Thursday, August 23, 2007

Perihal Madu Putih



-sumber foto dari volcano island rare hawaian white honey-

Dek kerana madu putih, saya dan rakan2 mencari maklumat di IT tentang Madu Putih/White Honey.

Maka bertemulah dengan macam2 pengajaran, ilmu dan pengalaman orang yang pernah meminumnya.

Pagi ini saya dan rakan2 minum pagi [rehat] di luar kawasan pejabat dek kerana hari gaji juga [sekali-sekali minum dan hirup cuaca kat luar - hujan pula tu...].

Sudah hampir selesai pekena Laksa Sarawak Special yang dipenuhi udang yang besar2 - Siar size B dengan Teh C Peng, tiba-tiba datang seorang penjual menghampiri meja kami. Dia menunjukkan pada kami botol yang berisi Madu Asli katanya...semuanya tiga botol berwarna Keemasan, Keputihan dan Keperangan.

Madu Keemasan adalah dari sarang lebah inang[pelihara].

Madu Keperangan adalah dari sarang lebah hutan [atas pokok].

Madu Keputihan juga dari sarang lebah hutan [atas pokok] yang paling susah diambil - katanya Royal Jelly.

Pemuda dari Seberang ini [Kalimantan] begitu pandai bermain strategi melakukan jualan madunya. Dia menunjukkan foto dirinya sendiri yang memanjat pokok tempat sarang lebah yang diambilnya, proses menyediakan madu dari sarang lebah, foto sarang lebah amat besar yang tersangkut tinggi di atas pokok di dalam hutan kepada kami berempat.

Harga sebotol Madu Keemasan [Inang/Pelihara] RM15.00, Madu Keperangan [Hutan] RM25.00 dan Madu Keputihan [Royal Jelly Hutan] RM45.oo.

MasyaAllah. Terkejut kami berempat. Katanya Madu Putih mahal sikit sebab amat payah untuk mendapatkannya. Ia diambil dari bahagian atas sekali sarang lebah tempat Queennya- paling berkualiti.

Tawar punya tawar kawan saya Zue begitu bijak juga mempertaruhkan tawaran. Madu putih mulanya dapat dikurangkan RM42.00 oleh penjual tapi berjaya dikurangkan menjadi RM30.00 kerana Zue, saya dan Jannah membelinya masing2 sebotol manakala madu Keperangan [hutan] dikurangkan kepada RM20.00.

Kesian juga saya melihat penjual yang katanya datang dari jauh dan selalu berjual di Serikin [salah satu tempat sempadan di Sarawak dekat Bau yang menjadi daya tarikan pelancong di mana banyak hasil jualan rakyat Indonesia-Kalimantan dijual murah dan senang tawar menawar].

Saya membelanjakan RM50.00 untuk 2 botol madu. Saya sebelum ini tidak pernah pun minum Madu Putih. Yang biasa saya minum semasa dalam pantang adalah Madu Keemasan dan Madu Keperangan yang sebelum ini tak pernah pun saya ambil tahu dari mana datangnya [inang atau hutan].

Penjual itu meninggalkan no handphonenya kepada saya dan namanya adalah Saiful Madu. Janjinya pula kepada kami bertiga yang dah membeli, sekiranya bukan madu asli, wang akan dikembalikan dan madu diberi secara percuma.

Setibanya di pejabat, rakan yang lebih berpengalaman bercerita tentang madu lalu mencuba menitiskannya di atas kertas surat khabar. Sekiranya ia dapat menembusinya bermakna bukanlah asli sangat katanya. Kalau ia seperti mencurah air di daun keladi [kalis], memanglah pure madu. Saya sudah mencubanya di atas tisu masa di kedai makan. Ia tak menitis cuma meresap sedikit sahaja begitu juga keadaannya meresap sedikit di atas kertas surat khabar.

Entahlah, dek kerana jarang menemui Madu Putih saya membelinya juga. Kalaulah ia tiruan, tak berkatlah orang yang menjualnya. Saya berpegang kepada janji Allah, " Orang yang menipu pasti akan mendapat balasan dari penipuannya".

Wallahuallam.

Yang pasti, Madu adalah sejuta paling baik minuman dan ubat paling mujarab seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Armiza Nila
Kuching

5 comments:

Anonymous said...

Emmm di sini banyak juga yang menjual madu, tapi tak tahu mana yang ori atau tak ...
:)

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Dik Sf,

org nak cari wang, macam2 cara boleh buat...

terbaru akak dengar staf SMB St Thomas dapat beli madu putih yg serupa dgn harga RM15.00 bila dibeli sepuluh botol....

ori ke tu.....

cuba masak telur...tak masak pun..

org tengok semua tak percaya ada MADU PUTIH....

AKLI said...
This comment has been removed by the author.
Saudagar Madu HoneyB said...

Madu Putih ni dah lame org guna.
kt Msia ni jarang org tau.
Sy sendri tak panggil madu putih.
Madu putih ni sebenarnya Royal Jelly atau Susu lebah.
Dihasilkan dari badan lebah pekerja melalui kepalanya dan diberi makan kepada ratu lebah sahaja.

Biasanya harga di pasaran memang agak mahal sebab sukar diambil dan tak banyak pd satu sarang. Susu lebah ini juga adalah bahan yg terbaik dalam sarang lebah dan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya kencing manis dan darah tinggi.

rasanya, cara makan dan kaedah penyimpanannya sedikit berlainan dari madu ternak dan madu hutan untuk mengekalkan kesegaran dan khasiatnya.

Sebenarnya banyak lagi yg boleh dicerita mengenai susu lebah atau madu putih ni.

boleh rujuk di www.honeyb.com.my atau laman Facebook - Honey B.

Sekian, terima kasih.

Khasiat Madu said...

Rasanya klu madu putih ni dijual di jlnan and dlm botol2 besar... kemungkinan besar bkn asli, sbb madu putih perlu dsejukkan.
khasiat madu