Tuesday, August 09, 2011

Syukran ya Illahi

Syukur teramat dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih diberi kesempatan sehingga kembali menulis di sini. Setiap nafas dan denyut nadi yang dianugerahkan sehingga saat ini amatlah berharga bagi insan dhaif ini. Saya amat gembira kerana dapat bertemu Ramadhan untuk kesekian kalinya di mana bulan penuh barakah, bulan rezeki bulan untuk memperbanyakkan amalan wajib dan sunat, bulan kegembiraan, bulan berkumpul, bulan penuh kesyukuran datang lagi.

Saya telah banyak mengalami peristiwa-peristiwa yang hampir memusnahkan hidup saya tetapi semua itu adalah ujian Allah. Terima kasih atas sokongan suami, anak-anak, ibubapa, adik-beradik, keluarga, saudara-mara, sepupu dan rakan taulan, sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan hidup saya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Allah yang mendatangkan kesakitan dan Allah jualah yang memberi kesembuhan.

Bulan puasa bulan di mana, keluarga saya sering berkumpul untuk makan bersama sewaktu bersungkei (berbuka) dan bersahur. Terharu saya melihat telatah anak-anak yang masih kecil dan meningkat besar berebut-rebut dengan juadah yang bermacam-macam dari lauk ke kuih dan bermacam rasa dan warna air minuman. Jika bulan lain jarang kita makan bersama kerana kesibukan tugas masing-masing. Saya amat gembira melihat anak-anak makan dengan penuh selera dengan rezeki yang datang tanpa disangka-sangka disedekahkan oleh jiran-jiran terdekat.

Ya Allah! Rezeki yang Engkau berikan tiada siapa yang mengetahuinya. Kami bersyukur ya Allah kerana Engkau sentiasa memudahkan urusan kami.

Tuesday, August 02, 2011

Salam Ingatan sempena Ramadhan al-Mubarak 1432H

Salam...Nama saya Syaa'ban...Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar....Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan..Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.. Hargai mereka dan akan mendapat pahala yang berlipat ganda ..insyaAllah..

p/s...tercuit hati saya dengan sms ringkas padat lagi menarik ini. Mudahan dapat dikongsikan bersama.