Thursday, March 16, 2006

Membaca

Hari ini saya sempat membaca artikel oleh penulis Indonesia sdra Labibah Zain yang menetap di Montreal. Pencarian saya asal dari kata Karya telah menemukan saya dengan penulis ini. Dan sungguh enak menatap dan membaca tulisan2 beliau yang belum pun sempat saya habiskan satu-persatu. Saya jadi kagum dan ini sudah pastinya kerapkali menaikkan semangat saya untuk berkarya melalui blog biarpun bermula sedari kecil-kecilan.

Yah! Saya akui penulis Indonesia walaupun di mana berada tetap kuat KeIndonesiannya. Saya kepingin sekali seaktif beliau. Pun begitu masa pengkaryaan saya lebih tertumpu mengharapkan internet di pejabat. Memang agak terbatas dan saya rasa tidak salah saya menggunakan sedikit kemudahan ini untuk mencambah fikiran di samping akan melahirkan pekerja (saya) yang banyak pengetahuannya...hihihi....Apapun saya menghargai sedikit-sedikit waktu yang ada di pejabat .... mencuri jam (jahatnya) saya untuk membersih sukma hati dan fikiran ini dengan berkarya dan terima kasih atas yang berwajib!

Membaca amalan mulia. Saya juga akan sentiasa menggalakkan anak2 untuk terus minat membaca kerana waktu yang kita ada sebenarnya semakin singkat untuk kita sempurnakan kehidupan kita.

oleh : Armiza Nila
16 Mac 2006

5 comments:

zacharia abdulmanan said...

teruslah bergulat dengan sastera internasional, dong ! saya yakin ia akan membuka tingkap yang SATU LAGI.

mohd.fadillah ibrahim said...

aku bukan peminat sastera tapi but i love reading something anything termasuk papan iklan and label tin atau apa-apa sahaja niceto know someone yang masih mengekalkan warisan bangsa dan ketamaddunan manusia yang tidak ternilai oleh kredit kad dan whateverthing....

mohd.fadillah ibrahim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Labibah said...

Hi Amriza,
nice to know you. I am glad you like my blog. Your blog is inspiring too. keep up the good work!

http://serambirumahkita.blogspot.com
http://tulisan-sadja.blogspot.com

Armiza Nila @ Maslina Mahbu said...

Zach!

dorongan yang tak berhabisan pastinya bakal membuahkan kejayaan buatku dan sastera kita sastera Sarawak!

Mohd. Fadillah ibrahim!

Apapun, dalam melayari kehidupan yang serba moden dan maju ini, warisan bangsa jangalah dilenyapkan dari lelangit jiwa. Tebalkan semangat bangsa kita walau di mana berada.

Labibah!

Saya masih cuba menghabiskan blog2 dan homepage anda kerana terlalu banyak ilmu yang bakal saya kutip untuk terus hidup dalam dunia pengkaryaan ini. saya percaya saya tidak seorang!