Wednesday, January 03, 2007

Selamat Ulang Tahun Pertama


4 Januari 2007 - hari ini maka genaplah satu tahun usia penghasilan/kelahiran blog saya "Basah Dalam Setitik Nila" dalam dunia maya tanpa sempadan ini.

Saya melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana akhirnya usia setahun telah mematangkan penulisan saya dalam gaya blog ini.

Walaupun saya bermula dengan kepayahan dan kecelaruan, sedikit-sedikit saya bisa mengorak langkah nyaman sehingga boleh berinteraksi dengan para blogger lain yang banyak memberi komen membina terhadap pengkaryaan blog saya.

Tahun baru 2007 diharap memberi sinar yang lebih cerah dan ceria dalam penghasilan karya saya baik di dunia maya mahupun di alam nyata. Ternyata gugahan-gugahan yang mendatangi diari hidup saya menjadi semangat bahang dalam memperkembangkan pemikiran untuk membentuk kendirian yang sebenar.

-Ulangtahun Pertama Blog Basah Dalam Setitik Nila "Armiza Nila"-
(4 Januari 2007)