Friday, October 12, 2007

SETELAH ANGKA TIGAPULUHDUA




Rentetan kejadian 11 Oktober 2007 :-

Seawal Subuh
selepas Imsak Sahur ke-29 Ramadhan
: Assalamu'alaikum berkumandang
telefon bimbit di kepala

seorang teman bicara sms
: selamat ulangtahun
dan semuga sukses dalam semua bidang
dan happy rayo, maaf zahir dan batin

semalaman berjaga membakar kek
jam 9.00 malam menjangkau 3.15 pagi
tidak sedar waktu berjalan
meninggalkan angka ke tigapuluhsatu kebelakang
yang penuh kenang dan usang

malam sunyi tanpa bunyi
kuhayati kunikmati angka tigapuluhdua
dengan penuh kekuatan

suami yang jauh sengaja kuingatkan
: sayang,
hari ini hari apa?
hah...
oo....happy birthday to you....dah.

sebelum masuk waktu berbuka
Nyanyian Letto : Ruang Rindu berulang-ulang
kujawab tenang nama teman tertera di skrin hp
namun suaranya berlainan
: terus disusuli dengan nyanyian
"Selamat hari Jadi"
tiga kali ulang.

Duhai teman-teman dan orang-orang tersayang
sebak dadaku menanggung rasa
atas ingatan bermakna kalian
sehingga daku sendiri tidak
mengharapkan apa-apa
ketika detik waktu menghampirinya
genap angka ke tigapuluhdua
mengelilingi jasad seorang wanita
yang tabah menerima takdirnya
: SEADANYA.

Armiza Nila
12 Oktober 2007
[KETIKA MENGENANG 11 OKTOBER 2007 - ULANGTATUN KE-32]...dah berumur rupanya ya.....

2 comments:

pharmy53 said...

Selamat hari lahir buat Miza. Moga pertambahan usia diirngi pertambahan pengalaman yang akan menghasilkan puisi-puisi yang akan memberi impak mendalam kepada masyarakat dan bangsa .
Salam hormat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Terima kasih bang Pharo.

InsyaAllah bakat dan naluri kuat saya terhadap puisi akan menjadi salah satu faktor menyumbang kejayaan dalam diri insan yang lemah ini.

Doakanlah usia kita lanjut dengan keberhasilan yang boleh dikongsi bersama dengan insan lain. Amin