Friday, November 23, 2007

Keinsafan terdetik lagi...

hari ini saya tidak pulang semasa lunch time yang panjang [11.45 pagi - 2.15 petang]. Saya menghabiskan masa dengan melayari blog penulis Travelog Haji - Profesor Tuan Haji Muhd Kamil Ibrahim. Saya terjumpa blog beliau di blog Jiwa Rasa seperti di bawah :-

http://muhdkamil.net/mystory

sekitar pembacaan saya dari satu psoting ke satu posting, keinsafan menyelinap di jiwa hamba yang jahil ini. Tuan Haji Muhd Kamil begitu jujur dengan apa yang ditulisnya.

Bagi sesiapa yang terluang, cubalah melayarinya bersama saya mencari waima sedikit keinsafan dan kesedaran dalam menambah ilmu mendekatkan diri kepada-Nya biar secara berdikit-dikit, insyaAllah...

3 comments:

mki said...

Salam sejahtera
Puan Maslina,

Saya doakan puan dan keluarga dilindungi Allah. Semoga segala cita-cita dimakbulnya.

mki

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat.

Sdra mki, terima kasih atas doa anda. Selamat berkunjung....

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat buat [mki]....yang rupanya Profesor Muhd Kamil Ibrahim....

Prof, saya berbesar hati kerana Prof sudi berkunjung ke blog kecil saya ini.

Dan mudah-mudahan doa Prof sampai untuk kesejahteraan keluarga saya.

Dan maafkan saya kerana tidak menyedari nama singkatan Prof yang pada mulanya saya terfikir2 juga apa nama di sebalik mki itu dan ternyata naluri saya benar....

Saya juga nak pesan Travelog Haji itu nanti...setelah membaca pelbagai ulasan tentangnya yang cukup menarik..

Salam ukhuwah daripada saya