Tanggal 19 April 2006, jam 2.45 petang, aku menerima panggilan Sa yg dalam perjalanan ke Sibu berkereta bersama suami dan anak2. Belum sempat berkata, tangisan terlebih dahulu mengiringi suaranya..."Kak Mas, mak kamek dah sik ada," bicaranya sendu. Aku terkedu sembari menangis hiba. Berita kematian ibu Sa aku sebarkan kepada teman2 di pejabat. Semua bagaikan tak percaya. Sa kehilangan ibu yang masih kukira muda (lingkungan 40-an). Dia lantas memikirkan adik-adiknya yang masih kecil dan bersekolah...
Aku terketar2 memikirkan keadaan ibu di rumah. Dalam usia 60-an ibu masih mahu menjaga anak-anakku. Baru minggu ini aku mendengar nafas lega ibu kerana aku sudah ada pembantu rumah. "Adalah kurang sikit kepak emak,"katanya. Aku tersedu lagi memikirkan betapa besar pengorbanan ibu. Dan .... bagaimanakah jika nasib Sa menimpaku. Astaghfirullahaladzhim...Al-Fatihah buat Allahyarhamah ibu Sa...
Bahawa kematian itu datang tanpa sesiapa pun menyedarinya. Tanpa memberi isyarat apa pun. Sudah tiba masanya, kita tetap kembali padaNya tanpa kurang walau sesaat pun. Semakin meningkat usia, serasa semakin dekat mampir padaNya. Semoga kita sama2 banyak2kan bekalan ke kampung abadi. Amin...
Armiza Nila
POLIKU
19 April 2006
3.36 pm
Pemikiran Telus
15 years ago
5 comments:
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali
setakat 24 April 2006, saya menerima 4 berita kematian berturut-turut dari 18 April 2006. Kematian keluarga teman2 rapat. Saya seperti terduga sembari terkedu. Terkenang nenek di Kampung Tambay yang usianya sudah 101 tahun tapi masih segar sehingga saat ini. Inilah yang dikatakan ajal dan maut di tangan Allah!
armiza!
duka cita yang mendalam untuk ibu nya Sa. Semoga di beri kebahagiaan di alam sana. semoga sa juga diberi jalan krmuduhan untuk menghidupi adik2nya.
turut senang pula amriza suda ada pembantu. semoga beban semakin ringan dan semakin sering berkarya
http://serambirumahkita.blogspot.com
Ibah!
ya...saya merindui tulisan darimu... gembira hatiku kala ini...
sudah ada pembantu...ya..kurang sikit bebannya Bah...cuma perlu didikan juga kerana dia mengasuh anak kita....saya cemburu bila anak rapat dengan pembantu. Apapun saya takkan biarkan anak2 di tangan pengasuh.
berkarya...selagi ada ruang kosong saya cuba membolosinya..dan di rumah sayangnya saya tidak melanggan internet...insyaAllah..akan tiba juga...
mulanya...memang saya mau tumpukan masa untuk belajar kerana ujian PTK masih belum mencapai Aras 4 (terbaik). 3 kali duduk masih dapat Aras 3. Agaknya 4 kali duduk baru dapat Aras 4. Doakan saya berjaya ya bah..dan tak lupa untuk terus berkarya....
Post a Comment