Thursday, January 19, 2006

PAUT


PAUT
sudah sekian lama
ia paut diri
dalam cahaya
dari lorong gelap suasana
rehat panjang
sudah tiada mesra
cukup seadanya
masa berlari sepantas kilat di langit
mencuri detik-detik hangat asmara
kini
redha jadi intim
erat paut dalam segumpal
hati
berbentuk cinta
aku tak tertipu lagi
oleh dunia fatamorgana
paut pada dahan
lekap di jiwa ini!
sebuahpuisijiwawatan armizanila
19 Jan 06

2 comments:

zacharia abdulmanan said...

Saya terPAUT dengan puisijiwa dari Miza ini. Semakin jelas jiwanya.

Armiza Nila @ Maslina Mahbu said...

terima kasih Zach. Aku semakin mengerti bahawa basuhan jiwa ini akan menampakkan keberhasilan pada diri empunya badan.