'alaikum berkumandang
telefon bimbit di kepala

seorang teman bicara sms
: selamat ulangtahun
dan semuga sukses dalam semua bidang
dan happy rayo, maaf zahir dan batin

semalaman berjaga membakar kek
jam 9.00 malam menjangkau 3.15 pagi
tidak sedar waktu berjalan
meninggalkan angka ke tigapuluhsatu kebelakang
yang penuh kenang dan usang

malam sunyi tanpa bunyi
kuhayati kunikmati angka tigapuluhdua
dengan penuh kekuatan

suami yang jauh sengaja kuingatkan
: sayang,
hari ini hari apa?
hah...
oo....happy birthday to you....dah.

sebelum masuk waktu berbuka
Nyanyian Letto : Ruang Rindu berulang-ulang
kujawab tenang nama teman tertera di skrin hp
namun suaranya berlainan
: terus disusuli dengan nyanyian
"Selamat hari Jadi"
tiga kali ulang.

Duhai teman-teman dan orang-orang tersayang
sebak dadaku menanggung rasa
atas ingatan bermakna kalian
sehingga daku sendiri tidak
mengharapkan apa-apa
ketika detik waktu menghampirinya
genap angka ke tigapuluhdua
mengelilingi jasad seorang wanita
yang tabah menerima takdirnya
: SEADANYA.

Armiza Nila
12 Oktober 2007
[KETIKA MENGENANG 11 OKTOBER 2007 - ULANGTATUN KE-32]...dah berumur rupanya ya.....

Wednesday, October 10, 2007

Anak Rantau Dan Hari Raya




Salam,

Sedih rasanya hati saya pabila saat-saat nak menyambut raya yang tinggal 2 hari lagi, suami yang menjadi tonggak keluarga dipanggil kembali bertugas ke Sematan kerana ada lawatan Panglima.

Rumah tengah bercat - belum habis semuanya. Kek belum terbuat. Saya guna yang sedia ada saja yang sempat saya sediakan semasa cuti seminggu lepas sambil menjaga anak iaitu Biskut Popia Susu, Biskut Sugee, Biskut Bijan dan Biskut Makmor.

Saya hanya membeli sejenis kek Roll Tikar Getah dengan harga RM36.00 untuk 2 batang.

Kek untuk dua orang mertua sempat saya sediakan dan dah pun dihantar. Untuk mak sendiri, saya dan kakak Hatiah yang saya janjikan belum lagi tertunai di saat2 akhir begini. Hanya 2 malam saja lagi untuk saya sediakan semuanya.

Terasa tepatah sayap saya bila ketiadaan pembantu. Saat inilah kita menghargai kehadirannya. Saya kasihan melihat mak yang terpaksa menolong menjaga anak2 saya yang masih kecil dan "mancal" ketika saya berurusan di dapur.

Malam tadi plan nak bakar 2 biji kek tergendala kerana letih saya menunggu dan memujuk anak2 tidur lalu saya sendiri tertidur.

Tugas suami yang jauh di rantau lebih penting dari segala-galanya. Di saat saya memerlukannya, di kala itu jugalah dia terpaksa bertugas.

Saya sedih kerana setiap kali raya begitulah keadaannya. Susah betul nak dapat cuti raya. Kalau musim Cuti bangsa lain, senang saja dengarnya....suami sayalah yang menggantikan tugas mereka. Entahlah, dasar diskriminasi masih terjadi di mana-mana.

Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar.

Tinggal lagi saya nak cuci dan sterika balik baju2 Melayu suami dan anak2 yang sudah siap dijahit oleh anakbuah saya sendiri dengan nilai RM125.00 upahnya.

Nak ambil baju2 kurung saya di rumah Kak Hatiah - tak tahu pulak berapa chargenya....hampir belasan pasang ...bukan apa...kainnya orang hadiahkan semasa saya ke Lawas tahun lepas dan pemberian kawan2 juga....dan saya cuma beli sepasang saja yang sama warnanya dengan family saya.

Tahun ini tema baju raya keluarga saya - [Pink - lembut - suci - murni] : seperti kegembiraan saya menyambut kelahiran puteri kesayangan Munifah Basyirah yang dah gempal badannya yang baru berusia 5 bulan.

Buat anak2 rantau, bersabarlah dan jangan bersedih beraya di rantau orang.

Semoga bergembira bersama teman-teman.

Doaku mengiringi kalian.

Armiza Nila
Kuching
p/s.....masih bertugas sehingga 30 Ramadhan 1428H/jumaat

Tuesday, October 09, 2007

Raya Oh Raya....

Salam,

Raya o Raya...

sik lamak gik nak raya...
kamek tok gik kerja....
apa boleh buat...
kek pun sik tertunok..oven pandei rusak indah....
malam tok baruk nak molah kek lapis horlick and kek lapis evergreen...
kek mentua dua orang [Kuching and Lawas] dah siap ditunok dan dah dihantar...
dirik empun dgn mak lom gik pa2....

Raya o Raya....
sederhana ajaklah tahun tok...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin

daripada :-

Mohamad Hanapiah Baki
Maslina Mahbu
Muhammad 'Irfan Musaiyar
Muhammad Adib Nifail
Munifah Basyirah

No. 114D, Lot 34,
Kpg Semariang Batu,
Petra Jaya,
93050 Kuching,
SARAWAK

Thursday, September 27, 2007

AWAS! SINDIKET CEK RM 200,000 NOMBOR 4D WARGA ASING

salam.

kawan2 sekalian, berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya nak menolong orang yang tidak dikenali dan tamakkan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan wang ringgit, handphone mahupun barang kemas.

ini bukan sekadar cerita tapi realiti yang terjadi di kalangan rakan rapat saya sendiri.

waktu gaji adalah masa yang paling tepat dan sesuai sindiket ini melakukan penipuan kepada mereka yang terkena pukauannya.

sebelum ini orang ramai termasuk saya tidak sedar kejadian ini sudah diterbitkan di surat khabar tempatan.

setelah membuat laporan polis di Balai Polis Central, kawan saya itu ditanya pula dengan soalan yang begitu ajaib .... :

"kamu nak buat apa dengan laporan ini"? tanya polis.

kawan saya mulanya terkejut lalu menjawab, "nak disiasatlah".

"kamu berdua sedar tak kamu kena tipu," kata polis lagi.

"kalau kami sedar, kami tak kan kena tipu, " jawab kawan saya lagi.

"baiklah. kejadian yang serupa sudah banyak kami terima laporannya. kamu datang esok pagi ke Balai Polis Sungai Maong untuk mengecam wajah suspek,"jawab polis akhirnya.

sebelum kejadian, rakan saya tadi, baru saja mengeluarkan wang gajinya berjumlah RM900.00 untuk membayar ansuran skooternya dan sebagainya.

semasa mencari pen handphonennya di Tabuan itulah tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga asing yang bertanya di mana mahu mengcashkan cek nombor 4D nya berjumlah RM200,000.00.

mereka menjawab Money Changer kerana mengingatkan lelaki itu mahu menukar wang asingnya.

namun lelaki warga asing itu, sekali lagi memberitahu bahawa cek berkenan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun dan untuk membuka akaun memerlukan wang RM5000.00.

lelaki itu meminta tolong kawan saya untuk membuka akaun atas namanya dan berjanji akan memberikan RM1,000.00 seorang.

sekali lagi lelaki itu meminta tolong rakan saya masuk ke kereta Kenari dua rakannya yang lain untuk berbincang. Katanya dia tiada wang yang mencukupi untuk membuka akaun. dia meminta tolong kawan saya menggunakan wangnya dahulu berjumlah RM920.00 itu, handphonenya, dan rantai dan cincin emas kawannya untuk dicagarkan kepada bank bagi membuka akaun. dan wang hadiah akan ditambah ke RM10,000.00 seorang.

tanpa berfikir panjang, kawan saya itu memasukkan wangnya, handphone dan barang kemas mereka ke dalam beg plastik hitam.

lelaki itu pun keluar kereta setelah mendapat wang dan barang2 dan menuju ke bank berdekatan Sarawak Plaza dan berjanji akan memanggil rakan saya itu sekiranya semuanya selesai.

kemudian mereka berdua diarahkan keluar dari kereta dan menurut saja. mereka pun ke bank yang dimaksudkan setelah begitu lama menunggu kelibat lelaki itu keluar bank lalu bertanya dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

alangkah hampanya jawab pengawal itu, kelibat lelaki itu tidak ada masuk bank. lalu memberitahu sebentar tadi seorang perempuan cina telah terpedaya RM100,000.00 dengan kes yang sama selesai saja mengeluarkan simpanannya yang dijanjikan akan digandakan.

mereka berdua pun berjalan sekitar kawasan bank mencari kelibat lelaki itu dan dua lelaki lain dalam Kenari namun hampa kerana ketiga-tiganya hilang dari pandangan.

setelah itulah baru rakan saya sedar mereka telah ditipu dan nasib baiklah rakan lelaki tadi mengembalikan wang RM20.00 kepadanya untuk tambang bas bagi mengambil skooternya yang ditinggalkan di Tabuan.

bila sedar, rakan saya itu memberitahu dia menurut saja kemahuan lelaki asing itu seperti kena pukau.

maka, mesej kisah ini, jadikanlah pengajaran buat rakan2.....

janganlah tamakkan wang yang belum tentu pasti.

wang banyak takkan jatuh dari langit dan mudah saja kita mendapatkannya.

tanpa usaha sendiri yang gigih, tidak mungkin kita kaya dan punya banyak wang.

semoga entri saya kali ini dapat membantu rakan2 lain untuk lebih berhati-hati di jalan raya....

Armiza Nila
Kuching

Monday, September 24, 2007

Setelah 12 Ramadhan...

pemanis mulut.....emmmmm...dapnya....
kurma pembuka sungkei..


Salam...

hari ini genap 12 hari Ramadhan telah ditempuhi.

bagi keluarga saya, amalan berbuka di rumah keluarga secara bergilir2 sudah semacam sebati bagi mengeratkan silaturrahim.

saya memang seringkali berbuka puasa di rumah emak kerana seorang diri saja berbuka terasa amat sebak rasanya.

mula2 Kak Tie menjemput kami berbuka di rumahnya.

Sabtu lepas, Kak Eyah berbuka di rumah mak lalu bermalam untuk bersahur bersama mak.

Ahad, malam tadi, kak Tie sekeluarga pula berbuka di rumah mak.

begitu meriah sekali majlis berbuka kami. Kami makan di lantai berlapikkan kain seperah yang panjang. pelbagai lauk juadah disediakan kakak dan saya.

ada rendang ayam, ayam panggang, ayam masak kicap, sayur lobak putih masak santan, keropok lekor, cha koi, air tebu, air barley, air durian belanda, air selasih, milo peng dan air nescafe serta kuih-muih.

kebetulan Abg Pit menghantar anaknya Aqil balik dari Telaga Air lalu makan sungkei bersama. riuh-rendah keadaan rumah mak.

anak-anak kak Tie dan anak-anak saya turut gembira. selepas bersungkei anak2 membeli bunga api dan mercun bawang untuk bermain. Si Adib berani bermain bunga api. Manakala Si Irfan takut pula dengan percikan bunga api.

InsyaAllah, Sabtu ini, saya pula akan mengadakan rumah terbuka berbuka puasa untuk keluarga saya saja...hehehe...dan plan nak masak Rendang Ayam Tua - sedap.........

Armiza Nila
Semariang Batu

Friday, September 21, 2007

Kes Nurin Jazlin Jazimin

Salam,

Membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian pagi ini, saya cukup terharu bila menatap wajah kanak-kanak perempuan yang disahkan melalui DNA, mayat Nurun Jazlin Jazimin yang hilang hampir sebulan.

DNA yang dilakukan kali kedua hari ini akan mengesahkan lagi mayat berkenaan. Kita tunggu dan lihat keputusannya.

Saya menulis entri ini untuk menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Jazimin dan Norazian. Jika benar mayat tersebut Nurin Jazlin, semoga keluarganya tabah menerima dugaan dan takdir Illahi.

Kes penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa zaman ini, haruslah dibendung bukan sahaja oleh ibubapa malahan seluruh masyarakat - pihak berkuasa, jiran tetangga, sanak-saudara atau sesiapa saja agar lebih prihatin bila melihat anak-anak kecil yang merayau seorang diri di jalan raya atau di mana sahaja.

Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat penyayang dan prihatinnya insyaAllah akan membantu mengurangkan kes-kes seumpama ini.

Kita hanya mampu berkata-kata namun ibubapa Nurin Jazlin amat berat untuk menerima hakikatnya.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Dan semoga penjenayah yang melakukan perbuatan itu akan menerima balasan setimpal daripada Allah dan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Armiza Nila
Kuching

Thursday, September 20, 2007

Sebuah Puisi Armiza Nila - Mutiara Jiwa Bonda





Mutiara Jiwa Bonda

dari segumpal darah
membentuk seketul daging
lalu bernyawa
diselaput air ketuban
lindungmu dari segala marabahaya

dalam kandung
kau memeluk erat tubuhmu sekujur
menumpang hidup dari nyawa bonda

: mutiara jiwa

lahirmu
memecah sunyi malam
beburung berkicau di dahan
tempat sarang : berzikir
saat menyaksikan
kehadiran khalifah bumi
melakar dunia

mutiara jiwa bonda

ada mu sesempurna segala
sucimu bak salju
penyejuk jiwa
penenang resah

tak seharusnya kau dianiaya
oleh rakus nafsu amarah
yang melanda
jiwa yang telah bersenyawa denganmu

kau harta paling bernilai
dalam hidup bonda
tiada yang lain setandingmu

kau menyingkap tabir fikir bonda
jadi matang dan jauh
mentafsir olah dan lakumu
yang pelbagai

mutiara jiwa bonda

kaulah warna-warni
menghias taman nurani bonda.

Armiza Nila
20 September 2007/ 8 Ramadhan 1428H
Semariang Batu

Aduhai Mutiara Hati




Salam,

Membesar dan mendidik anak-anak bukan sekadar menyebut manis di hujung bibir.

Kekadang olah anak-anak yang berlebihan lebih-lebih lagi anak-anak yang baru tahu luasnya alam kanak-kanak mereka - yang tidak pernah memikirkan kerisauan orang tuanya, begitu mencabar kesabaran sang ibu. Anak-anak hanya tahu bermain tanpa memikirkan risikonya.

Saya sendiri seringkali kalah oleh kemarahan yang berkecamuk dalam hati dan fikiran bila berdepan dengan anak-anak yang bermasalah - terlalu agresif.

Astaghfirullahaladzhim. Saya tidak sedar apa yang telah saya lakukan. Saya tidak sanggup menyakiti anak-anak sendiri kerana kalah oleh nafsu kemarahan.

Kepada pembaca di luar sana - saya mohon petunjuk dan nasihat yang berguna - bagaimana membentuk akhlak yang baik anak-anak sedari mereka kecil lagi.

Mungkin kalian yang bergelar ibu-ibu yang mantap bisa membantu saya dalam hal ini.

Aduhai mutiara hatiku - mama sedar, kau dilahirkan untuk diamanahkan kepadaku menjagamu sebaik mungkin.

Sekali mama lalai - selamanya mama menyesal.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan meningkatkan keimanan saya dalam menanggapi karenah anak-anak yang kian membesar.

Insan lemah lagi kamil,

Armiza Nila
Semariang Batu, Kuching

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan Dan Driving....

'Irfan Musaiyar driving dalam Semariang Choice Supermall...hehehe..


Salam,

Hmmmm, ketika berpuasa pada awal Minggu Ramadhan nak memandu kereta pun agak malas rasanya. Bukan apa, saya rasa agak kurang bermaya bila asyik mengadap PC hampir 8 jam sehari. Keletihannya agak ketara - ya mungkin juga kurang bergerak.

Bila suami tak ada di sisi - yang selalunya jadi sandaran, saya seperti patah sayap. Nak terbang ke mana-mana agak terbatas.

Bukan saya saja, rakan2 lain pun mengadu serupa. Rasa mual pun ada ketika memandu di jalan raya.

Jam 4.30 petang keluar dari pejabat - jalan pulang yang agak sesak [ingatkan bila balik awal, jalan clear sikit tapi sebaliknya] bila orang ramai berpusu2 ke bazaar Ramadhan di Taman Sukma [ di bawah sikit sebelah bangunan pejabat saya ]. Nak keluar simpang pun kena minta ihsan pemandu, barulah boleh lepas.

Ya Allah! Semoga Kau beri kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu yang dhaif ini. Amin. Dan selamatlah hendaknya dari segala marabahaya. Na'uzubillahiminzhalik.

Monday, September 17, 2007

Pelbagai Aktiviti Di Hujung Minggu Pertama Ramadhan 1428H











Menunggu Majlis Berbuka Dengan Tenang





Salam,

Alhamdulillah. Hujung minggu pertama Ramadhan saya penuh dengan aktiviti yang berfaedah bagi menjana pendapatan sampingan.

Sabtu - 15 September = 3 Ramadhan.
Saya hadir atas jemputan Mardiana Bonie - Ruby Manager DCL ke Majlis Perasmian Pusat Servis DCL di Taman Herritage yang dirasmikan oleh YB Hj Bolhassan Hj Di disusuli dengan acara Berbuka Puasa.

Jam 5.00 petang saya bergegas ke sana dengan dihantar suami. Mulanya seorang diri kerana tak kenal sesiapa. Akhirnya Nurul dan Yana menyapa lalu duduk semeja. Sekejap kemudian Mardiana serta suami dan anak2 turut serta duduk semeja.

Rezeki - DCL berikan beg kertas seperti di atas bersama air OXI-PI, Red Guara Cafe dan Serbuk Pencuci Pakaian.

Saya suka ke majlis begini untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

Ahad - 16 September = 4 Ramadhan

Jam 10.00 pagi saya dihantar suami ke rumah Manager Tupperware Upline saya yang cukup aktif dan membanggakan - Kak Dayang Rita Awang Razalee di kuarters kakitangan Masjid Jamek.

Saya bertuah kerana menerima 6 buah hamper berupa Tupperware kecil2 yang comel. Kak Dayang mengadakan cabutan bertuah untuk menaikkan semangat para downlinenya...

Saya gembira dan bersemangat dalam bidang perniagaan ini.

Atas sokongan suami dan anak2, saya harap boleh berjaya dalam hidup dan kerjaya di hujung minggu.

p/s....majlis Home Party Tupperware lupa ambil gambar....


Armiza Nila
Semariang Batu
17 September 2007

Friday, September 14, 2007

Tentang Kuching - dalam bahasa English

Ihsan dari Air Asia...

untuk teman2, Air Asia ada promosi tambang murah dari Kuching/Kota Kinabalu/KL ke destinasi2 terpilih....

jomlah ikut saya melancong tahun depan - 2008.

booking dari 11/9 hingga 16/907 sahaja..

jom...cepat...jgn lepaskan peluang keemasan ini...

Armiza Nila - Kuching...

Kuching




Honeymooners, lovebirds and curious travellers - Kuching is your destination! With a beautiful waterfront along the Sarawak River, carefully restored colonial buildings and well-maintained parks, Kuching is one of the most romantic cities in Malaysia. The capital of Sarawak is entrance to ethnical Borneo.

something about Kuching
It’s impossible to avoid them! Cats’ statues and t-shirts are on display all over Kuching! It’s no wonder; kuching means cat in Bahasa Malaysia. You will not see many of these felines walking the capitsomething about Kuchingal of Sarawak, though.

According to historians, the word kuching has no relations with cat.Experts say it originates from a Chinese word that means harbour (kochin), or after the mata kuching, a type of fruit in the lychee family.

With or without cats, Kuching is one of the most delightful cities in Malaysia, and probably the most romantic.






Stroll along the waterfront to soak in the serenity. Along the Sarawak River, small Chinese shophouses, home of many handicraft galleries, are fringed by beautiful gardens. On the river, small sampan and boats cross to the other side where forests abound.

The other side of the bank lies the “noble area” of Kuching - Fort Margarita, a legacy of the White Raja, Charles Brooke, as well as the Astana, a palace of which is the official residence of Sarawak’s Head of State - dominate wooden houses.

The Brooke family who ruled Sarawak for over a hundred years, left a considerable legacy : the classic post office, the court house, the square tower and the Sarawak Museum are treasured architectures of a bygone era. British influence is most noticeable behind the Sarawak Museum. The previous cemetery is, today, a beautiful garden.

With flowers, large trees, wooden pavilions and a Victorian aquarium, it is romantic England nestled in Borneo. Sunsets at the Kuching River are also quite a spectacle. Walk along the waterfront and observe the many faces of Borneo - Chinese, Malay, Iban, Melanau or Bidayu - they all live united and enjoy a peaceful life in this romantic city, an euphoria you will certainly appreciate.


of Attractions
the waterfront
  • monuments, open-air cafes and beautiful gardens
  • climb the highest tower along the river and enjoy the magnificent view of the waterfront
  • ride across the river on the sampan or ferry with a tambang (fee)

    the Sarawak Museum
  • discover the fauna and flora of Sarawak as well as the State’s 26 officially recorded ethics
  • don’t forget the English garden in the backyard

    the Cat Museum
  • features types of cats in the world
  • not the most interesting museum in the world but one of the most intriguing

    of entertainment
    Youngsters like to hang around the open cafes along the Sarawak River until late in the evening. Night owls can meet at the surrounding area of the cats' column at the corner of Jalan Thian Cheok and Jalan Padugan. Soho Pub, Denise Wine Bar and the Grappa are several trendy bars in this area. One of the most popular discos is Tribes at the Holiday Inn.
    of food & drinks
    It would be an insult to be in Kuching without trying the local specialty - Sarawak Laksa. Numerous places serve it. Many open-air eateries can be found at the top or bottom of car parks. Do not feel too strangely about this rather odd choice of location. One of the freshest seafood is served at Top Spot Food Court, Jalan Bukit Mata. The Chinese Food Centre on Jalan Carpenter serves some of the best prawns in town.
    of shopping
    Kuching is a paradise of ethnic handicrafts. Galleries and shops follow each other along Jalan Main Bazaar. The Ibans are famous for their ikan (fish) as well as baskets and rattan objects; Orang Ulu for their intricate wooden sculptures. The more recent galleries mix traditional motives and contemporary designs. Other popular souvenirs include pottery, exotic plants and pepper.




  • beyond Kuching
    Kuching boasts endless natural beauties. Forty minutes from the capital, visitors can enjoy the fine beaches of luxurious resorts in Damai, play golf, trek in the rainforest or visit the Sarawak Cultural Village, an open-air museum that recreates the Sarawakian ethnic way of life.

    Orang utan lovers should not miss the Semengoh Rehabilitation Centre, close to the airport. Located 80 minutes from Kuching, Bako National Park is an excellent introduction to the wildlife and flora of the rainforest of Sarawak.

    If you have more time, why not spend a day with the Ibans? Tour operators organise visits to their homes and extend an opportunity to enjoy Iban hospitality, that includes spending the night in the traditional wooden longhouse.


    pictures courtesy of: