Thursday, July 12, 2007

Anak-anak = klinik

anak-anak kecil = klinik memang tidak bisa dipisahkan.

sewaktu sihat, sewaktu sakit adalah = .

hari ini, saya tidak pulang utk lunch time.
saya berasa letih untuk ulang-alik sehingga lebih 4 kali.
saya memutuskan utk berehat di pejabat saja tengahari ini.

Ini kerana pagi ini, saya memandu sendiri ditemani Andak dan Isda membawa Adib dan Munifah ke klinik. Munifah check timbang dan injetion 2 bulan. Adib check timbang dan injection JE - 22 bulan.

Beginilah - bila suami jauh di perantauan. Saya terpaksa merelakan dan memberanikan diri memandu ke pejabat, keperluan anak-anak mahupun ibu.

Semalam, saya tersesat di jalan Kpg Semerah Padi kerana fobia tak pandai reverse di kawasan bukit.

Tengahari semalam selepas membeli 10kg tepung gandum utk kedai runcik emak, saya cuba memusing kancil utk jalan pintas tetapi kerana gugup enjin mati lalu terundur ke belakang. Saya terus menggigil ketakutan lalu meminta pertolongan lelaki yang berada di depan rumah berhadapan jalanraya tempat insiden itu. Alhamdulillah, saya selamat.

Ah!....segala2nya menuntut keberanian saya. Kalau nak mengharapkan orang lain, alamatnya tak bergeraklah saya.

6 comments:

roslan jomel said...

Salam hormat.

Djenar Mas Ayu, cerpenis wanita Indonesia, kalau tidak silap saya, pernah menulis cerpen tentang kelahiran bayi. "Air", begitulah bunyi tajuknya.

Maka, cabaran saya di sini - mengapa tidak sahaja sdr Armiza menulis pengalaman kewanitaan sebegitu. Barangkali, ada perpektif baharu dari tulisan sdr Armiza..

Karya sastera perlukan kejutan dari penulis mudanya.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat.

Terima kasih atas respond sdra roslan. InsyaAllah akan saya usahakan saranan itu

Serunai Faqir aka SF said...

Atas izin Dia kita semua bergerak dan diam.Terima kasih link saya di sini. Bagaimana ya cuaca 'sastera' di Sarawak?

roslan jomel said...

Salam hormat.


Menembusi media seperti Dewan Sastera, memang kedengarannya payah dan memakan masa. Saya sendiri mengambil masa hampir lima tahun untuk melihat puisi pertama saya disiar dalam majalah Dewan Sastera (pada tahun 1994). Kerana saya yakin, jikalau usaha pertama saya gagal, usaha saya yang seterusnya pasti akan berjaya. Jikalau karya orang lain boleh disiar, mengapa tidak karya saya? Apa perbezaan mutunya?

Jadi, saya berharap agar sdr Armiza jangan mudah berputus asa. Di atas meja sang editor, bertimbun-timbun karya kreatif kiriman penulis yang sudah memiliki nama besar mahu pun penulis yang baharu untuk mencuba menghampiri perhatian sang editor. Ini dinamakan perjuangan.

Terus membaca dan terus menulis.


Salam hormat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat,

Serunai Fakir. Terima kasih krn sudi berinteraksi. Saya memang suka meng'link'kan blog2 karyawan Malaysia yang pelbagai itu.

Sastera di Sarawak. Setakat ini panas. Ada API, ada PEKASA dan ada PUTERA. Ketiga2nya melahirkan para pengkarya yang hebat...ya suatu hari nanti mungkin sehebat penulis di Semenanjung. Alhamdulillah, para pengkarya dari Sarawak sering juga berhubungan dengan GAPENA. Selaku pergerakan bebas (API) saya turut juga diundang untuk acara2 sastera anjuran PEKASA. Kegiatan dan jemputan itu saya kira amat sihat untuk pertumbuhan dan perkembangan sastera itu sendiri tanpa memilih bulu.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat Saudara Roslan,

Ya, saya faham keadaan itu. Bukan mudah untuk memaut hati sang editor lebih2 lagi majalah hebat seperti DS itu. Untuk muncul di YIIB pun bukannya mudah.

Saya kira, setelah mendapat sedikit 'nama', perhatian DBP lebih sikit pada sang penulis itu.

Saya akan usahakan untuk terus menghantar karya bagi menembusi DS.

Semoga kita berjumpa.