Tetiba aku teringat pada arwah nenda. Sejak kecil aku begitu rapat dengan beliau Allahyarhamah Raa'bah Haji Lias. Al-Fatihah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya di alam bazakh. Aku menitiskan airmata lalu tersendu-sendu. Anak-anakku Salehuddin dan Munifah menegurku kenapa menangis dan mereka turut menangis. "Mama, jangan nangis dan jangan mati. Kami sayang mama," tutur anak-anak dengan jujur.
Sudah beberapa tahun arwah nenda meninggalkanku pergi. Dia sering menjengukku dalam mimpi. Ini kerana aku terlalu merinduinya dan pernah rapat dengannya. Teringat aku sejak kecil lagi semasa berusia delapan tahun hingga tujuh belas tahun, aku cukup gemar mengikut nenda pulang ke kampung halamannya di Kpg Tambey, Kota Samarahan.
Semasa berusia delapan tahun itu, aku dan nenda menumpang bot ekspress kecil yang begitu unik kukira. Ia kecil sahaja, berbumbung, berdinding penuh dan mempunyai tingkap yang kecil-kecil juga. Entah aku ketika itu yang gemar dengan pengangkutan air sangat teruja bila dapat menaiki bot ekspress yang unik itu. Aku cuba mengembalikan ingatan pada zaman kanak-kanakku.
bersambung......
2 Julai 2013
Pemikiran Telus
15 years ago