Friday, January 05, 2007

Hujan akhirnya cerah

Beberapa hari di Kuching hujan turun tak henti-hentinya. Pakaian saya dan anak-anak sembab dan terpaksa disterika untuk mengeringkannya. Memandu di jalanraya yang basah dan licin, saya cukup berhati-hati. Lambat-lambat asal selamat. Keadaan mendung yang hampir gelap menyukarkan pandangan mata saya yang sememangnya rabun biarpun dibantu kacamata dan lampu kereta. Dalam berat saya sampai juga ke rumah.

Alhamdulillah, petang ini hujan beransur reda. Matari tanpa segan silu menyilau sinarnya. Memberi harapan baru kepada semua orang.

Saya bersyukur kerana hujung minggu anaksaudara lelaki [Zulfidzi] akan melangsungkan majlis perkahwinannya di Kpg Sinar Budi. Segala urusan masak-memasak diserahkan kepada keluarga kami [ayah dan abang2 serta ipar duai] di Kpg Semariang Batu.

Dengan teduhnya hujan dan cerahnya matari, insyaAllah kerja-kerja memasak akan berjalan dengan lancar dan majlis pun akan turut bahagia.

Armiza Nila

2 comments:

penabahari said...

Famili Armiza buat business catering? Gunakan blog untuk iklan.Pamerkan foto yg menarik utk makluman.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Tidak bang. Kami bukan buat catering luar. Cuma catering keluarga sendiri saja. Sebenarnya keluarga kami besar terdiri daripada 12 orang adik-beradik dan 45 orang cucu serta 1 orang cicit dari seorang ibu dan seorang bapa.

Bila kenduri-kendara sudah menjadi kebiasaan keluarga kami akan bergotong-royong menyiapkan majlis perkahwinan. Kami bermesyuarat dan bermuzakarah mengambil kata putus yang terbaik bagi meringankan beban adik-beradik dan keluarga menampung keperluan perbelanjaan perkahwinan yang bukan sedikit (makan ribu juga).Alhamdulillah, majlis anaksaudara (anak kakak kedua - Madiah) berjalan lancar dengan menyediakan 230 seperah untuk jemputan 920 orang atau hampir 1000 orang termasuk keluarga sendiri.

Kerjasama adik-beradik memang bermanfaat dan akan datang majlis seumpama ini akan menjadi adat dan tradisi di kalangan keluarga Armiza, insyaAllah.