Wednesday, September 06, 2006

Hari Lahir Pertama Muhammad Adib Nifail

Malam tadi, 5 September 2006, hari lahir yang pertama Muhammad Adib Nifail disambut lewat 5 hari yang sepatutnya jatuh pada 01 September 2006. Ketika itu, mama masih pergi berjuang di medan rasa dan jiwa sebagai orang awam yang dilatih tentera. Ciuman mama sampai ke wajah mungil Adib tepat 02 September 2006 sebaik saja latihan khemah tahunan tamat. Kebenaran pulang awal ke tempat masing-masing diberikan kepada anggota yang bertugas dengan kerajaan/swasta pada Isnin - 4 September 2006.

Petang semalam, mama ditemani anak2 buah memasak ala kadar untuk jemputan di kalangan adik-beradik dan anak2 buah sendiri sahaja. Sambutan kecil2an untuk memeriahkan hari lahir Adib yang petah 'kelaka ulat'. Perkembangan anak ini cukup berbeza daripada kakandanya 'Irfan. Adib sudah bisa berjalan dalam usia genap 11 bulan dan mula bertutur pelat dalam tempoh menjangkau 12 bulan. Kini Adib sudah bisa berlari kencang dan berani naik 'kuda rotan' sendiri2 dengan tangkasnya menghayun kaki dan tangan menghenjutkan badan dan kepala 'kuda rotan'. Happynya Adib tanpa risau atau memperdulikan keresahan dan kegusaran mama lantaran kelincahan sikapnya.

Adib batuk sembari muntah2 dalam tidur selepas acara ulangtahunnya sekitar 11 malam. Saya cukup bingung dengan kesihatannya. Tapi kata orangtua, "aik mansang" - tahunnya berubah - itulah sebabnya hormon Adib bertukar sering demam2. Pagi ini Adib dibawa ke klinik atas temujanji di KIAMJ untuk suntikan MMR genap 1 tahun. Sekali sahaja tangisan Adib kedengaran. Ternyata Adib anak yang tabah dan kuat. Hakikatnya mama lahirkan Adib dalam keadaan cukup menakutkan sehingga pernah terasa fobia mahu melahirkan. Tapi kemanjaan, kemesraan dan keberanian yang ditonjolkan Adib membuatkan mama berubah fikiran dan insyaAllah akan menambah saham...

Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki dan pertingkatkan kepintaran Muhammad Adib Nifail untuk menjadi mukmin yang berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara Islam.

Armiza Nila
Kg Semariang Batu
6 Sep 2006

2 comments:

Penabahari said...

Sampaikan tahniahku buat sikecil Muhammad Adib Nifail. Dewasa kelak menjadi warga berguna dibanggai bangsa.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Bang Pharo! InsyaAllah anak-anak saya menjadi kebanggaan suatu hari nanti. Muhammad bermaksud Yang Terpuji, Adib (dalam bahasa Arab) bermaksud Sasterawan (dalam bahasa Melayu) dan Nifail bermaksud Pemberian. Kesimpulannya "Sasterawan Yang Terpuji Yang Banyak Memberi"...

begitulah hendaknya nama anak dilakarkan mohon sejajar dengan perilaku dan kejayaannya pada masa akan datang.

Armiza Nila